Klinik Anda 24 Jam Prima Saujana

Directions Website Contact the business

Klinik Anda 24 Jam Prima Saujana Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Klinik Anda 24 Jam Prima Saujana, Medical and health, Klinik Anda 24 Jam, B-G-35, Jalan Prima Saujana 2/1a, Seksyen 2, Taman Prima Saujana, Kajang, Kajang.

🏥 CAWANGAN KLINIK ANDA 24 JAM PRIMA SAUJANA (1373536-T)
🩺DR SITI HAJAR & DR HAZZEEM DAN RAKAN-RAKAN
📞 03-8734 5334/ 012-3445334
👩‍⚕️DOKTOR WANITA👨‍⚕️DOKTOR LELAKI

Pernah tak anda buat ultrasound scan dan tiba-tiba doktor beritahu ada cyst? Apa perasaan anda masa tu? 💬Berita baiknya,...
06/09/2026

Pernah tak anda buat ultrasound scan dan tiba-tiba doktor beritahu ada cyst? Apa perasaan anda masa tu? 💬

Berita baiknya, majoriti kes yang ditemui adalah Functional Cyst — iaitu cyst yang tidak berbahaya dan bukan kanser.

Ia terjadi secara semula jadi disebabkan perubahan hormon haid, dan biasanya akan pulih dengan sendirinya dalam masa 1-3 bulan sahaja!

Sebab itulah penting untuk buat scan berkala — bukan untuk takutkan anda, tapi untuk pantau kesihatan rahim supaya anda lebih tenang.

Tag kawan atau ahli keluarga wanita anda yang perlu tahu info ini! ❤️

📍 Dapatkan konsultasi lanjut di cawangan Klinik Anda 24 Jam terdekat.

MERDEKA DARIPADA PENYAKIT YANG BOLEH DICEGAH! 🇲🇾✨Erti kemerdekaan bukan sekadar mengibarkan Jalur Gemilang, tetapi juga ...
31/08/2026

MERDEKA DARIPADA PENYAKIT YANG BOLEH DICEGAH! 🇲🇾✨

Erti kemerdekaan bukan sekadar mengibarkan Jalur Gemilang, tetapi juga membebaskan diri dan keluarga daripada belenggu penyakit yang boleh dicegah!

Ramai antara kita terlupa bahawa kesihatan adalah benteng utama kehidupan. Penyakit berjangkit mahupun penyakit kronik sering membelenggu tanpa kita sedari.

Sempena bulan kemerdekaan ini, ayuh kita capai "Kemerdekaan Kesihatan" melalui 4 langkah mudah ini:

Vaksinasi Lengkap – Lindungi diri & cegah penyakit berjangkit.
Makan Secara Sihat – Amalkan Suku-Suku Separuh, kurangkan gula & garam.
Kekal Aktif – Bersenam 30 minit sehari untuk tingkatkan stamina.
Saringan Kesihatan Berkala – Kenali status kesihatan & cegah risiko awal.

Ingat, kesihatan keluarga anda adalah keutamaan kami. JOM BEBAS! BEBAS PENYAKIT, BEBAS HIDUP! ❤️

"Sebuah negara tidak dibina dalam sehari. Ia dibina dengan pengorbanan." 🇲🇾Sempena Hari Kebangsaan ke-69, mari kita sama...
30/08/2026

"Sebuah negara tidak dibina dalam sehari. Ia dibina dengan pengorbanan." 🇲🇾

Sempena Hari Kebangsaan ke-69, mari kita sama-sama menghayati erti kebebasan dan perjuangan mereka yang terdahulu. Semoga Malaysia kekal aman, makmur, dan bersatu padu.

Selamat Menyambut Hari Merdeka dari kami di Klinik Anda 24 Jam!

📍 Klinik kami beroperasi 24 jam seperti biasa sepanjang cuti umum ini untuk memastikan kesihatan anda dan keluarga sentiasa terjaga.

Selamat bercuti sekolah buat semua adik-adik! 🥳🎉Nak jalan-jalan atau balik kampung, pastikan kesihatan sekeluarga sentia...
29/08/2026

Selamat bercuti sekolah buat semua adik-adik! 🥳🎉

Nak jalan-jalan atau balik kampung, pastikan kesihatan sekeluarga sentiasa terjaga. Tapi kalau tiba-tiba si kecil rasa demam, batuk, atau ada sebarang kecemasan ringan, jangan risau!

