05/10/2026
PROGRAM JOM SIHAT โ CAKNA KESIHATAN SIRI 3 TAHUN 2026 DAN SEMPENA SAMBUTAN HARI KESELAMATAN PESAKIT SEDUNIA BERSAMA KOMUNITI KAMPUNG PULAU PANJANG, GONG NERING DAN GONG GUCHIL,
DIBAWAKAN OLEH HOSPITAL BESUT DAN AHLI LEMBAGA PELAWAT HOSPITAL DENGAN KERJASAMA PKD BESUT SERTA PKPD BESUT
Tarikh: 3 Oktober 2026 (Sabtu)
Lokasi: Masjid An Nur, Kg. Pulau Panjang, Jerteh.
Pengisian program:
1) Ceramah mengenai perkhidmatan Unit Kecemasan oleh Pakar Perubatan Kecemasan Hospital Besut, Dr Ahmad Ghaus bin Ghouse
2) Ceramah Kesihatan Mata, Katarak dan Diabetes Retinopati oleh Pakar Mata Hospital Besut, Dr Nur Atiqah binti Hassan
3) Ceramah Keselamatan Pesakit sesuai tema tahun ini untuk Penyakit Tidak Berjangkit oleh Pakar Perubatan dalaman, Dr Shahira binti Ramli
Pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya saringan kesihatan, pemeriksaan pergigian dan mata, booth farmasi, promosi derma organ, derma darah, promosi keselamatan pesakit oleh Unit Kualiti dan ahli Jawatankuasa Keselamatan Pesakit Hospital Besut, booth MySalam, pameran BOMBA, booth Tabung Haji dan Andalusia, Jualan Rahmah dengan pelbagai aktiviti menarik lain.
Ucapan aluan oleh Pengerusi Masjid An Nur Kg Pulau Panjang, Hj Sanusi bin, ucapan pengenalan mengenai perkhidmatan perubatan di Hospital Besut oleh Pengarah Hospital Besut, Dr. Nor Ilyani binti Hasbullah, diikuti perasmian oleh Pengerusi Ahli Lembaga Pelawat Hospital Besut, Datoโ Dr. Mohd Johari @ Mohasjone bin Mohamad
Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai penjagaan keselamatan pesakit, pencegahan penyakit kronik, penjagaan kesihatan, di samping mengeratkan kerjasama antara Hospital Besut, ALPH, semua agensi terlibat dan komuniti. Program berlangsung dengan lancar dan mendapat sambutan yang baik daripada masyarakat setempat.