Farmasi Fajr Marang

Contact the business

Farmasi Fajr Marang Rakan sihat kini di hujung jari anda.

13/10/2026

Menurut garis panduan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), orang dewasa memerlukan kira-kira 𝟳𝟬 𝗺𝗴 𝗩𝗶𝘁𝗮𝗺𝗶𝗻 𝗖 𝘀𝗲𝗵𝗮𝗿𝗶 (atau dianggarkan 65 mg hingga 90 mg mengikut jantina).

Pengambilan 𝟯 𝘀𝗮𝗷𝗶𝗮𝗻 𝘀𝗮𝘆𝘂𝗿-𝘀𝗮𝘆𝘂𝗿𝗮𝗻 dan 𝟮 𝘀𝗮𝗷𝗶𝗮𝗻 𝗯𝘂𝗮𝗵-𝗯𝘂𝗮𝗵𝗮𝗻 setiap hari sudah cukup untuk menampung keperluan Vitamin C harian anda secara semula jadi.

Antara sumber makanan tempatan yang tinggi Vitamin C: jambu batu, betik, kailan, sawi, brokoli, longan, pucuk gajus, dan ulam raja.

Jadi tahukah anda apa antara tanda-tanda badan anda kekurangan vitamin C?

10/10/2026

Adakah mulut anda sering mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan?

Jom ketahui antara punca kenapa mulut anda berbau.

07/10/2026

Tahukah anda, ketuat adalah ketumbuhan kecil pada lapisan luar kulit yang 𝗱𝗶𝘀𝗲𝗯𝗮𝗯𝗸𝗮𝗻 𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗷𝗮𝗻𝗴𝗸𝗶𝘁𝗮𝗻 𝘃𝗶𝗿𝘂𝘀 𝗛𝘂𝗺𝗮𝗻 𝗣𝗮𝗽𝗶𝗹𝗹𝗼𝗺𝗮𝘃𝗶𝗿𝘂𝘀 (𝗛𝗣𝗩).

𝗝𝗲𝗻𝗶𝘀-𝗝𝗲𝗻𝗶𝘀 𝗨𝘁𝗮𝗺𝗮 𝗞𝗲𝘁𝘂𝗮𝘁:

• 𝗞𝗲𝘁𝘂𝗮𝘁 𝗕𝗶𝗮𝘀𝗮 (𝗖𝗼𝗺𝗺𝗼𝗻 𝗪𝗮𝗿𝘁𝘀):
Tumbuh di jari atau tangan, bertekstur kasar dan menyerupai bentuk kubis bunga.
• 𝗞𝗲𝘁𝘂𝗮𝘁 𝗣𝗹𝗮𝗻𝘁𝗮𝗿 (𝗣𝗹𝗮𝗻𝘁𝗮𝗿 𝗪𝗮𝗿𝘁𝘀):
Tumbuh pada tapak kaki, biasanya berasa sakit atau seperti memijak batu kecil ketika berjalan.
• 𝗞𝗲𝘁𝘂𝗮𝘁 𝗟𝗲𝗽𝗲𝗿 (𝗙𝗹𝗮𝘁 𝗪𝗮𝗿𝘁𝘀):
Berukuran kecil, licin, dan sering muncul di bahagian muka atau kaki.
• 𝗞𝗲𝘁𝘂𝗮𝘁 𝗞𝗲𝗹𝗮𝗺𝗶𝗻 (𝗚𝗲𝗻𝗶𝘁𝗮𝗹 𝗪𝗮𝗿𝘁𝘀):
Berlaku akibat jangkitan seksual di kawasan alat kelamin dan memerlukan pemeriksaan lanjut di klinik.

Jadi, jom ketahui antara punca penyebab munculnya ketuat di tapak kaki anda.

Tahukah anda, kelemumur ialah keadaan kulit kepala kronik yang menyebabkan kulit mengelupas menjadi kepingan putih atau ...
03/10/2026

Tahukah anda, kelemumur ialah keadaan kulit kepala kronik yang menyebabkan kulit mengelupas menjadi kepingan putih atau kuning serta berasa gatal

Jadi, jom ketahui apa antara punca yang menyumbang kepada masalah kelemumur.

29/09/2026

Keadaan jerebu di Marang hari ini merujuk kepada stesen pemantauan Kuala Terengganu yang merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat sekitar 101 hingga 116.

Penduduk di Marang dinasihatkan mengambil langkah berjaga-jaga kerana kualiti udara terjejas akibat jerebu di Pantai Timur Semenanjung.

Jadi, apa tindakan yang patut anda ambil bila jerebu?

