10/09/2026
Perkongsian yang menyentuh hati: Semalam di pusat rawatan..menerima kunjungan seorang bapa yang kehilangan isterinya yang hamil 5 bulan serta 4 orang anaknya dalam kebakaran rumah di Melaka. Penyesalan yang berlarutan sehingga kini..pesakit kerap terdengar bisikan halus di telinga suruh bunuh diri..semangatnya juga hilang.Kesedihan berlarutan. Kadangkala kita merasakan ujian yang sedang kita lalui terlalu berat. Namun di sekeliling kita, ada insan yang sedang berjuang untuk meneruskan hidup selepas kehilangan yang sukar dibayangkan.
Allah SWT berfirman:
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”
(Surah al-Baqarah, ayat 286)
Buat insan yang sedang diuji, janganlah berputus asa daripada rahmat Allah. Selagi masih bernafas, pintu taubat, pertolongan dan harapan masih terbuka. Air mata dan kesabaran seorang hamba tidak pernah sia-sia di sisi-Nya.
Semoga Allah SWT mengampuni serta merahmati isteri dan anak-anak beliau, menempatkan mereka dalam kalangan hamba-Nya yang dikasihi.
Semoga suatu hari nanti, apabila beliau menoleh kembali kepada perjalanan ini, beliau menyedari bahawa Allah tidak pernah meninggalkannya walaupun pada saat seluruh dunianya terasa telah tiada.
Mohon semua titipkan doa buat beliau.
Kerana kadangkala, doa daripada insan yang tidak pernah kita kenali boleh menjadi sebab Allah menguatkan hati seseorang untuk terus bertahan.
Aamiin Ya Rabbal ‘Alamin.
📞 Bimbingan & Kesembuhan | Ruqyah Syar'iyyah Care Support
💚 Romah Ruqyah Al-Farizqi
📲 016-819 5272
Rawatan Islam Ruqyah Syar‘iyyah | Perawat Berdaftar KKM | Professional & Sunnah