Pusat Kesihatan USIM

Call Website

Pusat Kesihatan USIM Pusat Kesihatan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Jamaah Mohd dan Pn. Pusat Haemodialisis ini dibangunkan bagi menjaga kebajikan warga USIM yang memerlukan.

Unit Kesihatan Pelajar merupakan salah satu kemudahan yang disediakan kepada kakitangan dan pelajar KUIM/Universiti Sains Islam Malaysia bermula pada tahun 2006. Pada peringkat awalnya, Unit Kesihatan Pelajar ini hanya terdiri daripada 2 orang Jururawat U29 iaitu Pn,. Rosmaria Outar@Autar serta seorang pemandu Ambulans yang mana unit ini beroperasi di Bangunan Hal Ehwal Pelajar Sementara di kabin pada tahun 2006 dan kemudiannya dipindahkan ke Pusat Kemudahan Pelajar (PKP) pada April 2007. Oleh kerana pada ketika itu, hanya 2 orang Jururawat yang bertugas tanpa Pegawai Perubatan, rawatan yang disediakan hanyalah tertumpu kepada rawatan-rawatan biasa seperti pemeriksaan tekanan darah, pemeriksaan demam, sakit perut. Bagi kes-kes kecemasan yang tidak dapat dirawat, perkhidmatan ambulans akan digunakan bagi menghantar pesakit ke Klinik Kesihatan Nilai atau hospital berhampiran bagi tujuan rujukan. Pada Ogos 2007, Unit Kesihatan Pelajar semakin berkembang dengan menerima Pegawai Perubatan yang pertama iaitu Dr. Junaidah Abd Wahab, serta seorang Pembantu Perubatan dan seorang Attendan Kesihatan. Bermula daripada itu, penyelarasan perkhidmatan Unit Kesihatan Pelajar telah menjadi lebih sistematik dan perkhidmatan telah diperluaskan dengan menyediakan perkhidmatan “standby” untuk program-program yang dianjurkan oleh universiti, perkhidmatan kecemasan, perolehan ubat yang lebih berbagai jenis dan penghantaran kes-kes yang dirujuk ke hospital menjadi lebih sistematik. Kemasukan Pembantu Perubatan turut menyumbangkan kepada perkhidmatan yang lebih luas dengan adanya penglibatan dalam menganjurkan program untuk pelajar, pemeriksaan premis makanan dan pemeriksaan kebersihan kolej kediaman. Bermula Jun 2008, Unit Kesihatan Pelajar, sekali lagi telah dipindahkan ke bangunan tetap Bahagian Hal Ehwal Pelajar yang mana kemudahan dan infranstruktur yang ada adalah jauh lebih selesa daripada yang sebelum ini. Bangunan ini mempunyai ruang-ruang khas seperti kaunter pendaftaran pesakit luar, ruang menunggu yang selesa, bilik rawatan Pegawai Perubatan, ruang kecemasan, farmasi, makmal, wad dan ruang
pentadbiran. Dengan kemudahan-kemudahan seumpama ini, rawatan dan perkhidmatan yang diberi menjadi lebih selesa kepada pelanggan/pesakit yang datang ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Sehingga kini, bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan dan kebajikan kakitangan dan pelajar, Unit Kesihatan Pelajar telah dilengkapi dengan beberapa kemudahan yang bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan dan memberi perawatan yang cekap dan efektif kepada pelanggannya dengan menyediakan prasarana yang cukup dan persekitaran yang kondusif untuk perawatan serta mengamalkan proses kerja yang sistematik dan dalam masa yang sama memberi Pendidikan Kesihatan yang cemerlang dan seimbang dari segi rohani, mental dan fizikal. Sistem E-Klinikal yang telah dilancarkan pada 07 Oktober 2009 juga telah banyak membantu mempercepatkan proses pendaftaran, konsultansi dan farmasi kepada pesakit jauh lebih efektif berbanding sebelumnya. Peralatan canggih seperti mesih FBC di makmal juga, memberikan implikasi yang sungguh memberangsangkan kerana ujian darah dapat dijalankan dengan keputusan yang tepat dapat diperolehi tanpa perlu dirujuk ke hospital. Dan terkini Unit Kesihatan Pelajar, USIM sedang di dalam usaha memperluas dan memperkembangkan perkhidmatannya kepada rawatan Haemodialisis. Penyumbang pertama bagi merealisasikan perkhidmatan ini ialah pihak Majlis Ugama Islam Pahang yang telah mendermakan sebuah mesin Haemodialisis sebagai langkah permulaan dan 3 buah mesin Haemodialisis lagi dibeli oleh Unit Kesihatan Pelajar, USIM. Mesyuarat pertama berkaitan penubuhan pusat ini telah diadakan pada 23 Februari 2009. Satu lawatan kerja melibatkan delegasi USIM ke Pusat Haemodialisis, Selangor Medical Centre telah diadakan pada 16 Mac 2009 dan pada 10 April 2009 ke Pusat Haemodialisis, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia. Sebagai langkah permulaan dalam persiapan untuk menyediakan rawatan Haemodialisis ini, seorang jururawat (Pn. Jamaah Mohd) telah dihantar untuk mengikuti Kursus Pos Basik pada 15 Julai 2009 sehingga 14 Januari 2010. Dalam tempoh masa yang sama, kerja-kerja bagi menggerakkan proses penubuhan ini telah dijalankan termasuk menyediakan Garis Panduan Rawatan Pusat Haemodialisis yang dijangka akan beroperasi sepenuhnya pada Julai 2010. Unit Kesihatan Pelajar kini terus berkembang dengan pertambahan kakitangan yang pada awalnya hanya mempunyai 2 orang Jururawat kepada 11 orang kakitangan yang terdiri daripada 1 Pegawai Perubatan, 1 Penolong Pegawai Perubatan, 1 Penolong Pegawai Farmasi, 3 orang Jururawat, 1 Penolong Pegawai Tadbir, 1 Pembantu Tadbir, 1 Attendan Kesihatan dan 2 orang pemandu ambulans. Perkhidmatan Pegawai Perubatan Locum turut disediakan bagi Pegawai Perubatan sedia ada merawat pesakit yang puratanya mencecah 40 orang pesakit dalam tempoh satu hari bekerja.

