19/08/2026
"𝐴𝑙𝑎ℎ, 𝑏𝑖𝑎𝑠𝑎 𝑙𝑎ℎ 𝑡𝑢.. 𝑓𝑎𝑘𝑡𝑜𝑟 𝑢𝑠𝑖𝑎, 𝑠𝑒𝑏𝑎𝑏 𝑡𝑢 𝑙𝑢𝑡𝑢𝑡 𝑏𝑒𝑟𝑏𝑢𝑛𝑦𝑖 '𝑘𝑙𝑖𝑘'..." 🧐
Jangan ambil mudah. Selain bunyi 'klik' atau 'krap', kekurangan cecair pelincir (sinovial) dalam lutut sebenarnya boleh dikesan melalui perubahan aktiviti harian kita.
Apabila pelincir semulajadi ini berkurangan akibat faktor usia, berat badan atau kecederaan lama, tulang rawan akan mula bergesel secara langsung.
Akibatnya? Otot paha terpaksa bekerja 2x ganda, urat rasa tegang, kaki jadi kaku, malah nak sembahyang dengan sempurna pun mula rasa mencucuk dan lenguh.
Jangan tunggu sehingga sendi rosak (Osteoarthritis) baru nak cari jalan penyelesaiannya. Masalah ini boleh diuruskan dengan jauh lebih efektif dan jimat jika dikesan dari awal.
Sayangi sendi anda demi kualiti hidup yang lebih baik. Dapatkan pemeriksaan awal untuk kesihatan lutut anda hari ini supaya dapat terus bergerak aktif tanpa had demi keluarga tercinta.