Poliklinik My Dr Kluang

Directions Website Contact the business

Poliklinik My Dr Kluang Klinik yang menjaminkan layanan yang eksklusif bersama doktor yang berpengalaman dan mesra.
(2)

Doktor dah tetapkan dos ubat. Kita p**a buka ChatGPT nak cari dos yang lebih “ngam”. 😅Haa… dos ubat jangan buat versi se...
30/10/2026

Doktor dah tetapkan dos ubat. Kita p**a buka ChatGPT nak cari dos yang lebih “ngam”. 😅

Haa… dos ubat jangan buat versi sendiri.

Jawapan AI boleh nampak meyakinkan, siap penerangan panjang dan tersusun. Tapi maklumatnya boleh tersilap atau tidak lengkap.

Doktor p**a menilai rawatan berdasarkan keadaan kesihatan kita, termasuk ubat lain yang sedang diambil. Sebab itu, jawapan dalam chat tak boleh terus dijadikan alasan untuk ubah dos. 💊

Rasa ubat terlalu kuat? Ada kesan sampingan? Atau rasa dah sihat dan nak berhenti?

Bawa persoalan itu kepada doktor atau ahli farmasi. Beritahu apa yang anda alami supaya rawatan boleh disemak.

✅ Baca dan ikut arahan pada label ubat.
✅ Semak dahulu sebelum tambah, kurangkan atau hentikan ubat.
✅ Gunakan AI untuk bantu susun soalan yang nak ditanya ketika konsultasi.

Prompt boleh edit berkali-kali. Dos ubat, bincang dengan doktor dulu. 😉

Satu hayunan. Kesannya boleh seumur hidup. 🏑Layan KUDRAT, ambil pengajarannya. Kemarahan sekejap boleh meninggalkan kesa...
29/10/2026

Satu hayunan. Kesannya boleh seumur hidup. 🏑

Layan KUDRAT, ambil pengajarannya. Kemarahan sekejap boleh meninggalkan kesan yang panjang kepada mangsa dan keluarga.

Kayu hoki untuk padang. Bukan untuk kepala.

Hentakan di kepala perlu diambil serius. Dapatkan bantuan kecemasan jika selepas hentakan, mangsa:

🚨 Sukar dikejutkan atau tidak sedarkan diri
🚨 Mengalami sawan
🚨 Tiba-tiba lemah atau kebas anggota badan

Hubungi 999 segera. Jangan tunggu keadaan bertambah teruk.

Gunakan kudrat untuk melindungi, bukan menyakiti. 🤝

Siapa tekan butang HD ni? 😍☀️Sebelum ni pandang jauh, semuanya macam pakai filter kabur. Bila pemandangan dah jelas semu...
27/10/2026

Siapa tekan butang HD ni? 😍☀️

Sebelum ni pandang jauh, semuanya macam pakai filter kabur. Bila pemandangan dah jelas semula, rasa nak ambil gambar banyak-banyak p**a! 😂📸

Harap kekal cantik macam ni. Rindu nak tengok langit tanpa selubung jerebu.

Dekat tempat korang dah clear juga ke? Belanja satu gambar pemandangan hari ni kat komen! 👇

Baru dua suap aiskrim… tangan dah naik pegang dahi. 😖🍦Pernah kena?Itulah BRAIN FREEZE! Rasa sakit mencucuk yang boleh da...
23/10/2026

Baru dua suap aiskrim… tangan dah naik pegang dahi. 😖🍦

Pernah kena?

Itulah BRAIN FREEZE! Rasa sakit mencucuk yang boleh datang apabila makanan atau minuman sangat sejuk menyentuh lelangit atau belakang tekak.

Pencetusnya dekat mulut, tapi sakit boleh terasa dekat dahi. Air kisar dan minuman berais pun boleh mencetuskannya! 🥶

Kalau terkena, cuba:
🍦 Berhenti makan atau minum yang sejuk sekejap.
👅 Tekapkan lidah pada lelangit untuk menghangatkannya.
💧 Minum sedikit air suhu bilik.

Biasanya reda sendiri dalam beberapa saat hingga beberapa minit.

Aiskrim tak lari. Tak perlu makan macam ada orang nak rampas. 😂

Kalau kami buka cawangan baru kat sini… korang berani datang tak? 😂🚗 “Naik je, janji dapat jumpa doktor!”📞 “Doktor… bole...
22/10/2026

Kalau kami buka cawangan baru kat sini… korang berani datang tak? 😂

🚗 “Naik je, janji dapat jumpa doktor!”
📞 “Doktor… boleh turun kejap?” 😭

Korang geng mana? 👇

Sos cili tu… takkan nugget je dapat merasa? Ayam panggang pun nak join sekali! 😂🌶️Siapa kata bila jaga makan, semua kena...
20/10/2026

Sos cili tu… takkan nugget je dapat merasa? Ayam panggang pun nak join sekali! 😂🌶️

Siapa kata bila jaga makan, semua kena rebus kosong sampai hilang mood nak makan?

