14/11/2026
𝐌𝐚𝐜𝐚𝐦 𝐌𝐚𝐧𝐚 𝐒𝐚𝐲𝐚 𝐁𝐞𝐫𝐦𝐮𝐥𝐚 𝐃𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐇𝐞𝐫𝐛𝐚?
(Kisah Tertubuhnya 𝐏𝐒 𝐇𝐄𝐑𝐁𝐒)
Pada awal tahun 2016, kucing saya terkena penyakit kulit. Kudisnya tak serius, namun saya bawa ke klinik. Doktor kata kucing terkena penyakit sporotrichosis.
Saya tak pernah dengar atau kenal penyakit sporo. Doktor juga tak beritahu bahawa penyakit ni boleh berjangkit pada orang. Jadi saya tak takut sehingga tak ambil langkah keselamatan. Lagipun saya dah bela dan tidur dengan kucing sejak kanak-kanak. Dah lebih 60 tahun, belum pernah ada masalah.
Masa saya nak bagi ubat, kucing tu gigit hujung jari telunjuk saya. Digigit kucing adalah perkara biasa bagi saya. Jadi saya hanya cuci, picit keluar darah, basuh macam biasa.
Sebulan lepas tu, jari tempat kena gigit tu bengkak dan bernanah lalu saya jumpa doktor. Doktor kata jangkitan teruk. Awalnya dia cadang hujung jari dipotong. Namun dia tukar fikiran dan beri ubat.
Sebulan kemudian, kudis merebak sehingga berbiji-biji dalam daging sepanjang lengan. Sebahagiannya pecah menjadi kudis berdarah dan berair dan sangat sakit.
Suatu malam, bila tak tertahan lagi sakit, saya cari daun-daun kayu di sekitar rumah. Daun yang saya ingat ketika ayah saya guna untuk merawat kudis dulu (Ayah saya memang tak pergi kelinik, sehinggalah saya dewasa dan memujuknya ke kelinik bila dia sakit).
Saya tumbuk dan letak pada kudis. Esoknya, kudis surut dan sakit reda. Saya ulangi setiap hari dan tiga bulan kemudian, kudis sembuh sepenuhnya. Disahkan oleh hospital yang memeriksa saya.
Berbalik kesah kucing. Walaupun saya sentiasa beri ubat, namun kucing yang gigit saya tu tak dapat diselamatkan. Sebelum dia pergi, dia sempat jangkiti 6 ekor lagi kucing saya. Seekor daripadanya dah agak parah.
Saya merawat semua kucing ini dengan daun kayu yang sama yang diubah menjadi cecair spray. Alhamdulillah, kucing selamat.
Dari situ saya rasa Allah nak beri ilmu kepada saya melalui musibah ini. Maka saya ambil keputusan, berhenti bisnes yang merupakan satu-satunya punca pendapatan saya sejak lebih 10 tahun lalu. Saya berhenti semata-mata untuk menyempurnakan ubat ni.
Asalnya saya tumpukan buat ubat untuk kegunaan manusia. Dalam masa yang sama, saya gunakan juga untuk merawat 6 ekor kucing saya yang sakit.
Alhamdulillah, ada kawan-kawan yang sudi ujiguna produk yang saya buat. Dua tahun bertungkus lumus dan hidup daif tanpa pendapatan. Sehingga pemiutang mengugut rampas harta kerana gagal bayar hutang. Akhirnya selepas dua tahun, terhasillah produk yang saya berpuas hati untuk digunakan.
Dan produk itu lah yang terguna sehingga kini. Selepas itu saya jadi sangat berminat perubatan herba sehingga menghasilkan beberapa lagi produk. Dari sini lah saya menubuhkan bisnes yang bernama 𝐏𝐒 𝐇𝐄𝐑𝐁𝐒.
Ini pengalaman peribadi saya.
Kalau ada kudis yang merebak dan sakit, jumpa doktor segera.
Jangan tangguh.
Kalau kucing kau ada kudis, luka yang tak baik-baik, komen SPORO.
HQ tolong tengokkan.