Poliklinik My Dr Semporna

Website Contact the business

Poliklinik My Dr Semporna Klinik yang menjaminkan layanan yang eksklusif bersama doktor yang berpengalaman dan mesra.

Berbeza negeri, budaya dan bahasa, tetapi kita tetap disatukan oleh satu nama.. Malaysia.Dari Semenanjung hingga Sabah d...
15/09/2026

Berbeza negeri, budaya dan bahasa, tetapi kita tetap disatukan oleh satu nama.. Malaysia.

Dari Semenanjung hingga Sabah dan Sarawak, setiap tempat membawa cerita, warisan dan keistimewaannya tersendiri.

Selamat Hari Malaysia daripada seluruh warga Poliklinik My Dr. Semoga semangat perpaduan terus mekar dan negara kita kekal aman, harmoni serta saling menjaga. ❤️💙💛

Ramai ingat lagi kuat bau pencuci, lagi bersih tandas. Tapi jangan sesekali campur-campur bahan pencuci! 🚨Sesetengah pen...
14/09/2026

Ramai ingat lagi kuat bau pencuci, lagi bersih tandas. Tapi jangan sesekali campur-campur bahan pencuci! 🚨

Sesetengah pencuci mangkuk tandas mengandungi asid. Apabila dicampurkan dengan peluntur, tindak balas tersebut boleh menghasilkan gas klorin beracun.

Antara tanda terhidu gas klorin:

⚠️ Pedih mata atau tekak
⚠️ Batuk
⚠️ Dada terasa ketat
⚠️ Sukar bernafas

Gunakan satu produk sahaja, baca arahan pada label dan pastikan tandas mempunyai pengudaraan yang baik. Individu yang mempunyai asma atau penyakit paru-paru mungkin lebih sensitif terhadap gas ini.

Jika terhidu dan mula mengalami batuk, pedih mata atau tekak, dada terasa ketat atau sukar bernafas, segera keluar ke kawasan berudara segar dan dapatkan rawatan di hospital.

Hubungi 999 jika sesak nafas teruk, keliru atau pengsan.

Jangan lupa kongsikan supaya lebih ramai tahu. Bersih itu penting, keselamatan lebih utama. 🩺

Tidur mengiring tanpa bantal di antara lutut, boleh ke? 😴Boleh saja kalau posisi itu selesa dan tidak menyebabkan sakit....
10/09/2026

Tidur mengiring tanpa bantal di antara lutut, boleh ke? 😴

Boleh saja kalau posisi itu selesa dan tidak menyebabkan sakit. Bantal di antara lutut bukan wajib, tetapi boleh dicuba jika anda kerap bangun dengan pinggang, pinggul atau lutut terasa tegang.

Ia boleh membantu:
✔️ Menyokong penjajaran pinggul dan pelvis
✔️ Mengurangkan tekanan antara lutut
✔️ Menjadikan posisi tidur lebih selesa

Yang penting, pilih posisi yang sesuai dengan tubuh sendiri. Jika sakit berterusan, disertai kebas atau anggota menjadi lemah, dapatkan pemeriksaan doktor.

Selamat pagi dari geng Poliklinik My Dr ☀️Kalau dulu pergi kerja style 80-an, agaknya macam ni lah 😆Zaman berubah, fesye...
10/09/2026

Selamat pagi dari geng Poliklinik My Dr ☀️

Kalau dulu pergi kerja style 80-an, agaknya macam ni lah 😆
Zaman berubah, fesyen pun berubah… tapi semangat nak jaga kesihatan orang ramai tetap sama. 💙

Semoga urusan hari ni dipermudahkan dan mood kekal baik sampai petang ✨

“KAU KENAL AKU SIAPA?” 👀Di klinik, bukan siapa kita yang tentukan giliran.. tetapi tahap keadaan pesakit.Kadang-kadang a...
04/09/2026

“KAU KENAL AKU SIAPA?” 👀

Di klinik, bukan siapa kita yang tentukan giliran.. tetapi tahap keadaan pesakit.

Kadang-kadang ada pesakit yang baru sampai tetapi dipanggil dahulu. Bukan semestinya potong queue atau dapat layanan istimewa. Mungkin keadaannya lebih serius seperti sesak nafas teruk, sakit dada, sawan, tidak sedarkan diri atau pendarahan banyak.

Kalau giliran kita lambat sedikit, cuba fahami ya. Semua pesakit penting, cuma ada keadaan yang memang tak boleh menunggu. 🩺💚

“Reta” tengah viral sebab ramai mendakwa ia boleh turunkan berat badan dengan cepat. Tapi viral bukan bermaksud sudah di...
02/09/2026

“Reta” tengah viral sebab ramai mendakwa ia boleh turunkan berat badan dengan cepat. Tapi viral bukan bermaksud sudah diluluskan atau selamat digunakan sesuka hati. 🚨

Setakat 17 Ogos 2026, tiada produk Retatrutide yang berdaftar untuk digunakan di Malaysia. Ia masih merupakan ubat kajian dalam Fasa 3.

