Hospital Bahagia Ulu Kinta

Directions Website Contact the business

Hospital Bahagia Ulu Kinta The official page of the Hospital Bahagia Ulu Kinta (HBUK)
More health information to come!

🌷 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐓𝐔 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐒𝐈𝐇𝐀𝐓𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 🌷Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh war...
01/11/2026

🌷 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐓𝐔 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐒𝐈𝐇𝐀𝐓𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 🌷

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh warga Pembantu Perawatan Kesihatan Hospital Bahagia Ulu Kinta atas segala jasa dan dedikasi dalam memberikan perkhidmatan penjagaan kepada pesakit.

Komitmen, keprihatinan dan keikhlasan anda merupakan sebahagian daripada kekuatan dalam memastikan penyampaian perkhidmatan kesihatan yang berkualiti.

Terima kasih atas segala bakti dan teruskan berkhidmat dengan penuh dedikasi. Anda sebahagian daripada wira kesihatan! ❤️

Ikhlas daripada,
𝘗𝘦𝘯𝘨𝘶𝘳𝘶𝘴𝘢𝘯 𝘛𝘦𝘳𝘵𝘪𝘯𝘨𝘨𝘪 & 𝘚𝘦𝘭𝘶𝘳𝘶𝘩 𝘞𝘢𝘳𝘨𝘢
𝘏𝘰𝘴𝘱𝘪𝘵𝘢𝘭 𝘉𝘢𝘩𝘢𝘨𝘪𝘢 𝘜𝘭𝘶 𝘒𝘪𝘯𝘵𝘢


🏆 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐒𝐈𝐉𝐈𝐋 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐅𝐀𝐑𝐌𝐀𝐒𝐈 𝐒𝐄𝐃𝐔𝐍𝐈𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐊 🏆Hospital Bahagia Ulu Kinta deng...
21/10/2026

🏆 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐒𝐈𝐉𝐈𝐋 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐅𝐀𝐑𝐌𝐀𝐒𝐈 𝐒𝐄𝐃𝐔𝐍𝐈𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐊 🏆

Hospital Bahagia Ulu Kinta dengan sukacitanya merakamkan penghargaan atas pengiktirafan 𝘼𝙣𝙪𝙜𝙚𝙧𝙖𝙝 𝘽𝙞𝙣𝙩𝙖𝙣𝙜 𝙎𝙞𝙣𝙚𝙧𝙜𝙞 𝘾𝙖𝙬𝙖𝙣𝙜𝙖𝙣 𝘼𝙢𝙖𝙡𝙖𝙣 𝙙𝙖𝙣 𝙋𝙚𝙧𝙠𝙚𝙢𝙗𝙖𝙣𝙜𝙖𝙣, 𝘽𝙖𝙝𝙖𝙜𝙞𝙖𝙣 𝙋𝙚𝙧𝙠𝙝𝙞𝙙𝙢𝙖𝙩𝙖𝙣 𝙁𝙖𝙧𝙢𝙖𝙨𝙞, 𝙅𝙖𝙗𝙖𝙩𝙖𝙣 𝙆𝙚𝙨𝙞𝙝𝙖𝙩𝙖𝙣 𝙉𝙚𝙜𝙚𝙧𝙞 𝙋𝙚𝙧𝙖𝙠 bersempena sambutan Hari Farmasi Sedunia 2026 peringkat Negeri Perak.

Pengiktirafan ini merupakan satu penghormatan dan bukti komitmen berterusan warga farmasi HBUK dalam memperkukuh sinergi, meningkatkan kualiti perkhidmatan serta memacu kecemerlangan amalan farmasi demi kesejahteraan pesakit dan masyarakat.
Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin semangat kepada seluruh warga farmasi Hospital Bahagia untuk terus memberikan perkhidmatan yang berkualiti, profesional dan berintegriti, selaras dengan tema Hari Farmasi Sedunia 2026, “𝙀𝙢𝙥𝙤𝙬𝙚𝙧𝙞𝙣𝙜 𝙋𝙝𝙖𝙧𝙢𝙖𝙘𝙞𝙨𝙩𝙨 𝙛𝙤𝙧 𝙖 𝙃𝙚𝙖𝙡𝙩𝙝𝙞𝙚𝙧 𝙁𝙪𝙩𝙪𝙧𝙚.”

Setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbang kepada pencapaian ini. Semoga kerjasama dan komitmen yang terjalin terus diperkukuh demi masa depan perkhidmatan farmasi yang lebih cemerlang.





Pada 9 Oktober 2026 telah berlangsung 𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐆𝐫𝐚𝐝𝐮𝐚𝐬𝐢 𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐒𝐢𝐦𝐨𝐧 𝐒𝐚𝐲𝐬 𝐒𝐞𝐬𝐢 𝟏/𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐚𝐧𝐣𝐮𝐫𝐚𝐧 𝐃𝐞𝐋𝐈𝐌𝐀 𝐒𝐮𝐛 𝐔𝐧𝐢𝐭 𝐏𝐞𝐦𝐮𝐥𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐂...
15/10/2026

Pada 9 Oktober 2026 telah berlangsung 𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐆𝐫𝐚𝐝𝐮𝐚𝐬𝐢 𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐒𝐢𝐦𝐨𝐧 𝐒𝐚𝐲𝐬 𝐒𝐞𝐬𝐢 𝟏/𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐚𝐧𝐣𝐮𝐫𝐚𝐧 𝐃𝐞𝐋𝐈𝐌𝐀 𝐒𝐮𝐛 𝐔𝐧𝐢𝐭 𝐏𝐞𝐦𝐮𝐥𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐂𝐚𝐫𝐚 𝐊𝐞𝐫𝐣𝐚, 𝐇𝐁𝐔𝐊. 𝐓𝐚𝐡𝐧𝐢𝐚𝐡 kepada semua anak-anak hebat yang diraikan dalam majlis ini. Setiap pencapaian walaupun kecil amat bermakna dan wajar dibanggakan. Semoga pengalaman ini menjadi pembakar semangat untuk terus belajar, berkembang dan mencapai potensi diri.

Program Simon Says ini telah dilaksanakan dengan jayanya bermula 28 Julai 2026 sehingga 6 Oktober 2026 dengan penyertaan seramai 11 orang kanak-kanak .

Semua anak telah menunjukkan usaha, komitmen dan perkembangan positif sepanjang 3 bulan mengikuti program ini.
Program ini bukan sekadar aktiviti bermain, malah membantu anak-anak dalam aspek:
🧠 𝐖𝐨𝐫𝐤𝐢𝐧𝐠 𝐌𝐞𝐦𝐨𝐫𝐲- Melatih keupayaan mengingati dan mengikut arahan.
✋ 𝐁𝐞𝐡𝐚𝐯𝐢𝐨𝐮𝐫 𝐈𝐧𝐡𝐢𝐛𝐢𝐭𝐢𝐨𝐧 - Melatih kawalan impuls dan keupayaan menahan diri daripada membalas.
👀 𝐒𝐡𝐢𝐟𝐭𝐢𝐧𝐠 𝐅𝐨𝐜𝐮𝐬 - Melatih keupayaan mengalihkan perhatian dan menyesuaikan diri dengan perubahan arahan.
🎯 𝐆𝐨𝐚𝐥 𝐎𝐫𝐢𝐞𝐧𝐭𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧 - Menggalakkan usaha mencapai matlamat dan menyelesaikan tugasan.

𝐒𝐞𝐭𝐢𝐧𝐠𝐠𝐢-𝐭𝐢𝐧𝐠𝐠𝐢 𝐩𝐞𝐧𝐠𝐡𝐚𝐫𝐠𝐚𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐢𝐛𝐮 𝐛𝐚𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐦𝐮𝐚 𝐩𝐢𝐡𝐚𝐤 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐫𝐥𝐢𝐛𝐚𝐭 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐚𝐲𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐢𝐧𝐢. Semoga usaha berterusan ini dapat menyokong perkembangan anak-anak ke arah masa depan yang lebih cerah.

