19/08/2026
[𝑷𝑬𝑵𝑮𝑼𝑴𝑼𝑴𝑨𝑵 𝑷𝑬𝑵𝑻𝑰𝑵𝑮: 𝑷𝑬𝑴𝑬𝑹𝑲𝑨𝑺𝑨𝑨𝑵 𝑺𝑰𝑺𝑻𝑬𝑴 𝑻𝑬𝑴𝑼𝑱𝑨𝑵𝑱𝑰 𝑼𝑷𝑳 𝑯𝑶𝑺𝑷𝑰𝑻𝑨𝑳 𝑮𝑬𝑹𝑰𝑲]
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Warga Gerik,
Pihak Pengurusan Hospital Gerik sentiasa komited memberikan perkhidmatan yang terbaik dan prihatin terhadap keselesaan anda. Bagi mengurangkan waktu menunggu dan mengelakkan kesesakan berikutan peningkatan jumlah pesakit, Unit Pesakit Luar (UPL) akan melaksanakan Sistem Temujanji Berperingkat (Staggered System) berkuat kuasa dalam masa terdekat.
Melalui sistem ini, pesakit akan diberi slot masa yang spesifik untuk hadir.
📌 Garis Panduan Utama:
•Waktu Kehadiran: Sila hadir 15 – 30 minit SAHAJA sebelum waktu temujanji (TCA) anda.
•Tidak Patuh Tarikh: Pesakit yang hadir tidak mengikut tarikh asal akan diberikan tarikh temujanji baharu. Bekalan ubat akan diberi secukupnya sehingga tarikh tersebut.
•Urusan Temujanji: Segala urusan temujanji hendaklah dibuat di Kaunter Temujanji (Ruang Legar UPL).
Sokongan dan kerjasama anda dalam mematuhi sistem baharu ini amat kami hargai demi perkhidmatan yang lebih mesra, pantas, dan selesa untuk semua.
Sekian, terima kasih.
UNIT PESAKIT LUAR (UPL) HOSPITAL GERIK