Poliklinik Nurul - Jeram

Call Directions Contact the business

Poliklinik Nurul - Jeram Klinik Keluarga anda. Memberi khidmat kepada semua sejak dari dalam rahim ibu hingga dewasa. Mempunyai ultrasound canggih 3d, 4d, 5d untuk scan bayi anda.

Perancangan keluarga

Pemeriksaan darah

Pemeriksaan kesihatan

Bedah kecil

Jahit luka& cuci luka

Assalammualaikum & selamat sejahtera semua....Sedikit info untuk hariini....“MATA KUNING, MUKA KUNING. APA KAITAN DENGAN...
22/10/2026

Assalammualaikum & selamat sejahtera semua....
Sedikit info untuk hariini....

“MATA KUNING, MUKA KUNING. APA KAITAN DENGAN BATU HEMPEDU?”
Pernah nampak seseorang yang bahagian putih matanya bertukar kuning? Bukan mata sahaja, kulit muka dan badan juga boleh berubah warna.
Keadaan ini dipanggil jaundis (jaundice).
Salah satu puncanya ialah saluran hempedu yang tersumbat akibat batu hempedu.
Dalam keadaan normal, hati memproses bahan berwarna kuning yang dikenali sebagai bilirubin. Bahan ini kemudiannya disingkirkan melalui hempedu ke dalam usus.
Tetapi apabila saluran hempedu tersumbat, bilirubin tidak dapat disingkirkan dengan baik. Parasnya meningkat dalam darah sehingga menyebabkan mata dan kulit menjadi kuning.
Selain mata kuning, perhatikan gejala lain:
🟡 Air kencing gelap – Warnanya seperti teh pekat walaupun minum air mencukupi.
🟡 Najis pucat – Najis menjadi kelabu atau seperti tanah liat kerana kurang pigmen hempedu memasuki usus.
🟡 Kulit gatal – Boleh berlaku pada seluruh badan, kadangkala tanpa ruam.
🟡 Sakit bahagian kanan atas perut – Terutama di bawah tulang rusuk. Kesakitan boleh merebak ke belakang atau bahu kanan.
🟡 Loya dan muntah – Boleh berlaku bersama serangan sakit batu hempedu.
🟡 Kurang selera makan – Sesetengah pesakit turut berasa tidak sihat dan lemah.
🟡 Demam dan menggigil – Amaran kemungkinan berlaku jangkitan pada pundi atau saluran hempedu.
BAHAYA JIKA ADA TIGA GEJALA INI SERENTAK!
🚨 Mata atau kulit kuning
🚨 Demam atau menggigil
🚨 Sakit bahagian kanan atas perut
Gabungan ini boleh menandakan acute cholangitis, iaitu jangkitan saluran hempedu yang boleh menyebabkan sepsis jika tidak dirawat segera.
Jangan tunggu. Pergi ke Jabatan Kecemasan.
Namun, bukan semua mata kuning berpunca daripada batu hempedu. Penyakit hati, hepatitis, masalah darah dan ketumbuhan yang menyekat saluran hempedu juga boleh menyebabkan jaundis.
Malah, tidak semua batu hempedu menyebabkan mata kuning. Banyak kes batu hempedu langsung tidak menunjukkan gejala.
Jika mata atau kulit mula menjadi kuning, dapatkan pemeriksaan perubatan segera walaupun tidak mengalami kesakitan.
Doktor mungkin melakukan ujian darah termasuk fungsi hati dan bilirubin, serta ultrasound untuk mengenal pasti puncanya.
Ingat, mata kuning bukan sekadar perubahan warna. Ia mungkin petunjuk ada sesuatu yang tidak kena pada hati atau sistem hempedu

Poliklinik Nurul
03 -32646135
010-9520135

Assalammualaikum & selamat sejahtera🌫️Jerebu merujuk kepada satu fenomena di mana terdapat partikel-partikel yang mengan...
19/10/2026

Assalammualaikum & selamat sejahtera
🌫️Jerebu merujuk kepada satu fenomena di mana terdapat partikel-partikel yang mengandungi bahan pencemaran yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar.
‼️Jerebu boleh berlaku akibat aktiviti manusia seperti pembakaran terbuka atau proses semulajadi seperti letupan gunung berapi.
Pendedahan kepada jerebu secara berpanjangan akan memberi gejala dan kesan buruk kepada kesihatan orang ramai.
Oleh itu, orang ramai adalah dinasihatkan agar meminimumkan pendedahan kepada jerebu.

Assalammualaikum & selamat sejahtera semuaa....Sedikit info untuk hariini..Di Malaysia 🇲🇾, kanser hati merupakan antara ...
15/10/2026

Assalammualaikum & selamat sejahtera semuaa....
Sedikit info untuk hariini..

Di Malaysia 🇲🇾, kanser hati merupakan antara 5 kanser yang paling kerap berlaku.
Antara langkah yang boleh diambil bagi mengurangkan risiko kanser hati termasuklah:
✅ Mendapatkan saringan dan vaksin bagi Hepatitis B.
✅ Mendapatkan rawatan bagi Hepatitis B dan C.
✅Memastikan berat badan yang ideal.
✅Mengelakkan pengambilan alkohol secara berlebihan.
Lakukan saringan awal bagi mengesan jangkitan kanser sebelum ia terus merebak.

Assalammualaikum & selamat sejahtera semua...Sedikit info untuk hariini...Jerebu memberi kesan kepada semua, namun tidak...
11/10/2026

Assalammualaikum & selamat sejahtera semua...
Sedikit info untuk hariini...