✨𝑺𝒆𝒕𝒊𝒂𝒑 𝒂𝒏𝒂𝒌 𝒎𝒆𝒎𝒑𝒖𝒏𝒚𝒂𝒊 𝒌𝒆𝒊𝒔𝒕𝒊𝒎𝒆𝒘𝒂𝒂𝒏 𝒔𝒆𝒏𝒅𝒊𝒓𝒊. 𝑺𝒆𝒕𝒊𝒂𝒑 𝒖𝒔𝒂𝒉𝒂 𝒂𝒅𝒂𝒍𝒂𝒉 𝒌𝒆𝒎𝒂𝒋𝒖𝒂𝒏, 𝒔𝒆𝒕𝒊𝒂𝒑 𝒍𝒂𝒏𝒈𝒌𝒂𝒉 𝒂𝒅𝒂𝒍𝒂𝒉 𝒌𝒆𝒃𝒆𝒓𝒂𝒏𝒊𝒂𝒏 𝒅𝒂𝒏 𝒔𝒆𝒕𝒊𝒂𝒑 𝒌𝒆𝒋𝒂𝒚𝒂𝒂𝒏 𝒘𝒂𝒍𝒂𝒖 𝒔𝒆𝒌𝒆𝒄𝒊𝒍 𝒎𝒂𝒏𝒂, 𝒍𝒂𝒚𝒂𝒌 𝒅𝒊𝒓𝒂𝒊𝒌𝒂𝒏✨



📢 𝐇𝐄𝐁𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐒𝐈𝐇𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐀𝐋 𝐒𝐄𝐃𝐔𝐍𝐈𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔 💚💙Hospital Bahagia Ulu Kinta dengan kerjasama Institut Latihan Kem...
14/10/2026

📢 𝐇𝐄𝐁𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐒𝐈𝐇𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐀𝐋 𝐒𝐄𝐃𝐔𝐍𝐈𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔 💚💙

Hospital Bahagia Ulu Kinta dengan kerjasama Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia Sultan Azlan Shah (ILKKM SAS) serta Cawangan Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit (NCDC), Jabatan Kesihatan Negeri Perak akan menganjurkan 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐊𝐞𝐬𝐢𝐡𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐌𝐞𝐧𝐭𝐚𝐥 𝐒𝐞𝐝𝐮𝐧𝐢𝐚 𝟐𝟎𝟐𝟔 seperti ketetapan berikut:

📅 Tarikh: 𝟏𝟓–𝟏𝟔 𝐎𝐤𝐭𝐨𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟔
⏰ Masa: 8.30 pagi
📍 Tempat: 𝐃𝐞𝐰𝐚𝐧 𝐒𝐫𝐢 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚, 𝐈𝐋𝐊𝐊𝐌 𝐒𝐮𝐥𝐭𝐚𝐧 𝐀𝐳𝐥𝐚𝐧 𝐒𝐡𝐚𝐡

🌿 Tema: “𝑷𝒆𝒏𝒈𝒂𝒍𝒂𝒎𝒂𝒏 𝑯𝒊𝒅𝒖𝒑 𝑫𝒊𝒅𝒆𝒏𝒈𝒂𝒓𝒊: 𝑺𝒖𝒂𝒓𝒂 𝑵𝒚𝒂𝒕𝒂, 𝑷𝒆𝒓𝒖𝒃𝒂𝒉𝒂𝒏 𝑫𝒊𝒓𝒆𝒂𝒍𝒊𝒔𝒂𝒔𝒊”

Pelbagai aktiviti menarik akan berlangsung sepanjang program, antaranya ceramah, forum, senaman, booth pameran, role-play, kuiz dan hadiah serta gerai jualan makanan.

✨ Marilah bersama-sama memeriahkan sambutan ini bagi meningkatkan kesedaran tentang kepentingan kesihatan mental, menghapuskan stigma dan membina masyarakat yang lebih prihatin, memahami serta menyokong antara satu sama lain.

