Klinik ARA 24 JAM

Directions Website

Klinik ARA 24 JAM 24-HOUR CLINIC

Alhamdulillah, our Saturday morning CME today was attended by 60+ doctors. This is our 24th CME so far.Thank you to ever...
24/10/2026

Alhamdulillah, our Saturday morning CME today was attended by 60+ doctors. This is our 24th CME so far.

Thank you to everyone who joined us, and a special thank you to Dr Ashraf Ilman for generously sharing his knowledge with us on a weekend.

1. For those who attended this morning but missed the attendance form, can PM us. Your CPD points should be claimable within 1–2 days from MyCPD platform, do check out your inbox.

2. We’ve received many suggestions and feedback from all of you, and we truly appreciate them. One of the repeated suggestions was to have our CME sessions CPD-accredited through the MMA platform instead of MyCPD.

Unfortunately, we won’t be able to proceed with this for now, as our CME sessions are completely free and non-profit. The CPD accreditation process through MMA involves fees, and we would like to keep our sessions accessible to everyone without any charges.

3. Another thing that some doctors may not know is that doctors in the private sector can also use the MyCPD platform to claim CPD points 😊

4. For those who missed our previous CME sessions, you can still access some of the recordings and learning materials through our CME Hub

Link 👇
https://klinikara24jam.hsohealthcare.com/p/cme-ara

Terima kasih PUSAKA USIM  atas jemputan buat Klinik ARA 24 Jam ke Majlis Peluncuran Alumni Back to Campus Peringkat Keba...
14/10/2026

Terima kasih PUSAKA USIM atas jemputan buat Klinik ARA 24 Jam ke Majlis Peluncuran Alumni Back to Campus Peringkat Kebangsaan 2026! 🎓✨

Tema “Menggapai ke langit, Mengakar ke bumi” ini melambangkan aspirasi alumni untuk terus melakar kejayaan tanpa melupakan akar, nilai, dan institusi yang membentuk perjalanan kita semua.

Semoga USIM terus maju ke hadapan ❤️

“Doktor klinik cakap lain, pergi hospital doktor cakap lain pula”Pernah tak dengar orang cakap macam ni? Atau kadang2 ra...
13/10/2026

“Doktor klinik cakap lain, pergi hospital doktor cakap lain pula”

Pernah tak dengar orang cakap macam ni? Atau kadang2 rasa macam ni.

Contohnya, seorang pesakit datang ke klinik dengan sakit dada. Selepas ambil sejarah dan buat pemeriksaan, doktor mengesyaki serangan jantung dan merujuk pesakit ke hospital.

Bila sampai hospital, ECG dan ujian darah dibuat. Selepas pemeriksaan lanjut, doktor hospital kata bukan serangan jantung.

Itu satu contoh saja. Boleh jadi pelbagai contoh lain juga.

Adakah rujukan itu sia-sia? Tak semestinya, rujukan bukan dibuat untuk membuktikan doktor klinik betul. Tapi tujuannya supaya pesakit dapat pemeriksaan dan rawatan lanjut yang diperlukan.

Sebab itu diagnosis awal kita panggil provisional diagnosis / diagnosis sementara.

Doktor menilai keadaan pesakit berdasarkan maklumat yang ada pada waktu itu melalui sejarah pesakit, pemeriksaan fizikal dan mungkin dalam sesetengah kes ada beberapa ujian ringkas juga.

Satu gejala ada banyak kemungkinan diagnosis berbeza di belakangnya.

Di klinik, banyak limitasi yang ada. Kadang2 rujukan di buat atas beberapa faktor

1️⃣Limitasi kemudahan - keadaan pesakit perlukan ujian lanjut seperti imaging Xray / ultrasound / CT scan atau ujian darah khas yang mungkin tidak tersedia di klinik tersebut.

2️⃣ Perlukan pemantauan lanjut. Ada pesakit mungkin memerlukan pemerhatian, pemantauan atau penilaian bersiri, dan ini tidak sesuai dilakukan di kawasan klinik yang ada ruang yang terhad

3️⃣ Perlukan penilaian pakar- sesetengah keadaan memerlukan pemeriksaan oleh pakar, jadi rujukan dibuat kepada klinik pakar.

