Klinik APM Desaru

Directions Website Contact the business

Klinik APM Desaru One of the clinic branches managed by APM Healthcare Sdn. Bhd. Established in 2016

“KEMURUNGAN in english is DEPRESSION!”Kemurungan bukan tanda seseorang lemah!🎈Dalam istilah perubatan, KEMURUNGAN ialah ...
05/11/2026

“KEMURUNGAN in english is DEPRESSION!”
Kemurungan bukan tanda seseorang lemah!

🎈Dalam istilah perubatan, KEMURUNGAN ialah gangguan kesihatan mental yang menyebabkan seseorang mengalami kesedihan berpanjangan, kehilangan minat atau keseronokan terhadap aktiviti harian, serta perubahan emosi dan tingkah laku.

Gejala Kemurungan :
✅ Kesedihan berpanjangan. 😢
✅ Hilang minat terhadap aktiviti yang digemari. 🚴‍♀️
✅Cepat letih atau kurang tenaga. 🥱
✅Gangguan tidur. 😴
✅Perubahan selera makan. 🍱
✅Sukar memberikan tumpuan. 🧘‍♀️
✅Rasa tidak berguna atau bersalah. ❌
✅Mengasingkan diri daripada orang lain.👭
✅Pemikiran untuk mencederakan diri atau membunuh diri. 🔪 🩸

Punca Kemurungan :

A. Faktor Biologi :
💊Perubahan sistem neurotransmitter seperti serotonin, noradrenaline dan dopamine.
💊Faktor genetik atau sejarah keluarga dengan kemurungan.
💊Perubahan hormon.
💊Gangguan tidur dan ritma biologi badan.

B. Faktor Psikologi :
💊Trauma zaman kanak-kanak.
💊Pengalaman penderaan fizikal atau emosi.
💊Kehilangan orang tersayang.
💊Kurang keyakinan diri
💊Pemikiran negatif yang berulang

C. Faktor Sosial dan Persekitaran :
💊Masalah rumah tangga.
💊Tekanan kewangan.
💊Beban kerja yang berlebihan.
💊Konflik keluarga.
💊Kesunyian dan kurang sokongan sosial.
💊Perubahan besar dalam kehidupan.

D. Kondisi Kesihatan :
Simptom menyerupai kemurungan, contohnya:
💊Hypothyroidism.
💊Anaemia.
💊Vitamin B12 deficiency.
💊Chronic pain.
💊Neurological disorders.
💊Sesetengah ubat-ubatan.

Jenis - Jenis Kemurungan :

👩🏻‍⚕️Major Depressive Disorder (MDD) - Episod kemurungan yang ketara, biasanya sekurang-kurangnya 2 minggu

👩🏻‍⚕️Persistent Depressive Disorder -Kemurungan kronik yang berterusan sekurang-kurangnya 2 tahun bagi orang dewasa

👩🏻‍⚕️Postpartum Depression - Kemurungan yang berlaku selepas kelahiran bayi

👩🏻‍⚕️Seasonal Affective Disorder - Kemurungan berkaitan perubahan musim

👩🏻‍⚕️Premenstrual Dysphoric Disorder (PMDD) - Gejala kemurungan dan perubahan emosi yang teruk sebelum haid

👩🏻‍⚕️Depression with anxious distress - Kemurungan yang disertai simptom kebimbangan yang ketara

DAPATKAN BANTUAN PROFESIONAL!

Contoh Rawatan Yang Membantu:
📝 CBT : Membantu mengubah corak pemikiran negatif
📝Counselling :Membantu mengurus emosi dan masalah kehidupan
📝Psychotherapy : Membantu memahami dan menangani punca tekanan
📝Antidepressants : Membantu mengurangkan simptom kemurungan
📝Lifestyle modification : Membantu memperbaiki tidur, tenaga dan kesihatan mental

KEMURUNGAN BUKAN TANDA KELEMAHAN. KADANGKALA, HATI JUGA PERLUKAN PERTOLONGAN..
Mari dapatkan konsultasi segera jika bergejala 🏥

🚨 “AKU ADA KETULAN PAYUDARA… AKU KENA KANSER KE?” 😰🎗️🎀 Benjolan payudara (breast lump) ialah ketulan atau kawasan tisu y...
28/10/2026

🚨 “AKU ADA KETULAN PAYUDARA… AKU KENA KANSER KE?” 😰🎗️

🎀 Benjolan payudara (breast lump) ialah ketulan atau kawasan tisu yang terasa berbeza daripada tisu payudara di sekelilingnya. Ia boleh berlaku pada wanita dan lelaki, dan tidak semua benjolan payudara bermaksud kanser.

