Wellness Hub Kelantan

Directions Contact the business

Wellness Hub Kelantan Ia merupakan satu inisiatif Kementerian Kesihatan Malaysia.

PENGENALAN

Program I Fit and Eat Right (IFitEr) adalah penjenamaan baharu bagi program intervensi pengurusan berat badan di Pusat Promosi Kesihatan Komuniti (PPKK) dan setting komuniti.

03/11/2026

𝐏𝐄𝐍𝐂𝐄𝐆𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐃𝐈𝐏𝐄𝐑𝐊𝐀𝐒𝐀, 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐉𝐀𝐇𝐓𝐄𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀

YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan, menegaskan bahawa pendekatan mengutamakan pencegahan perlu disokong oleh tindakan berkesan dan hasil yang nyata.

Kejayaan program pengurusan berat badan di Wellness Hub, pemerkasaan kesihatan mental melalui K-MindSet, pelaksanaan inisiatif komuniti MyCHAMPION serta kerjasama strategik bersama pelbagai agensi dan sektor swasta membuktikan kepentingan penglibatan semua pihak dalam membudayakan gaya hidup sihat.

Pendekatan seluruh negara (whole-of-nation) ini merupakan asas penting dalam membina masyarakat yang lebih sihat dan sejahtera.

03/11/2026

𝐃𝐀𝐑𝐈𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐌𝐄𝐑𝐀𝐖𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐊𝐈𝐓 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐌𝐄𝐌𝐁𝐔𝐃𝐀𝐘𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐉𝐀𝐇𝐓𝐄𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐒𝐈𝐇𝐀𝐓𝐀𝐍

YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan, menegaskan bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terus beralih kepada pendekatan penjagaan kesihatan yang lebih menyeluruh dengan memberi penekanan kepada aspek pencegahan dan kesejahteraan, bukan sekadar rawatan penyakit.

Sehubungan itu, Wellness Hub dibangunkan sebagai pusat rujukan kesejahteraan komuniti yang menyediakan pelbagai perkhidmatan dan kemudahan bagi menggalakkan masyarakat mengamalkan gaya hidup sihat, mencegah penyakit serta mengambil langkah proaktif dalam menjaga kesihatan diri.

Pendekatan ini mencerminkan komitmen KKM untuk memperkasa kesedaran dan penglibatan masyarakat dalam membudayakan amalan hidup sihat demi kesejahteraan bersama.

02/11/2026
SESI INTERVENSI PENGURUSAN BERAT BADAN IFITER (I FIT & EAT RIGHT) 2026 💪📅 22 September 2026⏰ 9 pagi📍 Wellness Hub Kelant...
22/09/2026

SESI INTERVENSI PENGURUSAN BERAT BADAN IFITER (I FIT & EAT RIGHT) 2026 💪

📅 22 September 2026
⏰ 9 pagi
📍 Wellness Hub Kelantan

Sesi IFitEr minggu ini diteruskan lagi bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kelantan di Wellness Hub Kelantan.

Latihan minggu ini adalah para peserta melakukan aktiviti ''circuit training' berasaskan tabata 20/10. Tabata 20/10 bermaksud 20 saat melakukan aktiviti dan 10 saat rehat, biasanya diulang beberapa pusingan.

Kelebihan melakukan aktiviti ini:

📌 Meningkatkan kecergasan kardiovaskular
📌 Melatih kekuatan dan ketahanan otot
📌 Menjimatkan masa untuk bersenam
📌 Aktiviti boleh diubah mengikut tahap kecergasan

Ayuh kekal aktif untuk kecergasan dan kesihatan bersama ❤️




AKTIVITI SENAMAN BERSAMA WARGA EMAS 👵🏻👴🏻💪🏻❤️📆 21 September 2026🕙 10.00 pagi📍 Wellness Hub KelantanWellness Hub Kelantan ...
22/09/2026

AKTIVITI SENAMAN BERSAMA WARGA EMAS 👵🏻👴🏻💪🏻❤️

📆 21 September 2026
🕙 10.00 pagi
📍 Wellness Hub Kelantan

Wellness Hub Kelantan telah menjalankan aktiviti senaman bersama warga emas dalam suasana yang santai, ceria dan penuh semangat.

