Lior Farm

Call Website Contact the business

Lior Farm Lior Farm adalah pengeluar madu kelulut 100% asli dari ladang sendiri di Kuala Terengganu

21/09/2026

MAKLUMAN : LIOR FARM tutup seketika bermula 22 Sept (Selasa) hingga 26 Sept (Sabtu). Beroperasi semula 27 Sept (Ahad)

𝗥𝗮𝗺𝗮𝗶 𝘁𝗮𝗻𝘆𝗮;𝗞𝗲𝗻𝗮𝗽𝗮 𝗺𝗮𝗱𝘂 𝗸𝗲𝗹𝘂𝗹𝘂𝘁 𝗶𝗻𝗶 𝗿𝗮𝘀𝗮 𝗺𝗮𝘀𝗮𝗺-𝗺𝗮𝘀𝗮𝗺 𝗺𝗮𝗻𝗶𝘀 𝗱𝗮𝗻 𝗺𝗮𝗵𝗮𝗹 𝗻𝗶𝗹𝗮𝗶𝗻𝘆𝗮?Jawapannya ada pada 𝗣𝗿𝗼𝗽𝗼𝗹𝗶𝘀 dan cara ia b...
19/09/2026

𝗥𝗮𝗺𝗮𝗶 𝘁𝗮𝗻𝘆𝗮;

𝗞𝗲𝗻𝗮𝗽𝗮 𝗺𝗮𝗱𝘂 𝗸𝗲𝗹𝘂𝗹𝘂𝘁 𝗶𝗻𝗶 𝗿𝗮𝘀𝗮 𝗺𝗮𝘀𝗮𝗺-𝗺𝗮𝘀𝗮𝗺 𝗺𝗮𝗻𝗶𝘀 𝗱𝗮𝗻 𝗺𝗮𝗵𝗮𝗹 𝗻𝗶𝗹𝗮𝗶𝗻𝘆𝗮?

Jawapannya ada pada 𝗣𝗿𝗼𝗽𝗼𝗹𝗶𝘀 dan cara ia bekerja!

Sains Di Sebalik Madu Kelulut:

✅ 𝘽𝙪𝙠𝙖𝙣 𝙍𝙪𝙢𝙖𝙝 𝙇𝙞𝙡𝙞𝙣 𝘽𝙞𝙖𝙨𝙖

Lebah biasa bina sarang guna lilin (beeswax). Tapi kelulut (Meliponini) membina tempayan simpanan madu daripada cerumen iaitu campuran resin pokok dan lilin.

✅ 𝙁𝙚𝙧𝙢𝙚𝙣𝙩𝙖𝙨𝙞 𝙎𝙚𝙢𝙪𝙡𝙖 𝙅𝙖𝙙𝙞

Resin pokok kaya dengan sebatian bioaktif. Apabila madu disimpan di dalam tempayan resin, berlaku fermentasi semula jadi oleh bakteria asid laktik (LAB). Ini yang memberi rasa masam segar dan kebaikan antimikrob yang tinggi!

✅ 𝙋𝙚𝙣𝙙𝙚𝙗𝙪𝙣𝙜𝙖 𝙐𝙣𝙜𝙜𝙪𝙡

Saiz badannya yang kecil membolehkan kelulut hinggap pada bunga-bunga mikro di dalam hutan yang tidak mampu dicapai oleh lebah besar.

Setiap titik madu kelulut asli adalah hasil gabungan keajaiban flora hutan dan biologi lebah yang tiada galang gantinya.

~7 bottles sold!~Alhamdulillah 🤲🏻 Semakin ramai akui khasiat madu kelulut.

“𝘿𝙪𝙡𝙪 𝙙𝙖𝙩𝙖𝙣𝙜 𝙩𝙖𝙠 𝙙𝙚 𝙜𝙖𝙡𝙚𝙧𝙞. 𝘼𝙢𝙗𝙤𝙞𝙝𝙝𝙝 𝙨𝙚𝙠𝙖𝙧𝙖𝙣𝙜 𝙖𝙙𝙖 𝙜𝙖𝙡𝙚𝙧𝙞 𝙨𝙞𝙖𝙥” 😂Thanks to our loyal client dari Nilai, Negeri Sembilan. ...
18/09/2026

“𝘿𝙪𝙡𝙪 𝙙𝙖𝙩𝙖𝙣𝙜 𝙩𝙖𝙠 𝙙𝙚 𝙜𝙖𝙡𝙚𝙧𝙞. 𝘼𝙢𝙗𝙤𝙞𝙝𝙝𝙝 𝙨𝙚𝙠𝙖𝙧𝙖𝙣𝙜 𝙖𝙙𝙖 𝙜𝙖𝙡𝙚𝙧𝙞 𝙨𝙞𝙖𝙥” 😂

Thanks to our loyal client dari Nilai, Negeri Sembilan. Ini yang dikata madu menyatukan. Sebab madu kelulut mereka kembali semula ke sini dan tadi sama-sama kita bongkar keunikan serta khasiat semulajadi dalam madu kelulut.