🏥Apakah punca benjolan payudara?

✅Fibroadenoma
Ketumbuhan bukan kanser yang biasa berlaku pada wanita muda. Biasanya terasa bulat, licin, kenyal dan boleh bergerak apabila disentuh.

✅Sista payudara (breast cyst)
Kantung berisi cecair yang boleh menyebabkan benjolan lembut atau tegang, kadangkala disertai rasa sakit.

✅Mastitis atau abses payudara
Keradangan atau jangkitan yang boleh menyebabkan sakit, kemerahan, bengkak, rasa panas dan kadangkala demam. Lebih kerap berlaku semasa penyusuan.

✅Kanser payudara
Boleh muncul sebagai benjolan yang keras, tidak sekata atau kurang bergerak.

✅Punca lain termasuk perubahan hormon, perubahan fibrosistik, lipoma (ketumbuhan lemak) dan perubahan selepas kecederaan atau pembedahan.

Bagaimana doktor memeriksa benjolan payudara?
-Kaedah utama ialah triple assessment atau penilaian tiga serangkai. 📝

1. Pemeriksaan klinikal 💊 :
Doktor bertanya tentang tempoh benjolan, perubahan saiz, kesakitan, kitaran haid, penyusuan dan sejarah keluarga. Payudara serta kelenjar di ketiak akan diperiksa.

2. Pengimejan 🩻 :
-Ultrasound payudara
-Mammogram

3. Biopsi jika diperlukan 💉 :
-Sampel tisu atau sel diambil untuk pemeriksaan makmal. Core needle biopsy lazim digunakan untuk menilai benjolan yang mencurigakan.

‼️Pemeriksaan payudara sendiri amat penting!
Cara memeriksa payudara sendiri :

🎈 Lihat di hadapan cermin. Perhatikan perubahan saiz, bentuk, kulit dan puting.

🎈Angkat kedua-dua tangan. Lihat jika terdapat perubahan bentuk atau lekukan.

🎈Rasa seluruh payudara. Gunakan bahagian rata jari dengan tekanan lembut, sederhana dan sedikit lebih kuat untuk merasai lapisan tisu yang berbeza. Lakukan tekanan atau picitan lembut pada puting payudara - lihat jika puting mengeluarkan nanah / cecair berdarah

🎈Periksa kawasan ketiak dan sekitar tulang selangka.

🎈Perhatikan sebarang perubahan baharu. Jika menemui benjolan, dapatkan pemeriksaan doktor dan jangan tunggu pemeriksaan kendiri seterusnya.

‼️‼️Bilakah perlu berjumpa doktor?

👩🏻‍⚕️Dapatkan pemeriksaan secepat mungkin :
Jika terdapat benjolan baharu pada payudara atau ketiak, perubahan pada puting, kulit atau bentuk payudara. Jangan tunggu sehingga benjolan membesar atau menjadi sakit.

👩🏻‍⚕️Dapatkan rawatan pada hari yang sama jika boleh :
Jika payudara menjadi merah, panas dan bengkak, terutama jika disertai demam, menggigil atau kesakitan yang semakin teruk. Ini boleh menandakan jangkitan atau abses.

💗 Sayangi diri, kenali payudara anda dan jangan tangguhkan pemeriksaan jika terdapat perubahan.

MARI DAPATKAN PEMERIKSAAN SEGERA DI KLINIK APM JIKA BERGEJALA !

☢️ Radiographer for hiringKlinik APM Larkin kini sedang mencari calon yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi ja...
26/10/2026

☢️ Radiographer for hiring
Klinik APM Larkin kini sedang mencari calon yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi jawatan sebagai Radiographer.

Jika anda seorang yang proaktif, beretika, dan mempunyai minat mendalam dalam bidang kesihatan, kami mengalu-alukan permohonan anda.