Jika dibeli daripada sumber tidak sah, kandungan sebenar, dos dan ketulenannya mungkin tidak dapat dipastikan. Risikonya lebih tinggi apabila digunakan tanpa pemeriksaan dan pemantauan doktor.

Sebelum membeli sebarang pen kurus:

✅ Semak melalui NPRA Product Search
✅ Sahkan hologram melalui FarmaChecker MyUBAT
✅ Dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu

Kalau sedang mempertimbangkan rawatan untuk menurunkan berat badan, berbincanglah dengan doktor supaya pilihan rawatan sesuai dengan keadaan kesihatan anda. 🩺

Sudah nampak dua garis? Jangan tunggu lama-lama bah untuk buka Buku Pink. 🩷🤰Di Poliklinik My Dr Semporna, mama boleh bua...
02/09/2026

Sudah nampak dua garis? Jangan tunggu lama-lama bah untuk buka Buku Pink. 🩷🤰

Di Poliklinik My Dr Semporna, mama boleh buat:

✅ Pemeriksaan kesihatan ibu mengandung
✅ Konsultasi sama doktor wanita
✅ Ujian air kencing
✅ Ultrasound scan baby

Bagus buka awal supaya doktor boleh pantau kesihatan mama sama baby dari awal. Kalau tidak pasti bila masa sesuai mau datang, Watsap kami saja dulu untuk tanya-tanya.

📲 WhatsApp: 013-983 6903
📍 Poliklinik My Dr Semporna

Boleh walk-in juga bah. Senang, tidak payah pigi jauh-jauh.

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 🇲🇾Kemerdekaan bukan sekadar mengenang sejarah, tetapi semangat untuk terus me...
30/08/2026

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 🇲🇾

Kemerdekaan bukan sekadar mengenang sejarah, tetapi semangat untuk terus menjaga perpaduan, kesejahteraan dan masa depan negara.

Semoga seluruh rakyat Malaysia sentiasa dikurniakan kesihatan, keamanan dan kebahagiaan. Bersama-sama kita jaga diri, jaga keluarga dan jaga Malaysia. ❤️💙💛🤍

Ikhlas daripada seluruh warga kerja Poliklinik My Dr.

Merdeka! Merdeka! Merdeka! ✊🇲🇾

JANGAN CUMA CAKAP, “IBU KENA KUAT.” 🤍Selepas bersalin, badan ibu masih dalam proses pulih. Tidur tak cukup, emosi beruba...
28/08/2026

JANGAN CUMA CAKAP, “IBU KENA KUAT.” 🤍

Selepas bersalin, badan ibu masih dalam proses pulih. Tidur tak cukup, emosi berubah-ubah dan bayi p**a memerlukan perhatian sepanjang masa.

Waktu begini, ibu bukan perlukan nasihat sahaja. Ibu perlukan bantuan yang nyata:

🍼 Bergilir menjaga bayi
😴 Beri peluang untuk ibu tidur dan berehat
🍲 Kalau datang melawat, bawakan makanan atau bantu kerja rumah
🥤 Pastikan ibu cukup makan dan minum
💬 Tanya khabar emosinya dan dengar tanpa menghakimi

Nampak macam bantuan kecil, tetapi boleh membuatkan ibu rasa disokong dan tidak keseorangan.

Jika rasa sedih atau cemas berlarutan lebih dua minggu, semakin teruk atau mengganggu kehidupan harian, dapatkan pemeriksaan doktor. Jika timbul fikiran mahu mencederakan diri atau bayi, dapatkan bantuan kecemasan segera.

Kadang-kadang ayat, “Awak rehat dulu, saya jaga bayi,” jauh lebih bermakna daripada, “Awak kena kuat.” 🫶

DULU TEH KURUS, SEKARANG GLP-1… APA P**A SELEPAS NI? 👀Setiap zaman mesti ada satu cara kurus yang tiba-tiba jadi famous:...
27/08/2026

DULU TEH KURUS, SEKARANG GLP-1… APA P**A SELEPAS NI? 👀

Setiap zaman mesti ada satu cara kurus yang tiba-tiba jadi famous:

🍵 Teh dan pil kurus
🔥 Bengkung sauna
🥩 Diet rendah karbo
🥤 Meal replacement
🥬 Jus detox
🥑 Keto
⏰ Intermittent fasting
💉 Rawatan GLP-1

Tapi jangan anggap semuanya sama ya. ✋

❌ Pop**ar belum tentu terbukti
❌ Turun cepat belum tentu selamat
❌ Berkesan pada orang lain belum tentu sesuai untuk kita

Rawatan GLP-1 p**a bukan produk kurus biasa atau “suntikan ajaib”. Ia merupakan ubat berpreskripsi untuk individu yang sesuai dan perlu digunakan di bawah pemantauan doktor. 🩺

Sebelum ikut mana-mana kaedah, periksa keadaan kesihatan dan fahami risikonya terlebih dahulu.

Trend boleh berubah, tetapi keselamatan tetap perlu diutamakan. ✅

Pilih berdasarkan bukti, bukan sekadar testimoni. 💚

Address

Lot G 30-31 Bandar Mutiara
Semporna
91308

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Poliklinik My Dr Semporna posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Poliklinik My Dr Semporna:

Shortcuts

Share