07/09/2026
JOM MULAKAN LANGKAH KE ARAH GAYA HIDUP LEBIH SIHAT! 💪🏻
Klinik Kesihatan Benut dengan kerjasama Panel Penasihat KK Benut kini membuka pendaftaran peserta bagi program FIT FORWARD, iaitu program pengurusan berat badan selama 12 minggu yang direka untuk membantu anda membina tabiat pemakanan dan gaya hidup yang lebih sihat secara berperingkat.
Sepanjang program, peserta akan mendapat:
⚖️ Pemantauan berat badan & BMI
🥗 Panduan pemakanan sihat
🏃🏻♀️ Aktiviti fizikal berkesan
🎁 Ganjaran & hadiah menarik
👩🏻⚕️ Bimbingan daripada Pegawai Kesihatan yang bertauliah
Program ini sesuai untuk anda yang benar-benar bersedia, komited dan sanggup memberikan usaha serta kerjasama sepanjang tempoh 12 minggu. 💚
Tarikh Pelaksanaan Program
- September - Disember 2026
📌 PENTING:
* Tempat adalah TERHAD
* Pendaftaran tertakluk kepada kriteria pemilihan peserta
* Sesetengah aktiviti mungkin dijalankan pada hujung minggu
* Anda akan dihubungi sekiranya memenuhi kriteria dan terpilih untuk menyertai program
📋 INGIN SERTAI? DAFTAR DI SINI:
👉 https://forms.gle/ifDa5TePUPtZkHfV9
Jangan lepaskan peluang untuk jadikan 12 minggu ini sebagai permulaan kepada perubahan yang lebih sihat!
❗️ TARIKH TUTUP PENDAFTARAN ❗️
- 8 SEPTEMBER 2026
Anjuran:
Klinik Kesihatan Benut
Panel Penasihat Klinik Kesihatan Benut
Pejabat Kesihatan Daerah Pontian