Poliklinik As-Shifa

Call Directions Website Contact the business

Poliklinik As-Shifa Poliklinik As-shifa KKIP SEPANGGAR, Klinik Near me Kota Kinabalu Sabah

🧠 BUKAN SEKADAR SAKIT KEPALA! KENALI MIGRAIN.Pernah rasa sakit kepala berdenyut-denyut, rasa loya, atau terlalu sensitif...
31/10/2026

🧠 BUKAN SEKADAR SAKIT KEPALA! KENALI MIGRAIN.
Pernah rasa sakit kepala berdenyut-denyut, rasa loya, atau terlalu sensitif terhadap cahaya dan bunyi? Jangan anggap semua sakit kepala adalah perkara biasa.

Migrain ialah sejenis gangguan sakit kepala yang boleh menyebabkan kesakitan sederhana hingga teruk, selalunya berdenyut dan kadangkala berlaku pada sebelah kepala. Serangan migrain juga boleh mengganggu rutin harian, pekerjaan dan kualiti hidup.

🔎 Kenali tanda-tanda migrain:
🔹 Sakit kepala berdenyut, biasanya pada sebelah kepala.
🔹 Loya atau muntah.
🔹 Sensitif terhadap cahaya.
🔹 Sensitif terhadap bunyi.
🔹 Sesetengah individu mengalami gangguan penglihatan atau aura.

⚠️ Apa yang boleh mencetuskan migrain?
Antaranya:
• Tekanan atau stres.
• Kurang tidur atau waktu tidur tidak teratur.
• Makanan tertentu.
• Perubahan hormon.
• Kafein berlebihan.
• Bau yang kuat.
• Perubahan cuaca.

💚 Bagaimana mengurangkan risiko migrain?
✅ Amalkan waktu tidur yang konsisten.
✅ Minum air secukupnya.
✅ Bersenam secara berkala.
✅ Uruskan stres dengan baik.
✅ Kenal pasti dan elakkan pencetus migrain.
✅ Amalkan pemakanan yang seimbang.

BILA PERLU BERJUMPA DOKTOR?
Jika sakit kepala berlaku berulang kali, semakin kerap, mengganggu aktiviti harian atau tidak berkesan dengan ubat tahan sakit, dapatkan pemeriksaan doktor.

🚨 Jika mengalami sakit kepala yang sangat teruk secara tiba-tiba, kelemahan anggota badan, kekeliruan atau gangguan pertuturan, dapatkan rawatan kecemasan segera.

Jangan biasakan diri menahan sakit. Kenali simptom dan dapatkan pemeriksaan yang sewajarnya.
📍 POLIKLINIK AS-SHIFA
Pusat Komersial Politeknik Phase 4 Blok B3, Jalan Politeknik, Sepanggar, Kota Kinabalu, Sabah.

📲 WhatsApp: 016 611 7118
☎️ Telefon: 088 402 061
Poliklinik As-Shifa – Kesihatan Anda, Keutamaan Kami

28/10/2026

Jangan terkejut kalau ada yang masih keliru🤭 sebagai masyarakat yang berbilang bangsa, ada beberapa perkataan yg kita pandai terbingung. High blood pressure = Darah Tinggi = Hypertension. 3 istilah berbeza tapi merujuk kepada keadaan kesihatan yg sama😊 Cuba tanya suami, isteri, ibu, ayah, atok, nenek dan orang sekeliling kamu, adakah mereka tahu bahawa high blood pressure bermaksud darah tinggi? Jika ada mahu check kesihatan, Klinik Near Me KKIP Sepanggar Kota Kinabalu Sabah ada menyediakan (Politeknik Commercial Centre KKIP)
1. Audiometri
2. Ohd
3. Nebulizer
4. Pemeriksaan Bayi/ kanak2
4. Pemeriksaan Bayi/ kanak2
5. Saringan Kesihatan Pekerja/ Pelajar/ lain2
6. Pembedahan kecil
7. Rawatan ke rumah
8. Medical check up
9. Vaksin Imunisasi Bayi/ dewasa
10. Pemeriksaan lepas bersalin
Perancang keluarga
11. Sunat bayi perempuan
12. Scan ultra sound
13. Ecg
14. Pap smear
15. Ujian segera jaundice, gula, fbc, kencing, kolestrol
16. Ujian makmal
17. Rapid test kit Hiv/ dengue
18. Etc
Waktu operasi setiap hari
8 pagi - 9 malam
📍𝗟𝗼𝗸𝗮𝘀𝗶 𝗞𝗹𝗶𝗻𝗶𝗸
📍POLIKLINIK AS-SHIFA https://g.co/kgs/Z9aLfb
Sebarang pertanyaan, klik sini 👇
📲 https://wa.me/60166117118
☎ 088 402 061

💚 SEMBANG SANTAI KESIHATAN BERSAMA AS-SHIFA!🩺Jom borak santai dan tambah ilmu kesihatan bersama kami! 💬✨📅 Hari ini, Rabu...
28/10/2026

💚 SEMBANG SANTAI KESIHATAN BERSAMA AS-SHIFA!🩺
Jom borak santai dan tambah ilmu kesihatan bersama kami! 💬✨

📅 Hari ini, Rabu | 28 Oktober 2026
⏰ 12.30 PM – 1.30 PM
📱 LIVE DI T1KT0K SAHAJA!

