Klinik Inocare

Call Directions Website

Klinik Inocare We have a passion for treating hard-to-heal wounds. Our clinic is run by qualified professionals with a focus on wound care.

We are on a mission to save limbs and save lives. Our clinical staff bring more than 40 years of wound care expertise to you

🩺 **Doctors, ready to take the next step in wound care and joint health?****Klinik Inocare is hiring a Resident Doctor**...
19/10/2026

🩺 **Doctors, ready to take the next step in wound care and joint health?**

**Klinik Inocare is hiring a Resident Doctor** at our clinic in Jalan Pahang, Kuala Lumpur.

We welcome doctors who are passionate about patient care and interested in developing their clinical skills in wound management, musculoskeletal care and regenerative treatment approaches.

**We’re looking for someone who is:**

✅ MMC-registered with a valid APC.
✅ Skilled in basic minor procedures and ultrasound use.
✅ Patient-friendly, committed and adaptable.
✅ Professional, dependable and a team player.

**Experience in an Orthopaedic Department is an advantage.**

If these areas align with your clinical interests, we would love to hear from you.

📩 **Send your CV to:**
[email protected]
[email protected]

📲 **For enquiries, WhatsApp:**
[017-897 4751](https://wa.me/60178974751)

Know a doctor who might be interested? Share this opportunity with them!

Iklan Jawatan Kosong. Bagi calon yang berminat, boleh hubungi kami. 🩺 **Doctors, ready to take the next step in wound ca...
19/10/2026

Iklan Jawatan Kosong. Bagi calon yang berminat, boleh hubungi kami.

🩺 **Doctors, ready to take the next step in wound care and joint health?**

**Klinik Inocare is hiring a Resident Doctor** at our clinic in Jalan Pahang, Kuala Lumpur.

We welcome doctors who are passionate about patient care and interested in developing their clinical skills in wound management, musculoskeletal care and regenerative treatment approaches.

**We’re looking for someone who is:**

✅ MMC-registered with a valid APC.
✅ Skilled in basic minor procedures and ultrasound use.
✅ Patient-friendly, committed and adaptable.
✅ Professional, dependable and a team player.

**Experience in an Orthopaedic Department is an advantage.**

If these areas align with your clinical interests, we would love to hear from you.

📩 **Send your CV to:**
[email protected]
[email protected]

📲 **For enquiries, WhatsApp:**
[017-897 4751](https://wa.me/60178974751)

Know a doctor who might be interested? Share this opportunity with them!

19/10/2026

TERCEKIK AIR LIUR, BOLEH JADI BAHAYA KE?

Pernah tak tiba-tiba terbatuk kuat, rasa seperti tercekik, padahal tak makan atau minum apa-apa?

Sebenarnya, kita juga boleh tersedak dengan air liur sendiri.

KENAPA IA BERLAKU?

Ketika menelan, saluran pernafasan akan dilindungi supaya air liur masuk ke saluran makanan, bukannya paru-paru.

Namun, apabila koordinasi menelan terganggu, air liur boleh memasuki saluran pernafasan. Keadaan ini dikenali sebagai aspiration.

Badan biasanya bertindak balas dengan batuk kuat untuk membersihkan saluran tersebut.

APA BAHAYANYA?

Batuk dan rasa tercekik – tindak balas untuk melindungi paru-paru.

Kes**aran bernafas – boleh berlaku jika saluran pernafasan terganggu dengan serius.

Aspiration pneumonia – jangkitan paru-paru yang boleh berlaku apabila air liur yang mengandungi bakteria memasuki paru-paru, terutama jika kejadian berulang.

SIAPA LEBIH BERISIKO?

Warga emas, pesakit strok, Parkinson, individu yang mengalami masalah menelan dan mereka yang mempunyai tahap kesedaran rendah.

APA PERLU BUAT?

Jika masih boleh bernafas dan batuk dengan kuat, duduk tegak dan teruskan batuk. Jangan paksa minum air ketika masih tersedak.

Jika tidak dapat bernafas, bibir menjadi kebiruan atau pengsan, hubungi 999 segera.

Jika kerap tersedak air liur, s**ar menelan atau kerap mendapat jangkitan paru-paru, dapatkan pemeriksaan doktor.

PENTING: Sekali-sekala tersedak air liur biasanya tidak berbahaya. Tetapi jika kerap berlaku, ia mungkin petanda masalah menelan (dysphagia) yang memerlukan penilaian.

