02/09/2026
💙 𝐒𝐄𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈-𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐀𝐓 𝐎𝐙𝐄𝐋 𝐉𝐄𝐖𝐄𝐋𝐋𝐄𝐑𝐘 (𝐌) 𝐒𝐃𝐍. 𝐁𝐇𝐃. 💙
Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Ozel Jewellery (M) Sdn. Bhd. atas sumbangan lampin pakai buang dewasa kepada pihak hospital.
Sumbangan ini amat bermakna dalam membantu memenuhi keperluan pesakit serta menyokong kelancaran penyampaian perkhidmatan di HRPZ II. Semoga keprihatinan dan kemurahan hati pihak Ozel Jewellery (M) Sdn. Bhd. terus menjadi inspirasi kepada lebih banyak pihak untuk bersama-sama menyumbang kepada kesejahteraan pesakit dan komuniti.
Turut hadir dalam sesi penyerahan sumbangan ialah YBrs. Dr. Aminah Rusmin binti Mohamad Ghazali, Timbalan Pengarah Perubatan II, dan YBrs. Dr. Norhana binti Mohamed Fadzil, Timbalan Pengarah Perubatan III, Penyelia Jururawat HRPZ II serta wakil daripada Ozel Jewellery (M) Sdn. Bhd.
Terima kasih atas keprihatinan dan sokongan yang diberikan kepada HRPZ II. 🤍