Klinik Anda 24 Jam tetap beroperasi 24 JAM SEPERTI BIASA sepanjang cuti penggal ini (29 Ogos - 5 September 2026). Kesihatan anda dan keluarga keutamaan kami! 💙✨

📍 Cawangan Kami:
📞 Sungai Besar: 013-375 2334
📞 Prima Saujana: 012-344 5334
📞 Semenyih: 013-712 4234

🎮KHATAN SUNAT LELAKI CUTI SEKOLAH 2026 🎮EDISI OGOS 2026Hi ibu ayah🥰 Cuti sekolah bakal menghampiri, ibu ayah boleh buat ...
24/08/2026

🎮KHATAN SUNAT LELAKI CUTI SEKOLAH 2026 🎮
EDISI OGOS 2026

Hi ibu ayah🥰

Cuti sekolah bakal menghampiri, ibu ayah boleh buat perancangan untuk daftar nama anak anda berkhatan di Klinik Anda 24 Jam Prima Saujana

✅ Khatan dilakukan oleh Doktor Lelaki berpengalaman
✅ Sunat kaedah LASER & kurang pendarahan
✅ Ubat Ubatan di Sediakan

HADIAH MENARIK DISEDIAKAN🎁🎉
📆 Tarikh: 29 Ogos 2026 (Sabtu)
🕌 Tempat: Klinik Anda 24 Jam Sungai Besar.

Call/Whatsapp: 012-3445334

Lemak perut bukan sekadar masalah penampilan.Ramai orang lebih memberi perhatian kepada berat badan di atas penimbang. N...
21/07/2026

Lemak perut bukan sekadar masalah penampilan.

Ramai orang lebih memberi perhatian kepada berat badan di atas penimbang. Namun dalam dunia perubatan, lemak yang berkumpul di bahagian perut sering menjadi salah satu petunjuk yang perlu diberi perhatian.

Lemak di sekeliling organ dalaman boleh mempengaruhi cara badan mengawal gula dalam darah, tekanan darah dan fungsi jantung. Itulah sebabnya lemak perut yang berlebihan dikaitkan dengan peningkatan risiko diabetes, tekanan darah tinggi dan penyakit jantung.

Yang lebih mencabar, perubahan ini selalunya berlaku secara perlahan. Ramai individu masih mampu menjalani rutin harian seperti biasa tanpa menyedari bahawa risiko sedang meningkat sedikit demi sedikit.

Berita baiknya, perubahan tidak semestinya bermula dengan langkah yang besar. Mengamalkan pemakanan yang lebih seimbang, bergerak lebih aktif dan menjaga waktu tidur boleh membantu mengurangkan lemak perut dari semasa ke semasa.

Jika sudah lama anda tidak mengukur lilit pinggang, mungkin hari ini masa yang sesuai untuk bermula. Kadangkala ukuran yang ringkas mampu menjadi langkah pertama ke arah kesihatan yang lebih baik.

07/07/2026

Half Squat dah settle! 💪 Jangan lupa follow dan stay tuned— kita akan cuba Squat terakhir iaitu Full Squat!

Berat badan sahaja tidak cukup untuk menilai kesihatan.BMI membantu menganggarkan sama ada berat badan anda sesuai denga...
07/07/2026

Berat badan sahaja tidak cukup untuk menilai kesihatan.

BMI membantu menganggarkan sama ada berat badan anda sesuai dengan ketinggian.

✔️ Kira BMI anda.
✔️ Semak kategori BMI.
✔️ Jadikan ia langkah pertama ke arah gaya hidup yang lebih sihat.

Kenali BMI anda, kenali kesihatan anda. 💙

🩺 Kenapa tekanan darah tinggi digelar "Silent Killer"?Kerana ia sering tidak menunjukkan sebarang simptom, walaupun teka...
06/07/2026

🩺 Kenapa tekanan darah tinggi digelar "Silent Killer"?

Kerana ia sering tidak menunjukkan sebarang simptom, walaupun tekanan darah sudah berada pada paras yang tinggi.

Ramai berasa sihat dan menjalani kehidupan seperti biasa, namun tanpa disedari tekanan darah tinggi boleh meningkatkan risiko penyakit jantung, strok, kerosakan buah pinggang dan masalah penglihatan jika tidak dikawal.

Jangan tunggu sehingga timbul komplikasi.
✔️ Periksa tekanan darah secara berkala.
✔️ Amalkan pemakanan seimbang.
✔️ Kekal aktif dan bersenam.
✔️ Ambil ubat seperti yang diarahkan oleh doktor jika anda telah didiagnosis.

Kenali bacaan tekanan darah anda hari ini kerana pencegahan sentiasa lebih baik daripada rawatan. ❤️

Klinik

Ramai anggap sakit perut hanya berkaitan gastrik atau makanan.Hakikatnya, sakit perut boleh datang dari pelbagai organ d...
04/07/2026

Ramai anggap sakit perut hanya berkaitan gastrik atau makanan.

Hakikatnya, sakit perut boleh datang dari pelbagai organ dalam abdomen seperti hati, buah pinggang atau pundi hempedu.

Abdomen scan membantu doktor melihat keadaan dalaman tanpa pembedahan dan tanpa radiasi.

Jika sakit berulang, jangan abaikan.

Address

Klinik Anda 24 Jam, B-G-35, Jalan Prima Saujana 2/1a, Seksyen 2, Taman Prima Saujana, Kajang
Kajang
43000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Anda 24 Jam Prima Saujana posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Klinik Anda 24 Jam Prima Saujana:

Shortcuts

Share