Public Health Malaysia

19/10/2026

“KALAU ORANG KENA STROK, CUCUK 10 JARI SAMPAI KELUAR DARAH. BETUL KE BOLEH SELAMATKAN NYAWA?”

Ada follower PHM bertanya tentang petua ini. Katanya, apabila seseorang diserang strok, kita perlu cucuk hujung setiap jari dengan jarum supaya darah keluar.

Jawapannya: TIDAK BENAR. Ini adalah mitos yang berbahaya.

Strok berlaku apabila saluran darah ke otak tersumbat atau saluran darah dalam otak pecah sehingga menyebabkan pendarahan.

Mencucuk jari untuk mengeluarkan darah tidak akan membuka saluran darah yang tersumbat atau menghentikan pendarahan dalam otak.

Tiada bukti saintifik yang menunjukkan kaedah ini boleh merawat strok.

Malah, perbuatan tersebut boleh menyebabkan luka, risiko jangkitan dan paling membimbangkan, melambatkan pesakit daripada mendapat rawatan kecemasan.

Apa perlu buat jika seseorang disyaki mengalami strok?

Ingat tanda BE FAST:

B – Balance: Tiba-tiba hilang keseimbangan.

E – Eyes: Penglihatan tiba-tiba terganggu.

F – Face: Muka menjadi senget sebelah.

A – Arms: Tangan atau kaki sebelah badan menjadi lemah.

S – Speech: Percakapan menjadi pelo atau s**ar bercakap.

T – Time: Segera hubungi 999!

Sementara menunggu ambulans, pastikan pesakit berada dalam keadaan selamat, catat masa gejala bermula dan jangan beri makanan, minuman atau ubat melalui mulut.

Kenapa masa sangat penting?

Sesetengah pesakit strok akibat saluran darah tersumbat boleh menerima rawatan pelarut darah dalam tempoh 4.5 jam, manakala prosedur membuang darah beku boleh dilakukan sehingga 24 jam bagi pesakit terpilih.

Lebih awal rawatan diberikan, lebih besar peluang untuk mengurangkan kerosakan otak dan kecacatan kekal.

Jangan habiskan masa mencucuk jari. Gunakan masa itu untuk menyelamatkan otak.

Kadangkala petua ini disebarkan dengan niat mahu membantu. Namun dalam situasi kecemasan, tindakan yang tidak terbukti berkesan boleh menyebabkan pesakit kehilangan peluang mendapatkan rawatan sebenar.

Kongsikan maklumat ini. Mungkin suatu hari nanti, ia dapat membantu menyelamatkan nyawa seseorang.

PUBLIC HEALTH MALAYSIA

Info
17/10/2026

Info

SLE: PENYAKIT AUTOIMUN YANG BOLEH MENYERANG HAMPIR SELURUH BADAN

Ruam kemerahan berbentuk rama-rama pada kedua-dua p**i. Ulser mulut yang berulang tetapi tidak menyakitkan. Sendi jari membengkak dan terasa kaku.

Dalam sesetengah kes, pemeriksaan air kencing p**a menunjukkan kebocoran protein walaupun pesakit tidak mengalami sebarang gejala.

Tanda-tanda ini mungkin kelihatan tidak berkaitan. Namun, apabila berlaku dalam kombinasi tertentu, ia boleh menjadi petunjuk kepada Systemic Lupus Erythematosus (SLE) atau lupus.

SLE ialah penyakit autoimun kronik apabila sistem pertahanan badan tersilap menyerang tisu dan organ sendiri.

Penyakit ini lebih kerap menyerang wanita, khususnya dalam lingkungan usia 15 hingga 45 tahun. Kira-kira 9 daripada 10 pesakit lupus ialah wanita.

Mengapa SLE dianggap penyakit yang kompleks?

Kerana ia bukan sekadar penyakit kulit. SLE boleh menjejaskan sendi, buah pinggang, darah, paru-paru, jantung dan sistem saraf.