Ayam panggang, nasi dan sayur macam dalam gambar ni pun boleh tambah sedikit sos kegemaran. Ada rasa, ada selera. 😋

Menu sihat tak semestinya tawar. Hidangan seimbang tetap boleh sedap dan kena dengan tekak kita.

Korang p**a, team cicah tepi atau tuang atas lauk? 👀👇

🕋 BAKAL JEMAAH HAJI, DAH BUAT PEMERIKSAAN KESIHATAN? Persediaan Haji bukan sekadar passport, pakaian dan kelengkapan.Pem...
20/10/2026

🕋 BAKAL JEMAAH HAJI, DAH BUAT PEMERIKSAAN KESIHATAN?
Persediaan Haji bukan sekadar passport, pakaian dan kelengkapan.
Pemeriksaan kesihatan pun kena WAJIB kena buat juga.


Di Poliklinik My Dr Kluang,
kami sediakan Medical Check-Up Haji untuk bantu bakal jemaah membuat pemeriksaan kesihatan sebelum berangkat menunaikan ibadah.

Pakej merangkumi:
✅ Pemeriksaan jantung
✅ Pemeriksaan gula
✅ Pemeriksaan darah
✅ Pemeriksaan tekanan darah
✅ Konsultasi bersama doktor

💙 Semua ni hanya RM300 sahaja

Tekan button WhatsApp dan tempah slot pemeriksaan anda sekarang. 👇👇👇

📍 Poliklinik My Dr Batu 4
https://medicalcheckupwajibhaji1.wasap.my

📍 Poliklinik My Dr Bandar Kluang
https://medicalcheckupwajibhaji2.wasap.my

BATUK TAK HENTI-HENTI? NORMAL KE?Kadang-kadang kita fikir,“Alah, batuk biasa je…”Tapi bila dah berpanjangan, mula rasa s...
19/10/2026

BATUK TAK HENTI-HENTI? NORMAL KE?

Kadang-kadang kita fikir,

“Alah, batuk biasa je…”

Tapi bila dah berpanjangan, mula rasa sesak nafas, cepat penat atau dada rasa tak selesa..

Jangan sekadar teka puncanya.

Ada keadaan di mana doktor mungkin mencadangkan X-ray dada untuk membantu melihat keadaan paru-paru dengan lebih jelas dan menilai apa yang sedang berlaku.

X-ray boleh bantu doktor dapatkan gambaran yang lebih baik sebelum menentukan langkah seterusnya.

Kalau anda sedang alami:

✅ Batuk yang berpanjangan
✅ Sesak nafas
✅ Simptom pernafasan yang tak reda

Boleh datang untuk pemeriksaan dan dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

🟢 Nak tanya mengenai pemeriksaan X-ray?

Klik WHATSAPP di bawah sekarang. 👇
📍 Batu 4: wasap.my/60138836903
📍 Bandar Kluang: wasap.my/60139666903

“Sikit je gula.”Pagi, tengah hari, petang… semua sikit je. 🧋😂Pagi teh tarik satu.Tengah hari air balang satu.Petang kopi...
18/10/2026

“Sikit je gula.”
Pagi, tengah hari, petang… semua sikit je. 🧋😂

Pagi teh tarik satu.
Tengah hari air balang satu.
Petang kopi susu satu.

Masing-masing “satu je”. Campur sehari, belum tentu sikit. 👀

Dalam badan, gula daripada minuman tadi diproses dan diserap ke dalam darah. Glukosa kemudian digunakan oleh sel untuk tenaga.

Tapi badan ada “bajet” tenaga sendiri.

Kalau kalori yang masuk selalu melebihi keperluan, lemak badan boleh bertambah. Kerap minum manis juga dikaitkan dengan peningkatan risiko diabetes jenis 2 dan gigi berlubang.

Cuba tukar sikit skrip masa order:
“Kurang manis ya. Saiz kecil pun cukup.” 😌

Lepas tu, bagi air kosong peluang jadi pilihan utama. 💧

Teh ais, kopi atau boba… yang mana paling susah korang nak minta kurang manis?

“Tak dapat jogging hari ni, jerebu.”“Oh, kalau macam tu… ni mop.” 😂Haa, mengemop pun dikira aktiviti fizikal tau. Otot b...
17/10/2026

“Tak dapat jogging hari ni, jerebu.”
“Oh, kalau macam tu… ni mop.” 😂

Haa, mengemop pun dikira aktiviti fizikal tau. Otot bekerja, badan pun menggunakan tenaga. Sebab tu kerja rumah pun boleh buat kita penat 😆

Nak tambah gerak? Jalan setempat sambil layan drama, menari ikut dua tiga lagu atau cuba tekan tubi di dinding. Buat sikit-sikit ikut kemampuan.

Cuma ingat, bawah bumbung belum tentu udara bersih. Porch masih terdedah kepada udara luar, jadi pilih ruang dalaman yang udaranya bersih ketika berjerebu.

Rumah bersih, badan bergerak. Sekali jalan 💪

Address

No. 2 Jalan Kampung Tengah 2, Taman Fajar Jaya
Kluang
86000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Poliklinik My Dr Kluang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Poliklinik My Dr Kluang:

Shortcuts

Share

Nearby health & beauty businesses