📍Lokasi:
Klinik APM Larkin

✅Sepenuh Masa

✅Machine DR system

👨‍🏫 Kelayakan:
- Diploma atau Ijazah dalam Radiografi yang diiktiraf
- Pengalaman kerja di klinik atau hospital adalah satu kelebihan
- Kemahiran komunikasi yang baik dan mampu bekerja dalam pasukan
- ⁠Fresh grad are welcome to apply

🎁 Kelebihan Bekerja di Klinik Apm Larkin:
- Persekitaran kerja yang kondusif dan mesra
- Peluang latihan dan pembangunan kerjaya
- Gaji yang kompetitif dan faedah menarik

Sila hantar resume terkini anda ke
📧 [email protected]
📧 [email protected]

Or contact us directly or whatsapp at
0137268709

RABIES (PENYAKIT ANJING GILA) 🦠“Jabatan Perkhidmatan Veterinar Kedah (JPVK) mengambil sampel 18 anjing liar atau terbiar...
16/10/2026

RABIES (PENYAKIT ANJING GILA) 🦠

“Jabatan Perkhidmatan Veterinar Kedah (JPVK) mengambil sampel 18 anjing liar atau terbiar dari Changlun, Kedah, dan kawasan sekitarnya untuk ujian pengesahan rabies.
Ia susulan kes seorang lelaki di negeri itu yang maut akibat virus berkenaan selepas digigit oleh anjing terbiar pada Ogos 2026 lalu” 📰

🐕 Rabies ialah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh virus rabies yang menyerang sistem saraf pusat, termasuk otak dan saraf tunjang. Penyakit ini boleh menjangkiti manusia dan haiwan mamalia.

🩸Perkara paling penting: Rabies hampir 100% membawa maut apabila gejala klinikal muncul, tetapi penyakit ini boleh dicegah jika rawatan selepas pendedahan diberikan dengan segera.

1. Apakah punca rabies?
🦠 Disebabkan oleh virus daripada genus Lyssavirus.
🦠Virus terdapat dalam air liur haiwan yang dijangkiti.
🦠Jangkitan berlaku apabila air liur haiwan yang dijangkiti memasuki tubuh melalui luka, gigitan, calar atau membran mukus seperti mata dan mulut.

‼️Haiwan yang boleh menyebarkan rabies termasuk:
🐕 Anjing
-Punca utama penularan rabies kepada manusia di seluruh dunia.
🐈 Kucing
-Boleh dijangkiti dan menyebarkan virus melalui gigitan atau calar yang tercemar dengan air liur.
🦇 Kelawar dan mamalia lain
-Termasuk musang, rakun dan haiwan liar tertentu, bergantung pada kawasan geografi.

🕰️ Tempoh inkubasi rabies :
Masa inkubasi ialah sekitar 2–3 bulan.
Boleh menjadi lebih pendek atau lebih panjang, kadangkala beberapa hari hingga lebih daripada setahun.

‼️Tanda dan gejala rabies pada manusia

1)Peringkat awal
📝Demam
📝Sakit kepala dan badan
📝Lemah dan tidak sihat
📝Rasa sakit, gatal, mencucuk atau terbakar pada tempat gigitan walaupun luka telah sembuh

2)Peringkat neurologi
👉🏻Gelisah, keliru atau perubahan tingkah laku
👉🏻Sukar menelan
👉🏻Hidrofobia (hydrophobia): kekejangan atau ketakutan apabila cuba menelan air
👉🏻Aerofobia (aerophobia): kekejangan yang dicetuskan oleh aliran udara
👉🏻Air liur berlebihan
👉🏻Halusinasi atau sawan

3)Peringkat lanjut
🫁Kelemahan otot dan kelumpuhan progresif
🫁Koma
🫁Kegagalan pernafasan dan kematian

💊Apa yang perlu dilakukan jika digigit anjing atau kucing?

Langkah 1 — Basuh luka segera 🩸
Basuh dan alirkan air bersama sabun pada luka selama sekurang-kurangnya 15 minit. Jika ada, gunakan povidone-iodine selepas pencucian.

Langkah 2 — Dapatkan rawatan segera 🏥
Pergi ke Jabatan Kecemasan hospital atau fasiliti yang menguruskan pendedahan rabies pada hari yang sama, walaupun luka nampak kecil.

Langkah 3 — Penilaian vaksin dan imunoglobulin 💉
‼️Doktor akan menilai sama ada VAKSIN RABIES, RABIES IMMUNOGLOBULIN (RIG), SUNTIKAN TETANUS dan rawatan luka tambahan diperlukan

👩🏻‍⚕️Cara mencegah rabies
✅ Pastikan anjing dan kucing menerima vaksin rabies mengikut nasihat veterinar dan peraturan setempat.
✅ Elakkan menyentuh haiwan liar, haiwan terbiar atau haiwan yang berkelakuan luar biasa.
✅ Ajar kanak-kanak supaya tidak mendekati atau mengusik haiwan yang tidak dikenali.
✅ Kawal pergerakan haiwan peliharaan dan patuhi peraturan pengangkutan haiwan.
✅ Laporkan haiwan yang disyaki dijangkiti kepada pihak berkuasa.
✅ Dapatkan rawatan segera selepas sebarang pendedahan yang berisiko.