Aktiviti dilakukan secara berkumpulan dengan latihan yang mudah, ringan dan sesuai mengikut kemampuan peserta. Antaranya melibatkan pergerakan badan, latihan mobiliti, koordinasi dan aktiviti fizikal ringkas yang boleh membantu mengekalkan keupayaan tubuh untuk melakukan aktiviti harian.

🚶🏻‍♀️ KENAPA SENAMAN PENTING UNTUK WARGA EMAS?

Kekal aktif membantu warga emas mengekalkan kekuatan otot, keseimbangan, fleksibiliti dan pergerakan tubuh. Perkara ini penting supaya aktiviti harian seperti berjalan, bangun dan duduk, mengambil barang serta bergerak dari satu tempat ke tempat lain dapat dilakukan dengan lebih mudah dan yakin.

⚠️ APA YANG BOLEH BERLAKU JIKA KURANG AKTIF?

Apabila seseorang semakin berusia dan kurang melakukan aktiviti fizikal, kekuatan otot dan tahap kecergasan boleh menurun. Pergerakan juga boleh menjadi semakin terbatas dan aktiviti harian mungkin terasa lebih mencabar. Oleh itu, kekal bergerak mengikut kemampuan adalah salah satu langkah penting untuk menyokong kesihatan dan kualiti hidup.

🌟 TAK PERLU SENAMAN YANG SUSAH, YANG PENTING, TERUS BERGERAK!

Mulakan dengan pergerakan mudah, lakukan secara konsisten dan bersenam bersama-sama. Aktiviti berkumpulan bukan sahaja menyihatkan tubuh, malah mewujudkan suasana yang lebih ceria, meningkatkan semangat dan mengeratkan hubungan sesama komuniti ❤️

Jom kekal aktif, kekal bergerak dan kekal sihat walau di usia lanjut!






AKTIVITI SENAMAN MINGGUAN BERSAMA KOMUNITI 🏃🏻🏋🏻📆 21/09/2026🕗 8.30 pagi📍Wellness Hub Kelantan Sesi latihan minggu ini dit...
22/09/2026

AKTIVITI SENAMAN MINGGUAN BERSAMA KOMUNITI 🏃🏻🏋🏻

📆 21/09/2026
🕗 8.30 pagi
📍Wellness Hub Kelantan

Sesi latihan minggu ini diteruskan lagi untuk memastikan komuniti Wellness Hub Kelantan sentiasa aktif. Peserta melakukan beberapa stesen senaman secara bergilir dengan konsep Tabata yang menggabungkan tempoh aktiviti berintensiti tinggi dan rehat pendek. Aktiviti ini bukan sahaja mencabar kekuatan dan ketahanan diri tetapi turut menguji stamina 💪🏻🔥

Bersenam bersama komuniti menjadikan aktiviti lebih seronok dan bermotivasi. Sokongan daripada rakan-rakan juga boleh membantu kita lebih konsisten untuk kekal aktif dan mengamalkan gaya hidup sihat 🤝🏻❤️

Luangkan sedikit masa untuk diri sendiri. Mulakan dengan langkah kecil, bergerak bersama komuniti dan jadikan senaman sebagai sebahagian daripada rutin harian anda!

Jom sihat, cergas dan kuat bersama ✨




SESI INTERVENSI PENGURUSAN BERAT BADAN IFITER (I FIT & EAT RIGHT) 2026 💪📅 15 September 2026⏰ 9 pagi📍 Wellness Hub Kelant...
16/09/2026

SESI INTERVENSI PENGURUSAN BERAT BADAN IFITER (I FIT & EAT RIGHT) 2026 💪

📅 15 September 2026
⏰ 9 pagi
📍 Wellness Hub Kelantan

Sesi IFitEr minggu ini diteruskan lagi bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kelantan di Wellness Hub Kelantan.