4️⃣Penyakit serius perlu diketepikan/ kita rule out segera. Walaupun diagnosis belum pasti, simptom tertentu mungkin menunjukkan kemungkinan penyakit yang berbahaya. Dan perlu rujukan segera ke hospital

Inilah antara perkara yang orang awam mungkin tak nampak apabila membandingkan diagnosis di klinik dengan diagnosis di hospital.

Namun, kita tidak boleh menggunakan alasan ini untuk membuat pemeriksaan sambil lewa.

Diagnosis awal tetap perlu dibuat dengan teliti berdasarkan maklumat yang sedia ada dan pemeriksaan yang sebaiknya.

Menariknya! MyLapor dah ada dalam MySejahtera mulai harini.Kalau nampak ada orang buat kesalahan berkaitan Akta 852 (ant...
12/10/2026

Menariknya! MyLapor dah ada dalam MySejahtera mulai harini.

Kalau nampak ada orang buat kesalahan berkaitan Akta 852 (antaranya merokok di kawasan larangan), dah boleh terus report on the spot.

Aduan akan sampai pada PKD terdekat dengan lokasi kejadian. Pengadu pun akan dapat notifikasi tentang status aduan.

Antara jenis aduan yang boleh diadukan:

✅ Merokok di kawasan larangan.
✅ Penjualan, pembelian atau penggunaan produk merokok oleh individu bawah umur 18 tahun.
✅ Penjualan produk merokok secara dalam talian atau melalui mesin layan diri.
✅ Pengiklanan, promosi atau pameran produk merokok
✅ Pembungkusan yang tidak mematuhi piawaian dan peraturan sedia ada.

Nak bina negara yang sihat bermula dengan masyarakat dan individu yang sihat, jom sama2 kita realisasikan hasrat Malaysia Bebas Rokok. 💪

Teringat beberapa tahun lepas, ada pesakit wanita datang ke klinik untuk masalah lain. Bila ditanya, “Ada masalah lain t...
09/10/2026

Teringat beberapa tahun lepas, ada pesakit wanita datang ke klinik untuk masalah lain. Bila ditanya, “Ada masalah lain tak puan?”, barulah dia beritahu tentang perubahan pada payudaranya.

Rupanya, perubahan tu dah berlaku berbulan-bulan. Ada perubahan kulit macam kulit oren. Dia tak tahu yang perubahan macam tu sebenarnya perlu diperiksa oleh doktor.

Jadi, rujukan dibuat untuk pemeriksaan lanjut.
Bila follow-up, rupa-rupanya memang kanser.

Bila teringat kisah pesakit ni, rasanya ramai lagi sebenarnya yang tak tahu tentang tanda-tanda kanser payudara.

Kita yang dalam bidang kesihatan mungkin dah biasa dengar dan tahu perubahan apa yang perlu diberi perhatian. Kita tahu bila perlu jumpa doktor dan bila sesuatu perkara tak boleh ditangguhkan.

Tapi bagi orang di luar sana, tak semua orang tahu. Ada yang fikir kalau tak sakit, maknanya tak ada apa-apa. Ada yang nampak perubahan tapi biarkan dulu, ingatkan benda biasa.

Di Malaysia, kanser payudara ialah kanser yang paling kerap berlaku dalam kalangan wanita. Apa yang lebih membimbangkan, data tahun 2012–2016 menunjukkan hampir 47% pesakit didiagnosis apabila kanser sudah berada pada tahap lewat (peringkat III dan IV).

Sebenarnya, bukan semua orang sengaja tangguhkan pemeriksaan. Kadang-kadang ada yang tak tahu perubahan yang berlaku tu sesuatu yang perlu dirisaukan.

Sebab itulah kesedaran sangat penting. Kita perlu tahu apa tanda-tanda yang perlu diberi perhatian dan bila masanya untuk dapatkan pemeriksaan. Kanser yang dikesan lebih awal secara umumnya mempunyai peluang rawatan yang lebih baik.