🗓️ Jadual Perkhidmatan X-Ray Terkini Kami!Tuan-puan yang ingin melakukan pemeriksaan X-ray, berikut adalah jadual waktu ...
16/10/2026

🗓️ Jadual Perkhidmatan X-Ray Terkini Kami!

Tuan-puan yang ingin melakukan pemeriksaan X-ray, berikut adalah jadual waktu operasi perkhidmatan X-ray di klinik kami.

Kami di APM Healthcare Group sedang mencari individu yang berdedikasi, dinamik, dan bersemangat untuk menyertai pasukan ...
15/10/2026

Kami di APM Healthcare Group sedang mencari individu yang berdedikasi, dinamik, dan bersemangat untuk menyertai pasukan perubatan kami! Pelbagai posisi kini dibuka untuk lelaki dan wanita di beberapa cawangan strategik kami.

✨ POSISI YANG DITAWARKAN:
1️⃣ Medical Doctor (Pegawai Perubatan)
• 📍 Lokasi Kerja (Secara Giliran):
• Zon A: Kota Tinggi, Larkin, Bandar Tenggara, Sedili
• Zon B: Bayu Damai (Pengerang), Desaru, Air Tawar 5, Sedili
2️⃣ Medical Assistant (MA) & Pembantu Klinik
• 📍 Cawangan: Desaru, Kota Tinggi, Larkin
3️⃣ Pembantu Farmasi
• 📍 Cawangan: APM Pharmacy, Sedili

🚀 JOM SERTAI KAMI SEKARANG!
Jangan lepaskan peluang untuk membina kerjaya yang bermakna dan berkembang bersama kami.

📩 Cara Memohon:
Hantarkan Resume / CV terkini anda ke emel:
• [email protected]
• [email protected]
📞 Hubungi / WhatsApp untuk pertanyaan lanjut:
• 019-7268709 (HR)
• 013-7268709 (Senior Manager)
🌐 Layari laman web kami: apmhealthcaregroup.com

🤔 “SAYA DAH BERKAHWIN DENGAN SEORANG SAHAJA. PERLU KE BUAT PAP SMEAR?”🚨 “PENDARAHAN SELEPAS HUBUNGAN SEKS? PERLU KE DIAB...
10/10/2026

🤔 “SAYA DAH BERKAHWIN DENGAN SEORANG SAHAJA. PERLU KE BUAT PAP SMEAR?”

🚨 “PENDARAHAN SELEPAS HUBUNGAN SEKS? PERLU KE DIABAIKAN?”

👉🏻KANSER PANGKAL RAHIM / KANSER SERVIKS :
🎈 Kanser yang berlaku pada serviks, iaitu bahagian bawah rahim yang bersambung dengan f***j. Kebanyakan kes berpunca daripada jangkitan berpanjangan dengan virus Human Papillomavirus (HPV) jenis berisiko tinggi.

1. Apakah tanda-tanda kanser serviks?
✅ Pendarahan selepas hubungan seks.
✅ Pendarahan f***j di luar waktu haid.
✅ Haid yang lebih banyak atau berpanjangan daripada biasa.
✅ Keputihan yang luar biasa, berbau atau bercampur darah.
✅ Sakit ketika melakukan hubungan seks.
✅ Sakit di bahagian pelvis atau bawah abdomen.

Bagaimana HPV merebak?
🦠Hubungan seks f***j atau dubur.
🦠Hubungan seks oral.
🦠Sentuhan intim kulit ke kulit di kawasan ge***al, walaupun tanpa penetrasi.

Siapa Yang Berisiko?
1. Individu yang aktif secara seksual
2. Individu yang mempunyai ramai pasangan seksual
3. Individu yang tidak mendapat vaksin HPV
4. Individu dengan sistem imun yang lemah
5. Individu yang merokok

Bagaimana kanser serviks boleh dicegah?
‼️Saringan serviks :
- Ujian PAP SMEAR / Ujian HPV
‼️Vaksin HPV

Indikasi PAP SMEAR :

- 🦠Saringan kanser serviks secara berkala, walaupun tiada simptom.
- 🏃‍♀️Wanita yang aktif secara seksual dan berada dalam kumpulan umur yang disyorkan untuk saringan.
- 🩸 Pendarahan selepas hubungan seksual (post-coital bleeding).
- 🩸 Pendarahan f***j yang tidak normal atau di luar kitaran haid.
- 💦 Keputihan yang luar biasa atau berulang, terutama jika disertai gejala lain.
- 📑 Keputusan ujian HPV positif atau sejarah perubahan sel serviks.
- 📝 Susulan keputusan Pap smear sebelumnya yang tidak normal.

