08/10/2026
🍽️ Anak dah makan, tapi cukupkah kepelbagaian makanannya? 👶🥦🍳
Bukan sekadar berapa banyak anak makan, tetapi berapa banyak jenis makanan yang diberikan juga penting! 💚
Kepelbagaian Diet Minimum (MDD) bermaksud kanak-kanak berumur 6–23 bulan menerima makanan daripada sekurang-kurangnya 5 daripada 8 kump**an makanan dalam sehari.
8 kump**an makanan tersebut adalah:
🥛 Susu ibu
🌾 Bijirin dan ubi-ubian
🥜 Kekacang dan bijian
🥛 Susu dan produk tenusu
🍗 Sumber haiwan (Daging, ikan, ayam dan organ dalaman)
🥚 Telur
🥕 Buah-buahan & sayur-sayuran kaya vitamin A
🍎 Buah-buahan & sayur-sayuran lain
🌟 Kenapa kepelbagaian makanan penting?
Anak kecil sedang melalui fasa pertumbuhan dan perkembangan yang sangat pesat. Pelbagai jenis makanan membantu membekalkan tenaga dan nutrien yang diperlukan oleh tubuh dan otak mereka.
Diet yang kurang pelbagai p**a boleh meningkatkan risiko kekurangan mikronutrien dan dikaitkan dengan pertumbuhan yang kurang baik, termasuk bantut.
👩👧👦 Ibu bapa, jom pelbagaikan makanan anak!
Tidak perlu makanan yang mahal atau rumit. Yang penting, pelbagaikan jenis makanan dan sediakan makanan yang berkhasiat mengikut kesesuaian umur anak.
💚 Pelbagai makanan, cukup nutrien, anak membesar dengan baik!