Jerebu memberi kesan kepada semua, namun tidak semua menanggungnya secara sama rata.
Kanak-kanak, warga emas, wanita hamil, serta individu yang mempunyai penyakit paru-paru dan jantung lebih mudah terjejas akibat pendedahan kepada udara tercemar. Bagi golongan ini, langkah berjaga-jaga perlu diambil lebih awal dan lebih teliti.
Kenali tanda amaran. Dapatkan rawatan segera di fasiliti kesihatan berhampiran sekiranya anda atau ahli keluarga mengalami:
▪️ Sesak nafas
▪️ Batuk yang semakin teruk
▪️ Kesukaran bernafas
KKM sentiasa bersedia dan memantau penyakit berkaitan jerebu menerusi 78 fasiliti kesihatan terpilih di seluruh negara. Fasiliti kesihatan, bekalan ubat-ubatan, dan petugas kesihatan kekal bersiap siaga untuk memberikan perkhidmatan yang diperlukan.
Lindungi mereka yang paling memerlukan. Bermula dari rumah kita

Assalammualaikum & selamat sejahtera semua....sedikit info untuk hariini...👵👴Pelbagai faktor yang mempengaruhi pilihan k...
07/10/2026

Assalammualaikum & selamat sejahtera semua....
sedikit info untuk hariini...

👵👴Pelbagai faktor yang mempengaruhi pilihan kehidupan di usia emas dalam menentukan kesejahteraan hidup mereka.
❤️Berikan sokongan dan dukungan kepada ibu bapa anda agar usia tua mereka dipenuhi dengan kasih sayang dan perhatian tidak berbelah bahagi daripada insan yang tersayang.

Assalammualaikum & selamat sejahtera semuaSedikit info untuk hariini...Sistem pencernaan adalah kumpulan organ penting y...
05/10/2026

Assalammualaikum & selamat sejahtera semua
Sedikit info untuk hariini...

Sistem pencernaan adalah kumpulan organ penting yang bertanggungjawab untuk memecahkan makanan menjadi komponen untuk kegunaan badan.
Bagi individu bergelar warga emas 👴🏼👵🏼, risiko untuk berdepan kemerosotan dalam fungsi sistem tersebut akan meningkat.
Ia sudah tentu mempunyai kesan daripada diet pemakanan 🍜🍛, amalan gaya hidup 🚶🏼‍♀️🧘🏼‍♀️, penyakit serta ubatan yang diambil.
💡Dikongsikan tip pencegahan sembelit dalam kalangan warga emas.

Assalammualaikum & selamat sejahtera semua..Sedikit info untuk hariini....🫀Serangan jantung merupakan kemuncak kepada ta...
30/09/2026

Assalammualaikum & selamat sejahtera semua..
Sedikit info untuk hariini....

🫀Serangan jantung merupakan kemuncak kepada tanda kegagalan fungsi jantung sekiranya berlakunya komplikasi.
⚠️ Ketahui punca dan gejala serangan jantung sebagai panduan bersama.

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia
Poliklinik Nurul
03 -32646135
010-9520135

Jerebu boleh memberi kesan lebih serius kepada golongan berisiko.Kanak-kanak, warga emas, wanita hamil, pesakit asma ata...
24/09/2026

Jerebu boleh memberi kesan lebih serius kepada golongan berisiko.
Kanak-kanak, warga emas, wanita hamil, pesakit asma atau penyakit paru-paru, pesakit jantung dan individu berpenyakit kronik perlu diberikan perhatian sewajarnya semasa jerebu.
✅ Hadkan aktiviti di luar bangunan
✅ Teruskan pengambilan ubat mengikut arahan doktor
✅ Pantau sebarang perubahan tahap kesihatan
Pastikan mereka berada dalam persekitaran yang selamat. Dapatkan pemeriksaan dan rawatan segera sekiranya mengalami kesukaran bernafas atau keadaan kesihatan semakin teruk.

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM

💜 PAKEJ COMBO TEST (INFLUENZA A & B | COVID-19)🔍 Satu ujian — keputusan untuk tiga jangkitan utama saluran pernafasan✅ K...
23/09/2026

💜 PAKEJ COMBO TEST (INFLUENZA A & B | COVID-19)
🔍 Satu ujian — keputusan untuk tiga jangkitan utama saluran pernafasan
✅ Keputusan cepat (15-20 minit)
✅ Sesuai untuk kanak-kanak & dewasa
⚕️ Ujian Ini Dapat Mengesan:
Influenza A & B
→ Virus selesema bermusim yang menyebabkan demam, sakit badan & letih melampau.
COVID-19 (SARS-CoV-2)
→ Jangkitan pernafasan yang masih aktif dalam komuniti
Sebarang pertanyaan, boleh hubungi kami ya ,
Poliklinik Nurul
03 -32646135
010-9520135

Address

No 3, Jalan Yu 1, Taman Yu Sasaran Sg Buloh
Jeram
45800

Opening Hours

Monday 09:00 - 13:00
14:00 - 22:00
Tuesday 09:00 - 13:00
14:00 - 22:00
Wednesday 09:00 - 13:00
14:00 - 22:00
Thursday 09:00 - 13:00
14:00 - 22:00
Friday 09:00 - 13:00
14:00 - 22:00
Saturday 09:00 - 13:00
14:00 - 22:00
Sunday 09:00 - 13:00
14:00 - 22:00

Telephone

+60332646135

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Poliklinik Nurul - Jeram posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Poliklinik Nurul - Jeram:

Shortcuts

Share