Ada soalan tentang kesihatan? Jom masuk LIVE, kongsi persoalan dan sembang bersama kami! 🥰
📲 Jumpa anda di TikTok Poliklinik As-Shifa!

27/10/2026

Bila patient regular datang, macam bercerita dengan kawan lama. Kalau kamu ada maw check, datang saja sini Poliklinik As-Shifa, jangan malu2🤭 Kesihatan Anda, Keutamaan Kami💚 Klinik Near Me KKIP Sepanggar Kota Kinabalu Sabah (Politeknik Commercial Centre KKIP)
1. Audiometri
2. Ohd
3. Nebulizer
4. Pemeriksaan Bayi/ kanak2
4. Pemeriksaan Bayi/ kanak2
5. Saringan Kesihatan Pekerja/ Pelajar/ lain2
6. Pembedahan kecil
7. Rawatan ke rumah
8. Medical check up
9. Vaksin Imunisasi Bayi/ dewasa
10. Pemeriksaan lepas bersalin
Perancang keluarga
11. Sunàt bayi perempuan
12. Scan ultra sound
13. Ecg
14. Pap smear
15. Ujian segera jaundice, gula, fbc, kencing, kolestrol
16. Ujian makmal
17. Rapid test kit Hiv/ dengue
18. Etc
Waktu operasi setiap hari
8 pagi - 9 malam
📍𝗟𝗼𝗸𝗮𝘀𝗶 𝗞𝗹𝗶𝗻𝗶𝗸
📍POLIKLINIK AS-SHIFA SEPANGGAR https://g.co/kgs/Z9aLfb
Sebarang pertanyaan, klik sini 👇
📲 https://wa.me/60166117118
☎ 088 402 061

💗 SEMBANG SANTAI KESIHATAN BERSAMA AS-SHIFA! 🩺Jom borak santai, kongsi info kesihatan & tanya soalan bersama kami! 💬📅 Ha...
27/10/2026

💗 SEMBANG SANTAI KESIHATAN BERSAMA AS-SHIFA! 🩺
Jom borak santai, kongsi info kesihatan & tanya soalan bersama kami! 💬

📅 Hari ini, Selasa | 27 Oktober 2026
🕧 Sesi 1: 12.30 PM – 1.30 PM
🌙 Sesi 2: 7.30 PM – 8.30 PM
📱 LIVE di TikTok sahaja!
Jangan lupa join LIVE kami. Jumpa anda nanti! 💚

Tahukah anda? Polio boleh menyebabkan kelumpuhan dan dalam kes serius, boleh menjejaskan otot pernafasan.Polio ialah pen...
27/10/2026

Tahukah anda? Polio boleh menyebabkan kelumpuhan dan dalam kes serius, boleh menjejaskan otot pernafasan.
Polio ialah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh virus poliovirus. Virus ini boleh menyerang sistem saraf dan menyebabkan komplikasi serius, terutama kepada kanak-kanak yang belum mendapat imunisasi lengkap.
🔎 Kenali simptom polio:
• Demam ringan
• Sakit kepala
• Loya dan muntah
• Sakit otot
• Dalam kes serius, boleh menyebabkan kelumpuhan
🦠 Bagaimana polio merebak?
Virus polio boleh merebak melalui makanan atau air yang tercemar dengan najis individu yang dijangkiti. Ia juga boleh merebak melalui sentuhan tangan atau permukaan yang tercemar.
👶 Siapa yang berisiko?
Kanak-kanak bawah 5 tahun, individu yang belum menerima vaksin polio lengkap serta mereka yang tinggal di kawasan dengan sanitasi kurang baik mempunyai risiko lebih tinggi.
💉 Pencegahan bermula dengan imunisasi. Pastikan anak mendapat vaksin polio mengikut jadual imunisasi yang disarankan.
Jangan tunggu sehingga komplikasi berlaku. Lindungi diri dan anak-anak dengan langkah pencegahan yang betul. Dapatkan imunisasi anak-anak di klinik atau hospital kerajaan Malaysia.
___________________
📍 Poliklinik As-Shifa
📲 WhatsApp: 016 611 7118
☎️ 088 402 061
📌 Pusat Komersial Politeknik Phase 4, Blok B3, Jalan Politeknik, Sepanggar, Kota Kinabalu, Sabah.