Sekitar Program Kesedaran Kesihatan Mental (MeHASS) 202617/10/2026@SabtuPHEP ruang legar
20/10/2026

Sekitar Program Kesedaran Kesihatan Mental (MeHASS) 2026
17/10/2026@Sabtu
PHEP ruang legar

🏆 SYABAS DAN TAHNIAH ATAS KEJAYAAN U3P🎉Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Urusetia Perlindungan Perubatan Pelajar ...
18/10/2026

🏆 SYABAS DAN TAHNIAH ATAS KEJAYAAN U3P🎉

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Urusetia Perlindungan Perubatan Pelajar (U3P) atas kejayaan meraih Johan Peringkat Negeri & Tempat Ketiga Peringkat Kebangsaan di Pertandingan Intervensi Transformasi Persekitaran Sihat Institusi Pendidikan bagi Kategori Pengajian Tinggi! 🥇👏

Kejayaan dalam transformasi minyak masak terpakai yang dikumpul dari student mall berjaya menghasilkan produk sabun cuci tangan yang telah digunakan oleh pelajar sendiri di student mall.Ini merupakan hasil komitmen, kerjasama berpasukan antara PKU & U3P dan usaha berterusan dalam mewujudkan persekitaran institusi pendidikan yang sihat, kondusif dan sejahtera.

Tahniah atas kejayaan yang membanggakan!👏👏

Pameran Kesihatan sempena sambutan Bulan Kesejahteraan Pelajar Fi Qalbi17/10/2026@SabtuRuan legar Pusat Hal Ehwal Pelaja...
14/10/2026

Pameran Kesihatan sempena sambutan Bulan Kesejahteraan Pelajar Fi Qalbi
17/10/2026@Sabtu
Ruan legar Pusat Hal Ehwal Pelajar, USIM

📢 **JOM DERMA DARAH!** ❤️*Program Derma Darah sempena Festival MeHASS 2026*📅 Tarikh:*17 Oktober 2026 (Sabtu)*📍 Tempat:Ga...
13/10/2026

📢 **JOM DERMA DARAH!** ❤️

*Program Derma Darah sempena Festival MeHASS 2026*

📅 Tarikh:
*17 Oktober 2026 (Sabtu)*

📍 Tempat:
Galeri Hal Ehwal Pelajar (HEP), USIM

🕤 Masa:
9.30 pagi hingga 3.30 petang

🩸 **1 beg darah mampu menyelamatkan sehingga 3 nyawa!**

Ayuh tampil sebagai wira dan hulurkan sumbangan anda untuk membantu mereka yang memerlukan.