Sedar tak sedar, dah nak masuk bulan Oktober.Bila last anda buat pemeriksaan kesihatan secara berkala?𝗦𝘂𝗱𝗮𝗵𝗸𝗮𝗵 𝗮𝗻𝗱𝗮 𝗯𝗲𝗿𝗷...
28/09/2026

Sedar tak sedar, dah nak masuk bulan Oktober.

Bila last anda buat pemeriksaan kesihatan secara berkala?

𝗦𝘂𝗱𝗮𝗵𝗸𝗮𝗵 𝗮𝗻𝗱𝗮 𝗯𝗲𝗿𝗷𝗮𝘆𝗮:
✅Menstabilkan gula dalam darah?
✅Mengawal kolesterol dalam darah?
✅Menurunkan berat badan?
✅Mendapatkan kulit muka flawless?
✅Memiliki tubuh yang cergas dan sihat?

Apa anda berminat untuk tahu 𝘀𝘁𝗮𝘁𝘂𝘀 𝗸𝗲𝘀𝗶𝗵𝗮𝘁𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗺𝗮𝘀𝗮 𝗯𝗮𝗱𝗮𝗻 anda?

Justeru itu, kami 𝗙𝗮𝗿𝗺𝗮𝘀𝗶 𝗙𝗮𝗷𝗿 𝗠𝗮𝗿𝗮𝗻𝗴 ingin mengajak anda dan keluarga untuk membuat pemeriksaan kesihatan secara 𝗽𝗲𝗿𝗰𝘂𝗺𝗮 di farmasi kami😌.

📅 Tarikh: 𝟬𝟯/𝟭𝟬/𝟮𝟬𝟮𝟲 (Sabtu)
🕘 Masa: 𝟵.𝟯𝟬 𝗣𝗮𝗴𝗶 - 𝟰.𝟬𝟬 𝗣𝗲𝘁𝗮𝗻𝗴
📍 Tempat: 𝗙𝗮𝗿𝗺𝗮𝘀𝗶 𝗙𝗮𝗷𝗿 𝗠𝗮𝗿𝗮𝗻𝗴

Pemeriksaan Kesihatan 𝗣𝗘𝗥𝗖𝗨𝗠𝗔:
✔️ BT Scan
✔️ Bacaan Tekanan Darah
✔️ Body Composition Quantum Magnetic Resonance Body Analyzer (Bacaan Organ Dalaman)
✔️ Pemeriksaan gula dalam darah

Pemeriksaan Kesihatan BERBAYAR (optional) :
💰 Bacaan Kolestrol dalam Darah (RM10)
💰 Bacaan Asid Urik dalam Darah (RM8)

💬 Dapatkan konsultasi secara 𝗣𝗘𝗥𝗖𝗨𝗠𝗔 bersama Pegawai Farmasi kami!

Semua dijemput hadir 😌

22/09/2026

Selalu alami masalah sembelit?

Tahukah anda, sembelit ialah 𝗸𝗲𝗮𝗱𝗮𝗮𝗻 𝗮𝗽𝗮𝗯𝗶𝗹𝗮 𝗽𝗲𝗿𝗴𝗲𝗿𝗮𝗸𝗮𝗻 𝘂𝘀𝘂𝘀 𝗯𝗲𝗿𝗹𝗮𝗸𝘂 𝗸𝘂𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗮𝗿𝗶𝗽𝗮𝗱𝗮 𝘁𝗶𝗴𝗮 𝗸𝗮𝗹𝗶 𝘀𝗲𝗺𝗶𝗻𝗴𝗴𝘂, disertai najis yang keras, kering, dan sukar dibuang.

Jadi, jom ketahui antara punca yang menyumbang kepada masalah sembelit anda.

Pernah tak anda check kolesterol dalam darah anda samaada tinggi atau rendah?Pernah tak anda buat test Quantum Analysis ...
19/09/2026

Pernah tak anda check kolesterol dalam darah anda samaada tinggi atau rendah?

Pernah tak anda buat test Quantum Analysis di mana-mana farmasi?

Apa anda berminat untuk tahu 𝘀𝘁𝗮𝘁𝘂𝘀 𝗸𝗲𝘀𝗶𝗵𝗮𝘁𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗺𝗮𝘀𝗮 𝗯𝗮𝗱𝗮𝗻 anda?

Justeru itu, kami 𝗙𝗮𝗿𝗺𝗮𝘀𝗶 𝗙𝗮𝗷𝗿 𝗠𝗮𝗿𝗮𝗻𝗴 ingin mengajak anda dan keluarga untuk membuat pemeriksaan kesihatan secara 𝗽𝗲𝗿𝗰𝘂𝗺𝗮 di farmasi kami😌.