🧠 OKTOBER | BULAN KESIHATAN MENTAL SEDUNIAKesihatan mental sama penting dengan kesihatan fizikal. ❤️Kadang-kadang, kita ...
26/10/2026

🧠 OKTOBER | BULAN KESIHATAN MENTAL SEDUNIA
Kesihatan mental sama penting dengan kesihatan fizikal. ❤️
Kadang-kadang, kita terlalu sibuk menjaga orang lain sehingga terlupa menjaga diri sendiri.
Stres, keletihan emosi dan tekanan kehidupan seharian boleh mempengaruhi kesejahteraan mental kita.

🌿 Ingat, menjaga kesihatan mental bukan tanda kelemahan.
✨ Beri diri anda ruang untuk berehat.
✨ Luahkan perasaan kepada seseorang yang dipercayai.
✨ Jangan abaikan perubahan emosi yang berpanjangan.
✨ Dapatkan bantuan profesional jika anda memerlukannya.
💚 Jaga diri. Jaga emosi. Kesihatan mental anda penting.
______________________
📍 Poliklinik As-Shifa
📲 WhatsApp: 016 611 7118
☎️ 088 402 061
📌 Pusat Komersial Politeknik Phase 4, Blok B3, Jalan Politeknik, Sepanggar, Kota Kinabalu, Sabah.

🦴 OSTEOPOROSIS: TULANG RAPUH, TAPI TAK SEDAR?Tahukah anda? Osteoporosis ialah keadaan apabila tulang menjadi lemah, kura...
24/10/2026

🦴 OSTEOPOROSIS: TULANG RAPUH, TAPI TAK SEDAR?
Tahukah anda? Osteoporosis ialah keadaan apabila tulang menjadi lemah, kurang padat dan lebih mudah mengalami patah tulang. 🩻

Menariknya, osteoporosis boleh berlaku tanpa tanda awal yang jelas. Sebab itu penting untuk kita menjaga kesihatan tulang sejak muda, bukan hanya apabila sudah berusia.

💚 5 Cara Menjaga Kesihatan Tulang:
✅ Pastikan pengambilan kalsium mencukupi.
☀️ Dapatkan vitamin D yang mencukupi.
🚶‍♀️ Lakukan aktiviti fizikal secara berkala.
🥗 Amalkan pemakanan seimbang.
🚭 Elakkan merokok dan pengambilan alkohol berlebihan.
Jangan tunggu sehingga tulang menjadi rapuh untuk mula menjaganya!

Jika anda mempunyai faktor risiko osteoporosis atau ingin mengetahui lebih lanjut tentang kesihatan tulang, dapatkan nasihat doktor.
📍 Poliklinik As-Shifa
Pusat Komersial Politeknik Phase 4, Blok B3, Jalan Politeknik, Sepanggar, Kota Kinabalu, Sabah.
📲 WhatsApp: 016 611 7118
☎️ Telefon: 088 402 061

💚 PERIKSA. CEGAH. HIDUP LEBIH SIHAT.

💚 SEMBANG SANTAI KESIHATAN BERSAMA AS-SHIFA! 🩺Jom borak santai, kongsi info kesihatan & tanya soalan bersama kami! 😊📅 Ha...
23/10/2026

💚 SEMBANG SANTAI KESIHATAN BERSAMA AS-SHIFA! 🩺
Jom borak santai, kongsi info kesihatan & tanya soalan bersama kami! 😊
📅 Hari ini, Jumaat | 23 Oktober
⏰ 4.15 PM – 5.00 PM
📱 LIVE DI T1KT0k SAHAJA!
Jom join LIVE kami! 💚

23/10/2026

Kumpulan 30-an ke atas angkat tangan 🙋🏻‍♀️🤣 jaga kesihatan kamu aa, jangan kuat marah2 nanti tinggi däràh. Kalau ragu2 ada HB atau pun tidak, boleh buat medicàl check-up d Poliklinik As-Shifa, Sepanggar. Wasabiyy saja di 016.. 611.. 7118 untuk maklumat lanjut.

Address

LOT 18, GROUND FLOOR, BLOK B3, POLYTECHNIC COMMERCIAL CENTRE, Jalan POLITEKNIK, SEPANGGAR,, KOTA KINABALU
Kota Kinabalu
88460

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Poliklinik As-Shifa posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Poliklinik As-Shifa:

Shortcuts

Share

Nearby health & beauty businesses