**Setitis darah, sejuta harapan. Jumpa anda di sana!** ❤️🩸

SELAMAT HARI KESIHATAN MENTAL SEDUNIA 2026.Hari Kesihatan Mental Sedunia (World Mental Health Day) disambut pada 10 Okto...
09/10/2026

SELAMAT HARI KESIHATAN MENTAL SEDUNIA 2026.

Hari Kesihatan Mental Sedunia (World Mental Health Day) disambut pada 10 Oktober setiap tahun bagi meningkatkan kesedaran dan menggerakkan usaha global untuk menyokong kesihatan mental.

Bagi tahun 2026, Persekutuan Kesihatan Mental Sedunia (World Federation for Mental Health, WFMH) mengumumkan tema:
“Lived Experiences Heard: Real Voices, Real Change”
“Pengalaman Hidup Didengari: Suara Sebenar, Perubahan Sebenar.”

Tema ini membawa satu mesej penting: kita tidak sepatutnya bercakap tentang individu yang mengalami masalah kesihatan mental atau gangguan mental tanpa turut mendengar suara mereka sendiri.


29/09/2026

🤝 LAWATAN PENANDA ARAS | IIUM SEJAHTERA CLINIC × PKU USIM

PKU USIM berbesar hati menerima kunjungan IIUM Sejahtera Clinic bagi perkongsian ilmu, pengalaman dan amalan terbaik dalam perkhidmatan kesihatan universiti.

Semoga jalinan kolaborasi ini terus diperkukuh demi kecemerlangan dan kesejahteraan warga universiti. 💙

Sharing Knowledge. Strengthening Collaboration.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia menetapkan tanggal 29 September setiap tahun sebagai Hari Jantung Sedunia.Sambutan ini bert...
25/09/2026

Pertubuhan Kesihatan Sedunia menetapkan tanggal 29 September setiap tahun sebagai Hari Jantung Sedunia.

Sambutan ini bertujuan meningkatkan kesedaran dan advokasi kepada seluruh masyarakat agar lebih peka dalam menjaga kesehatan jantung serta mencegah komplikasi yang dapat menjejaskan kehidupan.

Setiap individu digalakkan mengamalkan gaya hidup sehat demi kesejahteraan diri, keluarga dan generasi masa depan.
Kesihatan Jantung, Tanggung Jawab Kita Bersama.


🏥 MEDIC STANDBY PKU USIMISTIADAT PENTAULIAHAN DIRAJA PEGAWAI KADET PALAPES UNIVERSITI AWAM KE-44 TAHUN 2026UNIVERSITI MA...
17/09/2026

🏥 MEDIC STANDBY PKU USIM

ISTIADAT PENTAULIAHAN DIRAJA PEGAWAI KADET PALAPES UNIVERSITI AWAM KE-44 TAHUN 2026
UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP)

Pusat Kesihatan Universiti (PKU), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menyediakan khidmat standby kesihatan bagi menyokong kelancaran Istiadat Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet PALAPES Universiti Awam Ke-44 Tahun 2026 yang berlangsung di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) pada 2 hingga 12 September 2026.

Penugasan ini melibatkan dua orang anggota PKU, iaitu:

👩‍⚕️ Puan Hazwani
👩‍⚕️ Puan Rosmaria

Khidmat standby ini merupakan komitmen PKU USIM dalam memastikan aspek keselamatan, kebajikan dan keperluan kesihatan para peserta serta warga yang terlibat sepanjang istiadat dan program berlangsung.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada anggota Kesihatan PKU USIM atas dedikasi, komitmen dan profesionalisme yang diberikan dalam melaksanakan tanggungjawab sepanjang penugasan.

Selamat Hari Malaysia 2026!     Malaysia MADANI, Kesejahteraan Dinikmati.Semoga semangat perpaduan terus menyatukan kita...
16/09/2026

Selamat Hari Malaysia 2026!

Malaysia MADANI, Kesejahteraan Dinikmati.

Semoga semangat perpaduan terus menyatukan kita sebagai sebuah negara yang harmoni dan sejahtera..


“Kenapa setiap kali nak datang haid, kepala mesti sakit?”Ramai wanita anggap sakit kepala waktu haid itu normal.Kadang-k...
31/08/2026

“Kenapa setiap kali nak datang haid, kepala mesti sakit?”

Ramai wanita anggap sakit kepala waktu haid itu normal.

Kadang-kadang memang sakit kepala biasa. Tapi kalau setiap bulan datang dengan corak yang hampir sama, sakit berdenyut, loya, tak tahan cahaya sampai terpaksa baring dalam bilik gelap, itu mungkin menstrual migraine.