ANTARA 12 TANDA DAN GEJALA SLE:

1. Malar rash – Ruam kemerahan berbentuk rama-rama pada p**i dan batang hidung.

2. Photosensitivity – Ruam atau gejala lupus bertambah teruk selepas terdedah kepada cahaya matahari.

3. Arthritis – Sakit, bengkak dan kekakuan sendi, terutama jari dan pergelangan tangan.

4. Fatigue – Keletihan melampau walaupun mendapat rehat mencukupi.

5. Ulser mulut atau hidung – Luka berulang yang kadangkala tidak menyakitkan.

6. Alopecia – Rambut semakin menipis atau gugur dengan banyak.

7. Demam berulang – Demam tanpa punca jelas, kadangkala disertai sakit badan.

8. Raynaud’s phenomenon – Jari bertukar putih, kebiruan atau kemerahan apabila terdedah kepada kesejukan.

9. Lupus nephritis – Keradangan buah pinggang yang boleh menyebabkan air kencing berbuih, bengkak kaki dan tekanan darah tinggi. Ada juga yang tiada gejala.

10. Gangguan darah – Anemia, kekurangan sel darah putih atau platelet.

11. Sakit dada atau sesak nafas – Boleh berlaku akibat keradangan lapisan paru-paru atau selaput jantung.

12. Gangguan sistem saraf – Masalah ingatan, kekeliruan atau sawan dalam kes tertentu.

Mengapa SLE kadangkala s**ar dikenal pasti?

Gejalanya tidak semestinya muncul serentak. Ada pesakit bermula dengan masalah kulit dan sendi, manakala yang lain hanya mengetahui organ dalaman terjejas selepas menjalani pemeriksaan.

Penyakit ini juga boleh mengalami episod aktif (flare) dan tempoh terkawal (remission).

Tidak semua pesakit mempunyai gejala yang sama. Malah, tanda-tanda di atas juga boleh berlaku akibat penyakit lain.

Diagnosis SLE memerlukan penilaian doktor bersama ujian darah dan air kencing. Keputusan ANA positif sahaja tidak mencukupi untuk mengesahkan SLE.

Walaupun belum ada penawar yang menyembuhkan SLE sepenuhnya, rawatan awal dan pemantauan berkala dapat mengawal penyakit serta mengurangkan risiko kerosakan organ.

Apa yang paling penting, jangan anggap SLE hanya penyakit ruam pada wajah.

Ada pesakit yang kelihatan sihat dari luar, tetapi sebenarnya sedang mengalami keradangan yang melibatkan organ penting.

Jika beberapa tanda mencurigakan berlaku secara berulang atau berpanjangan, dapatkan pemeriksaan doktor.

Public Health Malaysia

Nak kurus weyyy
17/10/2026

Nak kurus weyyy

NAK DUDUK PUN SUSAH. NAK BANGUN LAGI SUSAH.

Nak duduk di lantai, badan kena diturunkan perlahan-lahan. Tangan kiri terpaksa menahan badan, tangan kanan p**a memegang lutut untuk mencari sokongan.

Perut dan paha terasa menghalang pergerakan. Kaki susah dilipat. Lutut mula sakit.

Bila dah berjaya duduk, timbul p**a satu masalah.

Macam mana nak bangun semula?

Terpaksa menolak badan menggunakan kedua-dua tangan. Ada yang perlu berpaut pada kerusi, malah ada yang memerlukan bantuan orang lain.

Inilah antara cabaran yang boleh dialami oleh individu dengan obesiti.

Kita selalu mengaitkan obesiti dengan diabetes, darah tinggi, penyakit jantung dan strok. Tetapi ada satu lagi kesan yang jarang dibincangkan.

Obesiti juga boleh mengganggu postur, keseimbangan dan mobiliti sehingga aktiviti harian yang paling asas pun menjadi s**ar.

Kenapa ini berlaku?

Apabila abdomen dan paha semakin besar, ruang untuk membengkokkan pinggul dan lutut boleh menjadi terhad. Dalam biomekanik, keadaan ini dikenali sebagai mechanical restriction.

Berat badan berlebihan juga meningkatkan beban pada sendi. Jika sudah mengalami masalah lutut atau osteoartritis, hendak mencangkung, menaiki tangga atau bangun daripada lantai boleh menjadi semakin menyakitkan.

Kajian biomekanik turut menunjukkan individu dengan obesiti boleh menggunakan strategi pergerakan yang berbeza ketika bangun daripada duduk.

Masalahnya, apabila bergerak semakin susah, seseorang mungkin mula mengurangkan aktiviti fizikal.

Kurang bergerak menyebabkan otot semakin lemah. Bila otot lemah, hendak bergerak menjadi lebih mencabar.

Akhirnya terbentuk satu kitaran yang s**ar diputuskan.

