30/10/2026
Bagaimana telekonsultasi di NADI boleh membantu mengurangkan kebimbangan sebelum pembedahan?
Bagi Puan Azimah Bt. Ahmad dari NADI Sungai Pinang, diagnosis masalah tiroid pada Februari 2026 membuatkan beliau risau dan memerlukan penjelasan lanjut.
Melalui telekonsultasi bersama MRIC Healthcare, beliau mendapat penerangan doktor mengenai keputusan ujian darah dan imbasan, sekali gus lebih memahami keadaannya.
Penjelasan tersebut membantu mengurangkan kebimbangan dan meningkatkan keyakinan beliau untuk meneruskan rawatan.
Akhirnya, Puan Azimah bersetuju menjalani pembedahan pada Julai 2026.