13/10/2026
❓ Cikgu Bertuam, bertungku. Dua kaedah yg berbeza atau sama?
✅ Kedua-duanya merupakan amalan tradisional yang menggunakan haba (heat therapy / thermotherapy), khususnya dalam penjagaan ibu selepas bersalin.
Namun, walaupun berkongsi prinsip penggunaan haba, kedua-duanya boleh berbeza dari segi medium, cara aplikasi dan kaedah pengendalian haba.
1️⃣ BERTUAM
☑️ Biasanya bertuam guna bungkusan kain berisi herba, bebola herba atau bahan tuam lain yang dipanaskan dulu, lepas tu ditekap pada badan. Kalau ikut istilah sains, ia boleh dikira herbal compress atau herbal poultice therapy. Kalau bahan tuam tu lembap, ia jadi moist heat therapy sekali.
☑️ Ciri-cirinya:
👉 Guna bungkusan atau bebola herba sebagai medium.
👉 Haba dihantar melalui tekapan, angkat dan tekap semula, atau gerakan terkawal.
👉 Biasanya gabungan pelbagai herba jadi sebahagian daripada medium rawatan.
👉 Tahap panas Sederhana
☑️ Teknik yang biasa digunakan:
1. Tekapan statik: letakkan tuam di kawasan yang sesuai untuk seketika, kemudian angkat dan periksa sama ada ibu selesa dan kulit tidak merah atau melecur.
2. Tekapan berulang: angkat tuam, tekap semula, ulang dengan perlahan. Jangan hentak dan jangan tekan terlalu kuat.
3. Tuaman bergerak: gerakkan tuam perlahan-lahan di atas otot yang sesuai
4. Tuaman setempat: tumpukan tuam pada satu kawasan sahaja, contohnya otot bahu atau belakang, mengikut tujuan rawatan.
➡️ Keempat empat teknik ini digabungkan ketika melakukan rawatan tuaman
2️⃣ BERTUNGKU
☑️ Bertungku guna tungku yang dipanaskan, contohnya batu, bata, besi atau alat khas. Tungku tu dibalut kain dulu sebelum diletakkan pada badan. Dan kalau ikut tradisi tungku tu dibalut dengan Daun daun juga. Dari sudut sains, haba berpindah secara konduksi, iaitu daripada benda panas (batu/bata/besi) ke permukaan badan melalui sentuhan terus.
☑️ Ciri-cirinya:
👉 Alat tungku yang simpan dan salurkan haba. Haba melalui lapisan kain atau pelindung yang sesuai.
👉 Tungku diletak atau digerakkan dengan terkawal, ikut kesesuaian kawasan.
👉 Tahap panas agak tinggi jadi kena hati hati
☑️ Teknik yang biasa digunakan:
👉 Meletakkan tungku secara terkawal - tungku diletakkan pada kawasan yang sesuai dengan pemantauan berterusan, bukan dibiarkan tanpa pengawasan.
👉 Mengangkat dan memindahkan tungku - tungku dialihkan secara berperingkat ke kawasan yang dibenarkan supaya haba tidak tertumpu terlalu lama pada satu tempat.
👉 Pergerakan terkawal - sesetengah amalan menggunakan gerakan perlahan pada permukaan badan. Teknik ini hanya sesuai jika bentuk, berat dan suhu tungku membenarkannya.
Bertuam dan bertungku sama-sama tergolong dalam amalan terapi haba tradisional, tetapi tidak semestinya menggunakan jenis haba atau teknik yang sama.
Bertuam boleh melibatkan medium herba dan kelembapan, manakala bertungku lazimnya menggunakan alat tungku yang dipanaskan. Jadi pengamal kena faham medium, cara haba berpindah, teknik dan langkah keselamatan sebelum buat rawatan.
Ilmu tradisional yang digabung dengan kefahaman sains dan amalan selamat, itu yang buat penjagaan kita lebih bertanggungjawab.
➡️ Jumaat Malam 16 Oktober Cikgu ada buat sedikit perkongsian tentang ilmu bertuam. Perkongsian ni dekat googlemeet dalam 2-3 jam macam tu. Perkongsian ni jika nak masuk hanya RM3 saja tau. Boleh whatsap 0104049769
Cikgu Pah
Cikgu Kelas Spa & Herba Terapi🌿