Bukan setakat duduk dan bangun. Hendak memakai stokin, mengikat tali kasut, masuk kereta atau berjalan jauh pun boleh menjadi cabaran.

Bayangkan apabila perkara yang orang lain lakukan tanpa berfikir, memerlukan usaha yang begitu besar setiap hari.

Sebab itulah obesiti bukan sekadar soal penampilan atau angka pada penimbang. Ia boleh menjejaskan kebebasan seseorang untuk bergerak dan melakukan aktiviti harian.
Apa yang boleh dilakukan?

Mulakan dengan aktiviti mengikut kemampuan seperti berjalan, berbasikal statik atau senaman dalam air. Latihan kekuatan otot paha dan pinggul juga penting untuk membantu pergerakan duduk dan bangun.

Pengurusan berat badan secara beransur-ansur dapat membantu mengurangkan beban pada sendi. Jika pergerakan sudah sangat terbatas atau menyakitkan, dapatkan penilaian doktor atau ahli fisioterapi.

Tidak semua individu dengan obesiti mengalami masalah ini. Kekuatan otot, tahap kecergasan, usia dan keadaan sendi juga memainkan peranan.

Matlamat pengurusan obesiti bukan sekadar untuk muat memakai baju yang lebih kecil.

Tetapi supaya kita masih mampu duduk, bangun, berjalan dan melakukan perkara yang kita s**a tanpa terlalu bergantung kepada orang lain.

Kerana apabila mobiliti semakin hilang, perkara kecil yang selama ini kita anggap biasa boleh menjadi satu perjuangan setiap hari.

Public Health Malaysia

Ambil tahu
17/10/2026

Ambil tahu

PM2.5: HABUK HALUS YANG BOLEH SAMPAI KE DALAM DARAH, MALAH DIKESAN PADA ORGAN JANIN.

Bila jerebu melanda, kita biasanya risau apabila mata mula pedih, tekak terasa perit dan dada menjadi sesak. Tetapi ada sesuatu yang jauh lebih membimbangkan tentang udara yang sedang kita sedut.

Zarah pencemaran yang paling kecil mungkin langsung tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Ia dikenali sebagai PM2.5.

APA SEBENARNYA ADA DALAM PM2.5?

PM2.5 bukan sekadar debu atau habuk biasa. Ia merupakan campuran zarah halus yang boleh mengandungi jelaga daripada pembakaran, bahan karbon, sulfat, nitrat, logam berat seperti plumbum dan arsenik, serta sebatian organik toksik.

Kandungannya bergantung pada punca pencemaran. Asap kebakaran hutan, pembakaran sampah, pelepasan kilang dan asap kenderaan menghasilkan campuran pencemar yang berbeza.

APA BEZANYA DENGAN PM10?

PM10 merangkumi zarah dengan diameter sehingga 10 mikrometer, manakala PM2.5 berdiameter 2.5 mikrometer atau lebih kecil.

Sebagai gambaran, sehelai rambut manusia mempunyai diameter sekitar 50 hingga 70 mikrometer.

PM10 boleh memasuki saluran pernafasan dan paru-paru. Namun, PM2.5 yang lebih kecil mampu menembusi lebih jauh sehingga ke alveoli, iaitu kantung udara halus tempat pertukaran oksigen berlaku.

Dan di sinilah masalahnya bermula.

SEJAUH MANA ZARAH INI BOLEH PERGI?

Apabila PM2.5 sampai ke bahagian terdalam paru-paru, ia boleh mencetuskan keradangan dan tekanan oksidatif. Kesan ini tidak semestinya terhenti pada paru-paru sahaja.

Keradangan tersebut boleh mempengaruhi salur darah dan jantung. Malah, kajian menunjukkan sebahagian zarah yang sangat kecil, khususnya zarah bersaiz nano, boleh menembusi ke dalam peredaran darah.

Pendedahan kepada PM2.5 telah dikaitkan dengan peningkatan risiko serangan jantung, strok, penyakit paru-paru kronik dan kanser paru-paru.

PENEMUAN KAJIAN YANG LEBIH MEMBIMBANGKAN.

Pada tahun 2022, satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal The Lancet Planetary Health melaporkan penemuan zarah black carbon, iaitu jelaga daripada pencemaran udara, dalam sampel darah tali pusat dan tisu janin.

Zarah tersebut turut dikesan dalam sampel hati, paru-paru dan otak janin.

Penemuan ini penting kerana ia menunjukkan bahawa sesetengah zarah pencemaran boleh merentasi plasenta semasa kehamilan.

