30/09/2026
GLP-1 BUKAN JALAN PINTAS UNTUK KURUS. IA ADALAH RAWATAN PERUBATAN!
Di klinik kami, pemberian ubat GLP-1 mempunyai kriteria perubatan yang ketat. Kami hanya memberikan rawatan ini kepada pesakit yang benar-benar memerlukannya.
Kita perlu berhenti menganggap semua orang yang mengalami masalah berat badan sebagai malas atau tidak mempunyai disiplin!
Hakikatnya, ada individu yang menghadapi masalah hormon, kerintangan insulin dan pelbagai gangguan metabolik yang menyebabkan mereka sukar mengawal berat badan walaupun sudah berusaha.
Mereka memerlukan pemahaman dan bantuan perubatan, bukannya kritikan atau penghinaan.
GLP-1 bukan makanan tambahan atau ubat ajaib. Ia merupakan ubat preskripsi yang boleh membantu pesakit tertentu apabila digunakan dengan pemantauan doktor, pemakanan yang betul dan perubahan gaya hidup.
Sekiranya seseorang benar-benar memerlukan rawatan, mengapa kita perlu menghukum mereka kerana mendapatkan bantuan perubatan?
Matlamat kita bukan sekadar untuk kurus, tetapi untuk menjadi lebih SIHAT, CERGAS dan mempunyai kesihatan metabolik yang baik.
Jangan terlalu cepat menghukum seseorang berdasarkan berat badannya. Kita tidak tahu cabaran kesihatan yang sedang mereka hadapi.
Rawat masalah kesihatan, bukan sekadar angka pada penimbang!
❤️ Dr Ari
Kesihatan adalah keutamaan, bukan semata-mata kecantikan.