16/10/2026
π BENGKEL PEMURNIAN POLISI Credentialing & Privileging (C&P )HOSPITAL JERANTUT BIL. 1/2026
π
Tarikh: 16 Oktober 2026
π Masa: 8.00 pagi β 12.00 tengah hari
π Tempat: Dewan Ixora, Hospital Jerantut
Alhamdulillah, Bengkel Pemurnian Polisi C&P Hospital Jerantut Bil. 1/2026 telah diadakan bagi memperkukuh kefahaman serta memastikan proses dokumentasi dan pelaksanaan C&P di Hospital Jerantut dilaksanakan dengan lebih teratur, sistematik dan selaras dengan keperluan serta garis panduan yang ditetapkan.
π€ Fasilitator: DR MOHAMAD FAQIH BIN MOHAMAD PUZI
Ketua Penolong Pengarah Kanan Perubatan, Gred UD14.
Bengkel ini melibatkan Ketua Unit dan ahli jawatankuasa C&P yang dilantik daripada setiap unit bagi memastikan pengurusan permohonan, dokumentasi dan pemantauan C&P dapat dilaksanakan dengan berkesan.
Semoga bengkel ini dapat meningkatkan kualiti pengurusan C&P, memperkukuh tadbir urus klinikal serta memastikan setiap anggota profesional kesihatan menjalankan tugas berdasarkan kelayakan, kompetensi dan keistimewaan klinikal yang telah diluluskan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada fasilitator serta semua peserta atas komitmen dan kerjasama yang diberikan. Semoga segala usaha ini menyumbang kepada penyampaian perkhidmatan kesihatan yang berkualiti dan selamat demi kesejahteraan pesakit. π
Bersama Memperkasa Kualiti, Menjamin Keselamatan Pesakit!
~Admin Anne ~