23/10/2026
𝗣𝗘𝗥𝗝𝗔𝗟𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗛𝗢𝗦𝗣𝗜𝗧𝗔𝗟 𝗖𝗬𝗕𝗘𝗥𝗝𝗔𝗬𝗔 𝗞𝗘 𝗔𝗥𝗔𝗛 𝗡𝗔𝗧𝗜𝗢𝗡𝗔𝗟 𝗕𝗨𝗜𝗟𝗗𝗜𝗡𝗚 𝗘𝗡𝗘𝗥𝗚𝗬 𝗗𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗥𝗔𝗜𝗛 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗜𝗞𝗧𝗜𝗥𝗔𝗙𝗔𝗡 𝗗𝗜 𝗣𝗘𝗥𝗜𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧 𝗞𝗘𝗕𝗔𝗡𝗚𝗦𝗔𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗔𝗦𝗘𝗔𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟲 🏆
Di sebalik kejayaan meraih pengiktirafan di peringkat kebangsaan dan ASEAN, tersimpan sebuah perjalanan yang penuh komitmen, usaha dan kerjasama dalam merealisasikan aspirasi ke arah Energy Efficient Building.
Bermula dengan inisiatif penjimatan tenaga, pengurusan penggunaan tenaga secara cekap serta penerapan amalan kelestarian dalam operasi hospital, setiap langkah menjadi sebahagian daripada usaha berterusan Hospital Cyberjaya dalam membina persekitaran fasiliti kesihatan yang lebih hijau dan mampan.
Usaha ini membuahkan hasil apabila Hospital Cyberjaya merangkul anugerah di National Energy Awards (NEA) 2026 di bawah Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), sebelum meneruskan langkah ke peringkat antarabangsa dengan mewakili Malaysia di Manila dan meraih 1st Runner-Up ASEAN Energy Awards 2026.
Ikuti bingkisan perjalanan Hospital Cyberjaya dalam merealisasikan aspirasi ke arah bangunan cekap tenaga, sebagai bukti bahawa setiap usaha yang berterusan mampu membawa perubahan dan mencipta kejayaan yang membanggakan.