Kalau ada perubahan baharu atau luar biasa pada payudara, jangan abaikan ya. TAK SEMESTINYA KANSER, tapi jangan buat andaian sendiri. Dapatkan pemeriksaan doktor supaya kita tahu apa puncanya.

Sempena Pinktober ni, jom sama-sama sebarkan kesedaran.

Mungkin kita dah tahu, tapi orang sekeliling kita belum
tentu dah tahu 😌

02/10/2026

PCOS ke PMOS, kenapa tukar nama baru-baru ni? Jom dengar Dr Hanis daripada Klinik ARA 24 Jam Kajang explain.

Tahniah buat yang menerima tawaran untuk menunaikan haji pada tahun 2027! 🕋✨ Dalam persediaan ke sana, kita tengok semul...
02/10/2026

Tahniah buat yang menerima tawaran untuk menunaikan haji pada tahun 2027! 🕋✨

Dalam persediaan ke sana, kita tengok semula 4K dalam konsep Istito’ah (kewangan, kesihatan, keselamatan, dan kebenaran/kuota)

Part kesihatan, kami di Klinik ARA 24 Jam boleh bantu anda! 🩺
Doktor-doktor residen kami berdaftar sebagai pemeriksa haji.

Yang tinggal di Kajang/Seri Kembangan, jemput datang ke klinik🙏 (untuk cawangan Semenyih tiada pemeriksaan haji tapi ada pakej vaksin).

Hubungi cawangan Klinik ARA 24 Jam sekarang😉
Seri Kembangan: https://wa.me/601161528824
Semenyih: https://wa.me/60183172025
Kajang: https://wa.me/60182194392

Alhamdulillah, selesai Program Celik CPR & Karnival Lifesavers di Masjid Negara pada hujung minggu lalu 🩺✨Setinggi-tingg...
30/09/2026

Alhamdulillah, selesai Program Celik CPR & Karnival Lifesavers di Masjid Negara pada hujung minggu lalu 🩺✨

Setinggi-tinggi terima kasih dan tahniah kepada pihak penganjur, Hospital Pakar Al-Islam dan Federation of Islamic Medical Associations (FIMA), serta rakan kerjasama Masjid Negara Malaysia atas penganjuran program yang amat bermanfaat ini.

Seronok melihat staf kami yang hadir sebagai peserta dapat banyak manfaat tentang pertolongan kecemasan daripada program ini 😁

Hi/Salam Docs! 🩺We’ve all been there... a busy clinic session, a long queue waiting, and in comes a patient who hasn’t b...
29/09/2026

Hi/Salam Docs! 🩺

We’ve all been there... a busy clinic session, a long queue waiting, and in comes a patient who hasn’t been sleeping well.

Let’s unpack this common primary care challenge in our upcoming CME: Untangling the Sleepless Night: Beyond Sleeping Pills

🎙️ Dr Ahmad Ashraf Ilman bin Zulbahri (Gazetting Psychiatrist)
📅 24 October 2026
⏰ 9 AM - 10 AM
💻 Google Meet

See you there! 👋
🔗 Pre-Register here: https://forms.gle/WwTmEntUzayjyYjf7

29/09/2026

Video tahun lepas, tapi persoalan yang sama masih relevan setiap kali musim Haji datang. Kenapa pemeriksaan kesihatan untuk jemaah Haji ketat? 🤔

Persediaan haji bukan hanya dari sudut spiritualiti, kewangan, mental, kesediaan fizikal pun antara yang sangat penting.

Semoga dimudahkan urusan semua yang ingin menunaikan haji tahun ini!

Yang tinggal di Kajang/Seri Kembangan, kalau masih mencari tempat pemeriksaan haji, jemput datang ke klinik🙏 (untuk cawangan Semenyih tiada pemeriksaan haji tapi ada pakej vaksin). - poster di komen

Hubungi cawangan Klinik ARA 24 Jam sekarang😉
Seri Kembangan: https://wa.me/601161528824
Semenyih: https://wa.me/60183172025
Kajang: https://wa.me/60182194392

Address

D-13-GA Jalan Prima Saujana 2/F, Taman Prima Saujana
Kajang
43000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik ARA 24 JAM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share