Sakit kepala biasa

Biasanya rasa seperti kepala ditekan, tegang atau diikat.

Ia boleh berlaku bila anda kurang tidur, stress, lambat makan, kurang minum air atau terlalu lama menghadap skrin.

Cuba rehat, cukupkan air, jangan skip makan dan kurangkan screen time seketika. Paracetamol atau ubat tahan sakit yang sesuai juga boleh membantu.

Kalau migraine p**a?

Migraine bukan sekadar “pening kepala”.

Sakit biasanya lebih kuat dan boleh berdenyut, kadang-kadang pada sebelah kepala. Bergerak, berjalan atau naik tangga pun boleh buat rasa sakit bertambah.

Ia juga boleh datang bersama:

* loya atau muntah
* sangat sensitif kepada cahaya
* sensitif kepada bunyi
* aura seperti cahaya berkelip atau gangguan penglihatan pada sesetengah orang

Untuk sesetengah pesakit, ubat tahan sakit biasa tidak mencukupi. Doktor mungkin mempertimbangkan ubat khusus seperti triptan, bergantung kepada keadaan dan kesesuaian individu.

Kalau selalu sakit kepala sekitar waktu haid?

Cuba tengok timing.

Menstrual-related migraine biasanya berlaku sekitar 2 hari sebelum hingga 3 hari selepas hari pertama haid, dan corak itu berulang dalam sekurang-kurangnya 2 daripada 3 kitaran haid.

Ia dipercayai berkait dengan perubahan hormon, khususnya penurunan estrogen menjelang haid.

Sebab itu satu perkara yang sangat berguna ialah buat headache diary.

Catat:

* bila sakit kepala bermula
* bila haid bermula
* berapa lama sakit
* simptom yang datang bersama
* ubat yang diambil dan sama ada ia membantu

Bila coraknya jelas, lebih mudah untuk doktor menentukan sama ada ia menstrual migraine dan memilih rawatan yang sesuai. Sesetengah wanita mungkin memerlukan rawatan ketika serangan, manakala yang lain boleh dipertimbangkan rawatan pencegahan jangka pendek sekitar waktu haid.

Jangan sampai painkiller jadi rutin

Ini pun ramai terlepas pandang.

Kalau ubat sakit kepala diambil terlalu kerap, ubat itu sendiri boleh menyumbang kepada medication-overuse headache.

NICE menyarankan supaya kita berwaspada jika paracetamol atau NSAID digunakan 15 hari atau lebih sebulan, atau triptan dan ubat kombinasi digunakan 10 hari atau lebih sebulan, selama beberapa bulan.

Kalau hampir setiap minggu anda kena cari ubat sakit kepala dalam beg, jangan sekadar tambah dos sendiri. Elok periksa semula puncanya.

Bila sakit kepala perlu terus ke hospital?

Jangan tunggu jika:

* sakit kepala datang tiba-tiba dan sangat kuat, seperti “worst headache of my life”
* muka, tangan atau kaki tiba-tiba lemah atau kebas
* percakapan jadi pelo, keliru, pengsan atau sawan
* sakit kepala bersama demam tinggi dan tengkuk keras
* penglihatan hilang atau terganggu secara tiba-tiba
* sakit bermula selepas kecederaan kepala
* sakit semakin teruk atau coraknya tiba-tiba berubah

Untuk wanita, satu lagi situasi jangan ambil mudah.

Sakit kepala yang teruk ketika hamil atau selepas bersalin, terutama jika bersama penglihatan kabur, tekanan darah tinggi, sakit bahagian atas abdomen atau sesak nafas, perlu dinilai segera kerana antara perkara yang perlu dikecualikan ialah pre-eclampsia atau postpartum pre-eclampsia.

Sakit kepala memang common.

Tapi common tak bermaksud semuanya sama.

Kalau sakit datang setiap bulan, mengganggu kerja, membuatkan anda terpaksa berkurung dalam bilik gelap atau semakin kerap sampai ubat tahan sakit menjadi rutin, jangan cuma tahan.

Sakit kepala pun ada diagnosis. Bila kita tahu jenisnya, rawatan pun boleh jadi jauh lebih tepat.

Address

Nilai
Nilai
71800

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
17:10 - 20:00
Tuesday 09:00 - 17:00
17:10 - 20:00
Wednesday 09:00 - 17:00
17:10 - 20:00
Thursday 09:00 - 17:00
17:10 - 20:00
Friday 09:00 - 12:15
14:45 - 17:00

Telephone

+6067986121

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Kesihatan USIM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share