Walaupun kajian tersebut tidak membuktikan bahawa setiap zarah yang dikesan menyebabkan kerosakan organ, ia memberikan satu amaran penting tentang potensi pendedahan pencemaran udara terhadap bayi yang masih berada dalam kandungan.

Ketika jerebu, kurangkan aktiviti luar, terutama aktiviti fizikal lasak. Kurangkan kemas**an udara tercemar ke dalam rumah, gunakan penapis udara HEPA jika ada, dan pakai pelitup muka N95 yang sesuai apabila perlu keluar dalam keadaan udara berasap.

Kita mungkin hanya nampak asap di langit. Tetapi kesan pencemaran udara boleh berlaku jauh lebih dalam daripada apa yang mampu dilihat oleh mata.

Paru-paru bukan satu-satunya organ yang perlu kita lindungi ketika jerebu.

PUBLIC HEALTH MALAYSIA

16/10/2026

“Doktor kata penyakit saya semakin teruk disebabkan jerebu ni.”

“Mak tak apa-apa. Mak cuma penat sikit.”

Itu jawapan seorang ibu setiap kali anaknya bertanya kenapa dia semakin jarang keluar dari bilik.

Dulu, setiap pagi dia akan bangun awal. Sediakan sarapan, siram pokok dan tunggu cucu p**ang dari sekolah.

Tetapi sejak beberapa hari lalu, dia semakin banyak duduk.

Malam pun dia tidak lagi tidur berbaring. Terpaksa bersandar pada beberapa biji bantal kerana terasa sesak nafas.

Anaknya menyangka ibu cuma keletihan.

Sehinggalah suatu malam, dia menemui ibunya duduk di tepi katil, tercungap-cungap.

“Mak tak nak kejut kamu. Ingatkan boleh hilang sendiri.”

Di hospital, doktor mendapati penyakit kegagalan jantung yang dihidapinya semakin teruk.

Ramai tidak tahu, jerebu bukan hanya memberi kesan kepada paru-paru.

Partikel halus PM2.5 boleh mencetuskan keradangan dan mengganggu sistem kardiovaskular. Pendedahan kepada pencemaran udara dikaitkan dengan peningkatan risiko pesakit kegagalan jantung dimasukkan ke hospital.

Sudah tentu, bukan semua kemerosotan penyakit jantung berpunca daripada jerebu. Punca lain tetap perlu diperiksa.

Tetapi bagi pesakit yang sedia mempunyai penyakit jantung, udara tercemar boleh menjadi satu lagi beban kepada tubuh yang sudah lemah.

Kita nampak langit yang kelabu.

Tetapi ada orang yang sedang berjuang hanya untuk berjalan dari katil ke pintu bilik.

Jangan tunggu sehingga sesak nafas menjadi terlalu teruk sebelum mendapatkan rawatan.

Jerebu bukan sekadar mengganggu keselesaan. Bagi sesetengah pesakit, ia boleh memburukkan penyakit yang selama ini mereka cuba kawal.

**Lutut kaku selepas duduk? Nak bangun pun terasa susah?**Jika kekakuan lutut mengganggu rutin harian anda, mari kenal p...
14/10/2026

**Lutut kaku selepas duduk? Nak bangun pun terasa susah?**

Jika kekakuan lutut mengganggu rutin harian anda, mari kenal pasti puncanya.

Dapatkan pemeriksaan lutut di **Klinik Inocare** dan nasihat tentang penjagaan yang sesuai dengan keperluan anda.

📲 **Hubungi/WhatsApp 017-897 4751** untuk tempah janji temu.

📍 Vue Residence Suite, Jalan Pahang, Kuala Lumpur

**Knee stiff after sitting? Getting up shouldn’t feel like a struggle.**If knee stiffness is affecting your daily routin...
14/10/2026

**Knee stiff after sitting? Getting up shouldn’t feel like a struggle.**

If knee stiffness is affecting your daily routine, let’s understand what’s causing it.

Visit **Klinik Inocare** for a knee assessment and advice on care suited to your needs.

📲 **Call/WhatsApp 017-897 4751** to book your appointment.

📍 Vue Residence Suite, Jalan Pahang, Kuala Lumpur

Address

G06 & G07 Seri Pahang Residence 102, Jalan Pahang
Thongwa
53300

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00

Telephone

+60397714550

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Inocare posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share