Walaupun jumaat off day Lior. Tapi tetamu jauh nak datang kita buat 'special open'👍😄

Alhamdulillah, selesai sesi perkongsian ilmu yang sangat bermakna hari ini! 🧠💥Pasangan suami isteri muda yang sangat spo...
16/09/2026

Alhamdulillah, selesai sesi perkongsian ilmu yang sangat bermakna hari ini! 🧠💥

Pasangan suami isteri muda yang sangat sporting. Setiap patah perkataan yang dikongsi, mereka dengar dengan fokus, faham dan terus digest satu per satu.

“𝙍𝙖𝙨𝙖 𝙣𝙖𝙠 𝙢𝙚𝙡𝙚𝙩𝙪𝙥 𝙠𝙚𝙥𝙖𝙡𝙖. 𝘽𝙖𝙣𝙮𝙖𝙠 𝙨𝙖𝙣𝙜𝙖𝙩 𝙨𝙤𝙖𝙡𝙖𝙣 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙖𝙠𝙝𝙞𝙧𝙣𝙮𝙖 𝙩𝙚𝙧𝙟𝙖𝙬𝙖𝙗 𝙝𝙖𝙧𝙞 𝙞𝙣𝙞!” 😁

Ramai yang ingat lebah kelulut ni biasa-biasa saja. Tapi bila mula membongkar rahsia sains, khasiat, dan keunikan di sebalik setiap titisan madu kelulut, & bagaimana madu diangkat dalam Al Quran sebagai penawar kepada pelbagai jenis penyakit, memang boleh buat sesiapa pun terperanjat.

Ia bukan sekadar masam manis, tapi satu keajaiban alam yang penuh dengan pelbagai rahsia kebaikan! 🍯✨

Terima kasih sudi bertandang dan membuka ruang untuk kita sama-sama belajar. Semoga ilmu yang dikongsi dapat beri manfaat pada semua.

Ada sesiapa lagi yang nak merasai pengalaman "kepala nak meletup" bila bongkar rahsia kelulut? Jemput datang! 😉👇

𝗝𝗲𝗿𝗲𝗯𝘂 𝗺𝗮𝗸𝗶𝗻 𝘁𝗲𝗯𝗮𝗹, 𝘂𝗱𝗮𝗿𝗮 𝗺𝗮𝗸𝗶𝗻 𝗯𝗲𝗿𝗵𝗮𝗯𝘂𝗸! Jangan biarkan sistem imun badan dan saluran pernafasan keluarga kita 'berjuan...
16/09/2026

𝗝𝗲𝗿𝗲𝗯𝘂 𝗺𝗮𝗸𝗶𝗻 𝘁𝗲𝗯𝗮𝗹, 𝘂𝗱𝗮𝗿𝗮 𝗺𝗮𝗸𝗶𝗻 𝗯𝗲𝗿𝗵𝗮𝗯𝘂𝗸!

Jangan biarkan sistem imun badan dan saluran pernafasan keluarga kita 'berjuang' seorang diri tanpa perlindungan.

Bila jerebu, zarah halus seperti PM2.5 yang kita sedut akan cetuskan tekanan oksidatif dan radang pada saluran pernafasan.

𝗞𝗲𝘀𝗮𝗻𝗻𝘆𝗮?

Tekak mula rasa perit, batuk dan badan cepat rasa lesu.

Sains mengesahkan bahawa Madu Kelulut adalah 'benteng biologi' semula jadi terbaik untuk anda sekeluarga:

✅ 𝙏𝙞𝙣𝙜𝙜𝙞 𝘼𝙣𝙩𝙞𝙤𝙠𝙨𝙞𝙙𝙖𝙣
Asid fenolik dan flavonoid dalam madu kelulut meneutralkan radikal bebas akibat sedutan udara tercemar.

✅ 𝘼𝙣𝙩𝙞-𝙄𝙣𝙛𝙡𝙖𝙢𝙖𝙨𝙞 𝙎𝙚𝙢𝙪𝙡𝙖 𝙅𝙖𝙙𝙞
Meredakan kerengsangan tekak dan mengurangkan radang pada saluran pernafasan.