💚 𝙆𝙚𝙨𝙞𝙝𝙖𝙩𝙖𝙣 𝙢𝙚𝙣𝙩𝙖𝙡 𝙩𝙖𝙣𝙜𝙜𝙪𝙣𝙜𝙟𝙖𝙬𝙖𝙗 𝙗𝙚𝙧𝙨𝙖𝙢𝙖. 𝙎𝙚𝙩𝙞𝙖𝙥 𝙨𝙪𝙖𝙧𝙖 𝙗𝙚𝙧𝙢𝙖𝙠𝙣𝙖, 𝙨𝙚𝙩𝙞𝙖𝙥 𝙥𝙚𝙣𝙜𝙖𝙡𝙖𝙢𝙖𝙣 𝙬𝙖𝙟𝙖𝙧 𝙙𝙞𝙙𝙚𝙣𝙜𝙖𝙧𝙞.

Jom hadir dan sama-sama menjayakan sambutan ini!



𝐋𝐄𝐌𝐁𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐅𝐀𝐊𝐓𝐀 (𝐅𝐀𝐂𝐓 𝐒𝐇𝐄𝐄𝐓) 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐒𝐈𝐇𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐀𝐋 𝐒𝐄𝐃𝐔𝐍𝐈𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔Kesihatan mental merupakan aspek penting dalam kehidupan y...
13/10/2026

𝐋𝐄𝐌𝐁𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐅𝐀𝐊𝐓𝐀 (𝐅𝐀𝐂𝐓 𝐒𝐇𝐄𝐄𝐓) 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐒𝐈𝐇𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐀𝐋 𝐒𝐄𝐃𝐔𝐍𝐈𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔

Kesihatan mental merupakan aspek penting dalam kehidupan yang mempengaruhi cara kita berfikir, mengurus perasaan dan berinteraksi dengan orang lain. Memahami kepentingan penjagaan kesihatan mental membantu kita menjadi lebih peka terhadap keperluan diri sendiri dan individu di sekeliling.

Tema tahun ini, “Pengalaman Hidup Didengari: Suara Nyata, Perubahan Direalisasi”, mengajak kita untuk lebih terbuka dalam mendengar kisah dan pengalaman individu yang berhadapan dengan cabaran kesihatan mental. Sikap memahami dan tidak menghakimi mampu mewujudkan ruang yang lebih selamat untuk mereka tampil mendapatkan sokongan.

Marilah kita terus menyemai sikap prihatin dan empati dalam masyarakat demi kesejahteraan mental bersama.

🧠 💚 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐒𝐈𝐇𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐀𝐋 𝐒𝐄𝐃𝐔𝐍𝐈𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔 💚 🧠🌿 “𝑳𝒊𝒗𝒆𝒅 𝑬𝒙𝒑𝒆𝒓𝒊𝒆𝒏𝒄𝒆𝒔 𝑯𝒆𝒂𝒓𝒅: 𝑹𝒆𝒂𝒍 𝑽𝒐𝒊𝒄𝒆𝒔, 𝑹𝒆𝒂𝒍 𝑪𝒉𝒂𝒏𝒈𝒆” 🌿Sempe...
10/10/2026

🧠 💚 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐒𝐈𝐇𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐀𝐋 𝐒𝐄𝐃𝐔𝐍𝐈𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔 💚 🧠

🌿 “𝑳𝒊𝒗𝒆𝒅 𝑬𝒙𝒑𝒆𝒓𝒊𝒆𝒏𝒄𝒆𝒔 𝑯𝒆𝒂𝒓𝒅: 𝑹𝒆𝒂𝒍 𝑽𝒐𝒊𝒄𝒆𝒔, 𝑹𝒆𝒂𝒍 𝑪𝒉𝒂𝒏𝒈𝒆” 🌿

Sempena sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia 2026, pihak 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐮𝐫𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐫𝐭𝐢𝐧𝐠𝐠𝐢 𝐝𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐥𝐮𝐫𝐮𝐡 𝐰𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐤𝐞𝐫𝐣𝐚 𝐇𝐨𝐬𝐩𝐢𝐭𝐚𝐥 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐠𝐢𝐚 𝐔𝐥𝐮 𝐊𝐢𝐧𝐭𝐚 (𝐇𝐁𝐔𝐊) ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kesihatan Mental Sedunia kepada semua.

