10/10/2026
🤔 “SAYA DAH BERKAHWIN DENGAN SEORANG SAHAJA. PERLU KE BUAT PAP SMEAR?”
🚨 “PENDARAHAN SELEPAS HUBUNGAN SEKS? PERLU KE DIABAIKAN?”
👉🏻KANSER PANGKAL RAHIM / KANSER SERVIKS :
🎈 Kanser yang berlaku pada serviks, iaitu bahagian bawah rahim yang bersambung dengan f***j. Kebanyakan kes berpunca daripada jangkitan berpanjangan dengan virus Human Papillomavirus (HPV) jenis berisiko tinggi.
1. Apakah tanda-tanda kanser serviks?
✅ Pendarahan selepas hubungan seks.
✅ Pendarahan f***j di luar waktu haid.
✅ Haid yang lebih banyak atau berpanjangan daripada biasa.
✅ Keputihan yang luar biasa, berbau atau bercampur darah.
✅ Sakit ketika melakukan hubungan seks.
✅ Sakit di bahagian pelvis atau bawah abdomen.
Bagaimana HPV merebak?
🦠Hubungan seks f***j atau dubur.
🦠Hubungan seks oral.
🦠Sentuhan intim kulit ke kulit di kawasan ge***al, walaupun tanpa penetrasi.
Siapa Yang Berisiko?
1. Individu yang aktif secara seksual
2. Individu yang mempunyai ramai pasangan seksual
3. Individu yang tidak mendapat vaksin HPV
4. Individu dengan sistem imun yang lemah
5. Individu yang merokok
Bagaimana kanser serviks boleh dicegah?
‼️Saringan serviks :
- Ujian PAP SMEAR / Ujian HPV
‼️Vaksin HPV
Indikasi PAP SMEAR :
- 🦠Saringan kanser serviks secara berkala, walaupun tiada simptom.
- 🏃♀️Wanita yang aktif secara seksual dan berada dalam kumpulan umur yang disyorkan untuk saringan.
- 🩸 Pendarahan selepas hubungan seksual (post-coital bleeding).
- 🩸 Pendarahan f***j yang tidak normal atau di luar kitaran haid.
- 💦 Keputihan yang luar biasa atau berulang, terutama jika disertai gejala lain.
- 📑 Keputusan ujian HPV positif atau sejarah perubahan sel serviks.
- 📝 Susulan keputusan Pap smear sebelumnya yang tidak normal.
🌸 Kenapa PAP SMEAR Penting?
* 🔍 Mengesan perubahan sel serviks lebih awal, sebelum menjadi kanser.
* 🛡️ Membantu mencegah kanser serviks melalui pengesanan dan rawatan perubahan prakanser.
* ❤️ Boleh dilakukan walaupun tiada simptom — jangan tunggu sehingga ada masalah.
* ⏰ Pemeriksaan berkala membantu memastikan kesihatan serviks dipantau.
* 👩⚕️ Keputusan yang tidak normal tidak semestinya bermaksud kanser — doktor akan menentukan pemeriksaan atau susulan yang diperlukan.
Bagaimana pemeriksaan dilakukan?
1. Pesakit berbaring di atas katil pemeriksaan.
2. Doktor memasukkan spekulum secara perlahan ke dalam f***j untuk melihat serviks.
3. Sampel sel diambil menggunakan berus kecil.
4. Sampel dihantar ke makmal untuk pemeriksaan.
📝 📅 Ujian PAP SMEAR perlu dilakukan setiap tahun untuk 2 tahun pertama; jika kedua-dua keputusan normal, ulang setiap 3 tahun.
👩🏻⚕️ MARI DAPATKAN KONSULTASI DAN UJIAN PAP SMEAR DI KLINIK APM SEGERA..
Segera WHATSAPP atau hubungi kami di talian 019-7938709 untuk sebarang pertanyaan, tempahan dan konsultasi 💉