✅ 𝙋𝙚𝙡𝙞𝙣𝙙𝙪𝙣𝙜 𝙈𝙚𝙢𝙗𝙧𝙖𝙣 𝙈𝙪𝙠𝙪𝙨
Melembapkan tisu tekak yang kering dan bantu sel imun membasmi habuk halus serta mikrob.

✅ 𝙆𝙖𝙮𝙖 𝙂𝙪𝙡𝙖 𝙉𝙖𝙙𝙞𝙧 𝙏𝙧𝙚𝙝𝙖𝙡𝙪𝙡𝙤𝙨𝙚
Memberi tenaga konsisten tanpa lonjakan gula dalam darah untuk kekal bertenaga sepanjang hari.

𝗖𝗮𝗿𝗮 𝗔𝗺𝗮𝗹𝗮𝗻 𝗠𝘂𝗱𝗮𝗵:

Ambil 1–2 sudu kecil setiap pagi dan malam. Boleh diminum terus atau dibancuh bersama air suam (elakkan air panas mendidih untuk jaga enzim bioaktif).

Jadikan pengambilan madu kelulut sebagai amalan harian seisi keluarga hari ini. Udara di luar boleh tercemar, tapi kesihatan dalaman tetap perlu dijaga!

“Sejak amal madu kelulut Lior anak-anak susah nak demam batuk selsema ni. Kalau tak dulu kejap-kejap demam. Batuk. Dah berjangkit-jangkit ke adik-beradik lain”.

Terima kasih Puas Aliah untuk pembelian kali ke 3 Madu Kelulut Lior👍🏻😁

Melentur buluh biarlah dari rebungnya.🌿✨Alhamdulillah, berkesempatan untuk memenuhi jemputan daripada pihak SK Kampung B...
15/09/2026

Melentur buluh biarlah dari rebungnya.🌿✨

Alhamdulillah, berkesempatan untuk memenuhi jemputan daripada pihak SK Kampung Baharu Serada bagi menjayakan Program Kapsul Masa Depan Malaysia (Slot Aspirasi).

Bagi kami pendedahan awal kepada anak-anak sekolah rendah ini sangat penting. Mereka perlu nampak bahawa bidang agropreneurship, inovasi pertanian moden dan sains kelulut bukan sekadar kerjaya biasa.

Terima kasih warga SK Kampung Baharu Serada atas jemputan dan ruang perkongsian ini. Semoga sedikit inspirasi dan pengalaman yang dikongsikan dapat membakar semangat anak-anak ini untuk terus berimpian besar dan berusaha menggapai cita-cita! 🐝🚀

15/09/2026

MAKLUMAN : LIOR FARM tutup hari ini 15/9/2026 bagi memenuhi jemputan sebagai speaker untuk program Kapsul Masa Depan Malaysia. Beroperasi semula 16/9/2026

14/09/2026

وَأَوْحَىٰ رَبُّكَ إِلَى ٱلنَّحْلِ أَنِ ٱتَّخِذِى مِنَ ٱلْجِبَالِ بُيُوتًۭا وَمِنَ
ٱلشَّجَرِ وَمِمَّا يَعْرِشُونَ ٦٨

Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: "Hendaklah engkau membuat sarangmu di 𝙜𝙪𝙣𝙪𝙣𝙜-𝙜𝙖𝙣𝙖𝙣𝙜 dan di 𝙥𝙤𝙠𝙤𝙠-𝙥𝙤𝙠𝙤𝙠 𝙠𝙖𝙮𝙪, dan juga di 𝙗𝙖𝙣𝙜𝙪𝙣𝙖𝙣-𝙗𝙖𝙣𝙜𝙪𝙣𝙖𝙣 yang didirikan oleh manusia”.

Surah An Nahl (Ayat 69)

Every golden drop of stingless bee honey is pure liquid wellness, nature's sweet & sour remedy for a healthier life.    ...
13/09/2026

Every golden drop of stingless bee honey is pure liquid wellness, nature's sweet & sour remedy for a healthier life.





Curious about the unseen wonders of nature? Welcome to Lior Farm. Discover how these gentle, stingless pollinators craft...
12/09/2026

Curious about the unseen wonders of nature? Welcome to Lior Farm. Discover how these gentle, stingless pollinators craft rare, nutrient-rich honey within unique propolis pots.
To everyone who stepped into our world, thank you for visiting Lior Farm. You came as a guest, but you leave as part of the Lior’s family. Our doors and our hearts are always open to you😄

Address

Lot 1108, Kampung Banggol Cempedak, Serada
Kuala Terengganu
20050

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Lior Farm posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Lior Farm:

Shortcuts

Share