Tema tahun ini membawa mesej penting bahawa setiap pengalaman hidup wajar didengari, setiap suara perlu dihargai dan setiap kisah mempunyai makna dalam membentuk perubahan yang lebih baik. 💚

Marilah kita bersama-sama membina masyarakat yang lebih prihatin, memahami dan bebas daripada stigma terhadap kesihatan mental. Berikan ruang untuk mendengar tanpa menghakimi, menyokong tanpa prejudis dan menyantuni setiap individu dengan empati serta rasa hormat.

✨ 𝑫𝒆𝒏𝒈𝒂𝒓 𝒅𝒆𝒏𝒈𝒂𝒏 𝒉𝒂𝒕𝒊, 𝒇𝒂𝒉𝒂𝒎𝒊 𝒅𝒆𝒏𝒈𝒂𝒏 𝒆𝒎𝒑𝒂𝒕𝒊, 𝒃𝒆𝒓𝒔𝒂𝒎𝒂 𝒎𝒆𝒏𝒄𝒊𝒑𝒕𝒂 𝒑𝒆𝒓𝒖𝒃𝒂𝒉𝒂𝒏.

𝘐𝘬𝘩𝘭𝘢𝘴 𝘥𝘢𝘳𝘪𝘱𝘢𝘥𝘢,
𝘗𝘦𝘯𝘨𝘶𝘳𝘶𝘴𝘢𝘯 𝘛𝘦𝘳𝘵𝘪𝘯𝘨𝘨𝘪 𝘥𝘢𝘯 𝘚𝘦𝘭𝘶𝘳𝘶𝘩 𝘞𝘢𝘳𝘨𝘢 𝘒𝘦𝘳𝘫𝘢
𝘏𝘰𝘴𝘱𝘪𝘵𝘢𝘭 𝘉𝘢𝘩𝘢𝘨𝘪𝘢 𝘜𝘭𝘶 𝘒𝘪𝘯𝘵𝘢 (𝘏𝘉𝘜𝘒)





🌿✨𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐂𝐄𝐆𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐍𝐔𝐇 𝐃𝐈𝐑𝐈 𝐒𝐄𝐃𝐔𝐍𝐈𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 (𝐖𝐒𝐏𝐃 𝟐𝟎𝟐𝟔)✨🌿“𝐔𝐛𝐚𝐡 𝐓𝐚𝐧𝐠𝐠𝐚𝐩𝐚𝐧, 𝐁𝐢𝐧𝐚 𝐇𝐚𝐫𝐚𝐩𝐚𝐧...
01/10/2026

🌿✨𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐂𝐄𝐆𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐍𝐔𝐇 𝐃𝐈𝐑𝐈 𝐒𝐄𝐃𝐔𝐍𝐈𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 (𝐖𝐒𝐏𝐃 𝟐𝟎𝟐𝟔)✨🌿

“𝐔𝐛𝐚𝐡 𝐓𝐚𝐧𝐠𝐠𝐚𝐩𝐚𝐧, 𝐁𝐢𝐧𝐚 𝐇𝐚𝐫𝐚𝐩𝐚𝐧”

