24/05/2023
𝐊𝐨𝐧𝐬𝐩𝐢𝐫𝐚𝐬𝐢 𝐆𝐮𝐥𝐚, 𝐀𝐠𝐞𝐧𝐝𝐚 𝐇𝐢𝐝𝐝𝐞𝐧 𝐇𝐚𝐧𝐝?
Harini ada perkongsian spesial sikit kita nak sampaikan. Harap tuan-tuan semua jenis yang rajin membaca 😂
[𝗚𝗮𝗿𝗶𝘀 𝗠𝗮𝘀𝗮: 𝗕𝗲𝗿𝗺𝘂𝗹𝗮]
Asal-usul: Tanaman tebu, yang merupakan sumber utama gula, berasal dari Asia Tenggara. Sejak 500 SM lagi, gula telah digunakan sebagai pemanis di India kuno.
Dengan melalui perdagangan dan penaklukan wilayah oleh kerajaan seperti Parsi, Rom, dan Arab, gula tersebar ke seluruh dunia.
Perkembangan di tanah Arab p**a bermula pada abad ke-7, gula diperkenalkan ke wilayah Arab melalui perdagangan dengan India.
Ketika itu, arab merupakan pusat produksi dan penyebaran gula ke wilayah lain.
Pada abad ke-8 p**a, teknik pertanian tebu mula dibawa masuk ke Andalusia(Sepanyol dulunya merupakan negara islam) seterusnya tersebar ke serata Eropah.
Akhirnya, dengan tenaga kerja dari buruh hamba yang dicuri dari benua Afrika, industri gula mula berkembang ke Amerika Syarikat.
[𝗚𝗮𝗿𝗶𝘀 𝗠𝗮𝘀𝗮: '𝗦𝘂𝗴𝗮𝗿 𝗢𝘂𝘁𝗯𝗿𝗲𝗮𝗸']
Nak dijadikan cerita harga gula mula turun secara mendadak pada abad ke 18, disebabkan oleh teknologi mesin wap yang meningkatkan lagi penghasilan gula.
Namun, dengan permintaan yang banyak, timbul isu baru p**a berkenaan efek gula terhadap kesihatan.
Jadi organisasi kesihatan dunia waktu itu mengeluarkan panduan berkenaan cara dan kuantiti mana yang sesuai untuk keperluan badan manusia.
Ada juga golongan bijak pandai yang berpendapat bahawa gula ini adalah 'racun', punca masalah kesihatan kronik seperti obesiti, diabetes, dan penyakit jantung.
Mereka beranggapan bahwa industri gula sama bahaya dengan industri tembakau/narkotik.
????
Mereka juga beranggapan wujud organisasi rahsia yang membayar pihak organisasi kesihatan untuk membuat penyelidikan yang berunsur bias.
Ini supaya dapat menutup watak jahat gula terhadap kesihatan.
Golongan ahli berhaluan kiri ini juga berpendapat industri gula dengan sengaja membuat masyarakat terlalu bergantung kepada gula
Ini bagi meningkatkan penjualan produk mereka iaitu industri kesihatan (hospital, klinik, ubatan).
Akhirnya, beberapa tahun kebelakangan ini pakar-pakar dari seluruh dunia telahpun bersetuju bahawa,
Ketagihan terhadap gula 𝗦𝗮𝗺𝗮 𝗦𝗮𝗵𝗮𝗷𝗮 seperti ketagihan terhadap 𝗥𝗼𝗸𝗼𝗸 tembakau, dan 𝗗𝗮𝗱𝗮𝗵 yang lain.
Jemput Share tuan-tuan 👍