📅 Tarikh: 𝟮𝟲/𝟬𝟵/𝟮𝟬𝟮𝟲 (Sabtu)
🕘 Masa: 𝟵.𝟯𝟬 𝗣𝗮𝗴𝗶 - 𝟰.𝟬𝟬 𝗣𝗲𝘁𝗮𝗻𝗴
📍 Tempat: 𝗙𝗮𝗿𝗺𝗮𝘀𝗶 𝗙𝗮𝗷𝗿 𝗠𝗮𝗿𝗮𝗻𝗴

Pemeriksaan Kesihatan 𝗣𝗘𝗥𝗖𝗨𝗠𝗔:
✔️ BT Scan
✔️ Bacaan Tekanan Darah
✔️ Body Composition Quantum Magnetic Resonance Body Analyzer (Bacaan Organ Dalaman)
✔️ Pemeriksaan gula dalam darah

Pemeriksaan Kesihatan BERBAYAR (optional) :
💰 Bacaan Kolestrol dalam Darah (RM10)
💰 Bacaan Asid Urik dalam Darah (RM8)

💬 Dapatkan konsultasi secara 𝗣𝗘𝗥𝗖𝗨𝗠𝗔 bersama Pegawai Farmasi kami!

Semua dijemput hadir 😌

Ke pekan membeli bunga melati,
Harum mewangi di dalam jambangan;
Jaga kesihatan sepenuh hati,
Saring berkala sebagai pencegahan.

18/09/2026

Ada luka baru di badan?

Apa perkara pertama anda biasa buat?

A) Cuci luka
B) Biar je luka sembuh sendiri

Tahap jerebu di Marang harini berada pada kategori kualiti udara Tidak Sihat yang mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran U...
16/09/2026

Tahap jerebu di Marang harini berada pada kategori kualiti udara Tidak Sihat yang mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tertinggi di Terengganu mencecah 164.

Langkah keselamatan yang disarankan:
✅Kurangkan aktiviti luar buat sementara waktu.
✅Pakai pelitup muka sekiranya perlu keluar rumah.
✅Kumpulan berisiko seperti kanak-kanak, warga emas, wanita hamil dan individu yang mempunyai masalah pernafasan (seperti asma) perlu lebih berwaspada.
✅Banyakkan minum air kosong bagi mengurangkan kesan kerengsaan pada tekak.

Perasan tak sekarang ini ramai orang macam tak sihat?

Bukan sekadar batuk.

Mata pedih. Tekak kering. Hidung berair. Sakit kepala. Badan cepat letih. Ada yang loya, kulit gatal, susah fokus dan rasa tak sedap badan.

Kita duduk di Malaysia.
Tapi asap daripada pembakaran merentas sempadan tak perlukan pasport untuk sampai ke sini.

Setiap kali berlaku kebakaran hutan dan tanah berskala besar di rantau ini, rakyat negara jiran turut berisiko menanggung akibatnya apabila asap dibawa angin merentas sempadan.

Dan yang kita sedut bukan sekadar bau hangit.

Dalam jerebu ada partikel halus seperti PM2.5 yang boleh masuk jauh ke dalam paru-paru. Pencemaran udara bukan sahaja mengganggu mata, hidung dan tekak, malah boleh memburukkan asma serta meningkatkan risiko masalah jantung dan paru-paru, terutama bagi golongan berisiko.

Sebab itu memang mengecewakan apabila pembakaran berlaku di satu tempat, tetapi udara kotor dikongsi satu rantau.

Yang membakar mungkin jauh.
Yang sakit kepala anak kita.
Yang semput warga emas kita.
Yang terpaksa kurangkan aktiviti luar, kita.

Ini bukan masa untuk menuding tanpa bukti kepada satu negara semata-mata. Tetapi pembakaran terbuka, kebakaran hutan dan pencemaran rentas sempadan memang perlu dipandang serius oleh semua negara yang menjadi puncanya.

Udara bersih bukan kemewahan.
Kita tak sepatutnya perlu menutup tingkap untuk bernafas di negara sendiri.

Address

C268(A & B), Kampung Rhu Rendang
Marang
21600

Opening Hours

Monday 08:30 - 22:30
Tuesday 08:30 - 22:30
Wednesday 08:30 - 22:30
Thursday 08:30 - 22:30
Friday 14:30 - 22:30
Saturday 08:30 - 22:30
Sunday 08:30 - 22:30

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Farmasi Fajr Marang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Farmasi Fajr Marang:

Shortcuts

Share