Pada 𝟐𝟖 𝐒𝐞𝐩𝐭𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟔, 𝐏𝐚𝐬𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐧𝐚𝐥𝐢 𝐔𝐛𝐚𝐭 𝐀𝐧𝐝𝐚 𝐇𝐨𝐬𝐩𝐢𝐭𝐚𝐥 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐠𝐢𝐚 𝐔𝐥𝐮 𝐊𝐢𝐧𝐭𝐚 (𝐊𝐔𝐀 𝐇𝐁𝐔𝐊) 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐒𝐞𝐤𝐬𝐲𝐞𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐠𝐮𝐧𝐚𝐚𝐧 𝐔𝐛𝐚𝐭 𝐁𝐞𝐫𝐤𝐮𝐚𝐥𝐢𝐭𝐢 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐠𝐢𝐚𝐧 𝐅𝐚𝐫𝐦𝐚𝐬𝐢 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐏𝐞𝐫𝐚𝐤 (𝐒𝐏𝐔𝐁 𝐁𝐏𝐅) telah menjayakan sesi reruai pameran bersempena Sambutan Hari 𝐏𝐞𝐧𝐜𝐞𝐠𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐁𝐮𝐧𝐮𝐡 𝐃𝐢𝐫𝐢 𝐒𝐞𝐝𝐮𝐧𝐢𝐚 𝐏𝐞𝐫𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭 𝐊𝐞𝐛𝐚𝐧𝐠𝐬𝐚𝐚𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟔 di 𝐊𝐏𝐓𝐌 𝐌𝐞𝐫𝐮, yang telah dirasmikan oleh 𝐘𝐁 𝐃𝐚𝐭𝐮𝐤 𝐒𝐞𝐫𝐢 𝐃𝐫. 𝐇𝐚𝐣𝐢 𝐃𝐳𝐮𝐥𝐤𝐞𝐟𝐥𝐲 𝐀𝐡𝐦𝐚𝐝, 𝐌𝐞𝐧𝐭𝐞𝐫𝐢 𝐊𝐞𝐬𝐢𝐡𝐚𝐭𝐚𝐧.
Sesi reruai pameran ini merupakan salah satu platform untuk menyampaikan maklumat serta meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat mengenai 𝐤𝐞𝐩𝐞𝐧𝐭𝐢𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐬𝐢𝐡𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐭𝐚𝐥, 𝐩𝐞𝐧𝐜𝐞𝐠𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐛𝐮𝐧𝐮𝐡 𝐝𝐢𝐫𝐢 𝐝𝐚𝐧 𝐬𝐨𝐤𝐨𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐢𝐧𝐝𝐢𝐯𝐢𝐝𝐮 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐦𝐞𝐫𝐥𝐮𝐤𝐚𝐧. 💚
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada 𝐏𝐚𝐬𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐊𝐔𝐀 𝐇𝐁𝐔𝐊 atas komitmen, kerjasama dan semangat berpasukan dalam menjayakan sesi reruai ini.😊
Semoga usaha ini terus menyumbang kepada peningkatan kesedaran serta pembentukan masyarakat yang lebih prihatin dan cakna terhadap 𝐤𝐞𝐬𝐞𝐣𝐚𝐡𝐭𝐞𝐫𝐚𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐭𝐚𝐥.💛




Seluruh warga Hospital Bahagia Ulu Kinta merakamkan setinggi-tinggi ucapan takziah kepada keluarga Allahyarhamah 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡𝐲𝐚...
28/09/2026

Seluruh warga Hospital Bahagia Ulu Kinta merakamkan setinggi-tinggi ucapan takziah kepada keluarga Allahyarhamah 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡𝐲𝐚𝐫𝐡𝐚𝐦𝐚𝐡 𝐘𝐀𝐁𝐡𝐠. 𝐓𝐮𝐧 𝐃𝐫 𝐒𝐢𝐭𝐢 𝐇𝐚𝐬𝐦𝐚𝐡 𝐌𝐨𝐡𝐝 𝐀𝐥𝐢 atas pemergian beliau ke rahmatullah.
Negara kehilangan seorang tokoh wanita yang begitu disegani—seorang doktor, negarawan dan insan yang dikenang kerana ketenangan, kesederhanaan serta khidmat baktinya kepada masyarakat dan negara.
Legasi beliau bukan sekadar tercatat dalam sejarah, tetapi terus hidup dalam nilai kemanusiaan, pengabdian dan teladan yang ditinggalkan.
Semoga seluruh keluarga dikurniakan kekuatan dan ketabahan menghadapi kehilangan ini.
Salam takziah daripada seluruh warga Hospital Bahagia Ulu Kinta.

Address

Tanjung Rambutan
Ipoh

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hospital Bahagia Ulu Kinta posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Hospital Bahagia Ulu Kinta:

Shortcuts

Share

Nearby health & beauty businesses