22/08/2026
Minggu lepas seorang Ahli dari emcWeKongsiMedicalSharinggrup.blogspot.com (anak Dr. Muhammad) telah diwadkan selama 3 hari di KPJ Puteri Specialist, Johor Bahru dengan diagnosis keracunan makanan. Jumlah bil adalah RM5,511.55 di mana Final Guarantee Letter (FGL) yang diluluskan e-MAS adalah sebanyak RM4,850.35.
RM5,511.55 - RM4,850.35 bermakna RM661.20 adalah Excess yang kena dibayar sendiri. Apabila dipecahkan RM161.20 adalah caj pendaftaran & non-medical equipment/personal comfort item yang tidak ditanggung sepanjang menginap di hospital, baki RM500 p**a adalah Co-Share.
Apa yang unik di sini jika Anda warded di mana-mana Hospital Swasta kurang dari cycle 3 tahun (minima) maka Co-Share tersebut kena ditanggung sendiri TETAPI bagi Dr. Muhammad, anak beliau sudah berdaftar sebagai Ahli lebih dari 3 tahun maka layak terima LOYALTY BENEFIT@Co-Share Incentive max upto RM500. Cara buat tuntutan adalah login app.wekongsi.com --> Klik Profil Aktif Ahli --> Co-Share Incentive --> Isikan semua maklumat dikehendaki & Muat-naik/Upload dokumen berkaitan tuntutan : FGL, Resit Bil hospital & sebagainya. Seterusnya follow-up 010-8768760 (WK WhatsApp Sapot) selepas tempoh 14 hari. Dari pengalaman Ahli-ahli lain paling cepat duit tersebut dip**angkan adalah antara 1-3 bulan.
Insentif Co-Share maksimum hingga RM500 ini dibayar atas inisiatif HQ Kita Kongsi Sdn. Bhd., bukan dari Tabung perkongsian sesama Ahli. Ia hanya layak dituntut oleh Ahli yang diwadkan ke Hospital Swasta sahaja, tiada Co-Share kepada Ahli yang pilih diwadkan ke Hospital Kerajaan. Tuntutan hanya boleh dibuat jika diwadkan selepas tempoh minima tiap 3 tahun sekali. Apabila tuntutan pertama telah dibuat, tuntutan seterusnya hanya layak selepas 3 tahun berikutnya. Harap maklum.
TQ Wslm, Jzkk.