06/10/2026
MADU TUALANG RM47 SEKILO LEPAS DISKAUN? Scam madu terbesar abad ini!!!
Saya nak cerita sikit pasal madu ni. Ramai orang nampak madu murah di TikTok, Shopee, terus bandingkan dengan harga Madu Tualang.
“Wei, untungnya. Aku dapat rege 47 hengget je sekilo beli madu Tualang kat Tiktok!”
Haa, tuan-tuan. Madu ni ada macam-macam jenis. Ada madu daripada lebah ternak dalam kotak, ada madu daripada lebah liar yang bersarang tinggi di pokok Tualang.
Madu ternak pun boleh dimanipulasi jadi Madu Tualang. Tukar label sahaja. Marketing setiap hari panjat pokok tapi bertong-tong madu yang sampai adalah madu ternak.
Kalau nak dapatkan madu Tualang liar, bukan kita pergi kebun, buka kotak, terus tuang madu dalam botol.
Team pemburu madu kami kena masuk hutan, cari pokok Tualang, panjat pokok yang tinggi, ambil sarang dan bawa hasilnya turun dengan selamat. Ada masa hasil banyak, ada masa sedikit. Semua tu bergantung pada keadaan alam dan rezeki Allah.
Sebab itulah harga madu Tualang asli boleh mencecah 100–120 sekilo, malah ada yang konsisten jual lebih lagi bergantung pada bekalan dan kos.
Di Madu Quad Tualang, kami bukan sekadar beli madu daripada orang tengah, kemudian tampal label sendiri.
Kami ada pasukan pemburu madu sendiri. Kami tahu dari mana madu kami datang, bagaimana ia dituai dan bagaimana ia dikendalikan.
Alhamdulillah, madu kami juga telah melalui ujian makmal dan pengeluaran kami mempunyai pensijilan MeSTI KKM.
Sebab bagi saya, dalam berniaga ni, kita bukan sekadar nak jual barang. Kita nak pelanggan tahu apa yang mereka bayar dan yakin dengan apa yang mereka bawa pulang untuk keluarga.
Jadi, kalau jumpa madu 47 hengget sekilo, tak perlulah terus tuduh palsu. Tapi kalau penjual kata itu madu Tualang liar asli, eloklah tanya dari mana sumbernya? ada MeSTI KKM? Mana lilin lebah nya? apa bukti ketulenannya. Atau sekadar video panjat pokok tapi yang diborong adalah madu ternak?
Nak murah, banyak pilihan. Nak Madu Tualang, pastikan betul-betul Tualang. 😉
🐝 MADU QUAD TUALANG
Dari Hutan, Bukan Sekadar Nama.