Latihan minggu ini adalah para peserta melakukan aktiviti berjalan kaki selama 40 minit. Antara manfaat aktiviti ini adalah:

📌 Meningkatkan kesihatan jantung
📌 Membantu membakar kalori
📌 Mengurangkan stres
📌 Meningkatkan kualiti tidur

Ayuh kekal aktif untuk kecergasan dan kesihatan bersama ❤️




💪 SESI LATIHAN BERSAMA KOMUNITI (WARGA EMAS) 💪Wellness Hub Kelantan kembali meriah dengan sesi latihan bersama komuniti ...
16/09/2026

💪 SESI LATIHAN BERSAMA KOMUNITI (WARGA EMAS) 💪

Wellness Hub Kelantan kembali meriah dengan sesi latihan bersama komuniti warga emas! 👴👵✨

Latihan minggu ini diteruskan dengan senaman ringan yang memfokuskan kepada kekuatan dan kestabilan untuk warga emas supaya dapat menjalani kehidupan harian dengan aktif.

Antara aktiviti yang dilaksanakan seperti wall push-ups, sit-to-stand, dan farmer's walk.

Usia bukan satu halangan untuk kekal aktif! Yang penting, sentiasa bergerak mengikut kemampuan dan dilakukan secara konsisten. 💪😊

📅 Tarikh: 14/09/2026
⏰ Masa: 10.00 pagi
📍 Tempat: Wellness Hub Kelantan

Jom kekal aktif, sihat dan bertenaga bersama! 🌟






SESI INTERVENSI PENGURUSAN BERAT BADAN IFITER (I FIT & EAT RIGHT) 2026 💪📅 13 September 2026⏰ 3.30 petang📍 Pejabat Perkes...
16/09/2026

SESI INTERVENSI PENGURUSAN BERAT BADAN IFITER (I FIT & EAT RIGHT) 2026 💪

📅 13 September 2026
⏰ 3.30 petang
📍 Pejabat Perkeso Negeri Kelantan

Sesi IFitEr minggu ini diteruskan lagi bersama Pejabat Perkeso Negeri Kelantan.

Peserta didedahkan dengan senaman berintensiti tinggi iaitu aktiviti tabata menggunakan berat badan oleh jurulatih. Antara aktiviti adalah:

📌 Squats
📌 Lunges
📌 Extended Plank
📌 Shoulder Tap
📌 Crunches

Walaubagaimanpun, dalam setiap aktiviti fizikal yang dilakukan tidak boleh dilupakan sesi pemanasan badan (warming up) menggunakan getah elastik (resistance band) dan penyejukan badan (cooling down).




SESI INTERVENSI PENGURUSAN BERAT BADAN IFITER (I FIT & EAT RIGHT) 2026 💪📅 18 Ogos 2026⏰ 9 pagi📍 Wellness Hub KelantanSes...
18/08/2026

SESI INTERVENSI PENGURUSAN BERAT BADAN IFITER (I FIT & EAT RIGHT) 2026 💪

📅 18 Ogos 2026
⏰ 9 pagi
📍 Wellness Hub Kelantan

Sesi IFitEr minggu ini diteruskan lagi bersama Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Kelantan di Wellness Hub Kelantan.

Peserta didedahkan dengan senaman berintensiti tinggi iaitu aktiviti tabata oleh jurulatih. Walaubagaimanpun, dalam setiap aktiviti fizikal yang dilakukan tidak boleh dilupakan sesi pemanasan badan (warming up) dan penyejukan badan (cooling down).




Address

Cawangan Pendidikan Kesihatan JKN
Kota Bharu
16100

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 16:00
Sunday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Wellness Hub Kelantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Wellness Hub Kelantan:

Shortcuts

Share

Nearby health & beauty businesses