🌸 Kenapa PAP SMEAR Penting?

* 🔍 Mengesan perubahan sel serviks lebih awal, sebelum menjadi kanser.
* 🛡️ Membantu mencegah kanser serviks melalui pengesanan dan rawatan perubahan prakanser.
* ❤️ Boleh dilakukan walaupun tiada simptom — jangan tunggu sehingga ada masalah.
* ⏰ Pemeriksaan berkala membantu memastikan kesihatan serviks dipantau.
* 👩‍⚕️ Keputusan yang tidak normal tidak semestinya bermaksud kanser — doktor akan menentukan pemeriksaan atau susulan yang diperlukan.

Bagaimana pemeriksaan dilakukan?

1. Pesakit berbaring di atas katil pemeriksaan.
2. Doktor memasukkan spekulum secara perlahan ke dalam f***j untuk melihat serviks.
3. Sampel sel diambil menggunakan berus kecil.
4. Sampel dihantar ke makmal untuk pemeriksaan.

📝 📅 Ujian PAP SMEAR perlu dilakukan setiap tahun untuk 2 tahun pertama; jika kedua-dua keputusan normal, ulang setiap 3 tahun.

👩🏻‍⚕️ MARI DAPATKAN KONSULTASI DAN UJIAN PAP SMEAR DI KLINIK APM SEGERA..
Segera WHATSAPP atau hubungi kami di talian 019-7938709 untuk sebarang pertanyaan, tempahan dan konsultasi 💉

HI SEMUA!KLINIK KAMI ADA MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN X RAY. JADUAL PERKHIDMATAN X RAY PADA MINGGU INI ADALAH SEPERTI BERIKU...
06/10/2026

HI SEMUA!
KLINIK KAMI ADA MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN X RAY. JADUAL PERKHIDMATAN X RAY PADA MINGGU INI ADALAH SEPERTI BERIKUT :

“KENAPA BANYAK SANGAT KEPUTIHAN F***J YANG KELUAR NI? KADANG-KADANG WARNA HIJAU, BERBAU, GATAL DAN TAK SELESA! 😣”Jangan ...
30/09/2026

“KENAPA BANYAK SANGAT KEPUTIHAN F***J YANG KELUAR NI? KADANG-KADANG WARNA HIJAU, BERBAU, GATAL DAN TAK SELESA! 😣”
Jangan risau! APM sedia membantu!

Ciri keputihan f***j yang tidak normal :

* 🟡 Kuning/hijau atau berubah warna
* 👃 Berbau kuat/tidak menyenangkan
* 🧀 Pekat dan berketul-ketul, terutama dengan kegatalan
* 💧 Terlalu banyak atau berulang
* 🔥 Disertai gatal, pedih atau sakit
* Kehamilan dengan keputihan bergejala, jika disyaki jangkitan
🔄 Berulang walaupun sudah dirawat

PUNCA PERLU DIKENALPASTI :
‼️ Mari jalankan ujian “HIGH VAGINAL SWAB” (HVS) di klinik kami.

⏱️Ujian HVS biasanya hanya mengambil masa beberapa minit. Pesakit mungkin rasa sedikit tidak selesa semasa swab dilakukan, tetapi sepatutnya tidak terlalu sakit.

👩🏻‍⚕️HVS boleh membantu mengenal pasti punca keputihan, seperti Bacterial Vaginosis, Candida, Trichomonas atau bakteria lain (etc streptococcus) 🦠

ADAKAH ANDA SEGAN?
✅Jangan risau! Rawatan dan konsultasi dilakukan secara P&C dan dilakukan oleh DOKTOR WANITA yang terlatih.

📱 Segera WHATSAPP atau hubungi kami di TALIAN 019-7938709 untuk sebarang pertanyaan, tempahan dan konsultasi 👩🏻‍⚕️

Address

A12-01, Jalan Cengal 1, Taman Desaru Utama
Bandar Penawar
81930

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik APM Desaru posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Klinik APM Desaru:

Shortcuts

Share

Nearby health & beauty businesses


Other Medical & Health in Bandar Penawar

Show All