Dr Suhazeli Abdullah

Call Directions Website

Dr Suhazeli Abdullah Family Medicine Specialist, Charity Activist: Warga Cakna, Aid4Palestine, Book Writers, MedTweetMY, Papisma, MedicalMythBusters Malaysia, MMC

Peristiwa malam tadi. Menjadi kenangan seumur hidup. Entah bila p**a akan dijemput untuk menghadap Tuanku?Semoga Tuanku ...
07/09/2026

Peristiwa malam tadi. Menjadi kenangan seumur hidup. Entah bila p**a akan dijemput untuk menghadap Tuanku?

Semoga Tuanku dan kaum kerabat diberikan kesihatan, umur berpanjangan dan keberkatan dari Ilahi.

Menjunjung Kasih Tuanku.
06/09/2026

Menjunjung Kasih Tuanku.

Menarik kajian ini. Kajian bernama TAME (Targeting Aging with Metformin). Ini merupakan ujian fasa 3 terbesar yang direk...
04/09/2026

Menarik kajian ini. Kajian bernama TAME (Targeting Aging with Metformin). Ini merupakan ujian fasa 3 terbesar yang direka khas untuk menilai keupayaan metformin (salah satu ubat utama Kencing manis) dalam melambatkan penyakit berkaitan penuaan, termasuk penurunan kognitif dan demensia pada individu tanpa diabetes (khususnya pra-diabetes).

Kajian sama dikembangkan dalam TAME-AD / Ujian Khusus Alzheimer Disease. Juga ujian fasa 3 yang memfokuskan kepada pesakit berisiko tinggi atau yang mengalami masalah ingatan peringkat awal (Mild Cognitive Impairment) bagi mengesahkan secara langsung sama ada ubat ini boleh diluluskan sebagai rawatan pencegahan demensia.

Hasil kajian mendapati berlaku Pengurangan Risiko Relatif: Penurunan daripada ~4.2% kepada 1.9% bermaksud risiko relatif berkurang hampir separuh (kira-kira 45–50%).

Namun ianya masih lagi tidak boleh diangkat sebagai ubat mencegah nyanyuk. Metformin masih kekal sebagai ubat khusus untuk rawatan kencing manis (Diabetes Jenis 2). Walaupun potensi pencegahan demensia ini amat memberangsangkan, ujian klinikal fasa seterusnya masih dijalankan untuk mengesahkan kesan langsungnya ke atas pesakit tanpa diabetes.

Kes lesb dalam negara tak lah banyak di laporkan. Tetapi kaedah normalisasikan maksiat ini terangkum dalam istilah Elgib...
02/09/2026

Kes lesb dalam negara tak lah banyak di laporkan. Tetapi kaedah normalisasikan maksiat ini terangkum dalam istilah Elgibiti! L itu adalah Lesb.

Sebelum ini negara digemparkan dengan isu MSM yang bercambah setiap tahun. WSW (geng Lesb) jarang p**ak kedengaran.

Percayalah apabila adanya tayangan movie seperti ini, ianya contagious..

Dari sudut kesihatan teramatlah jarang jangkitan HIV. Tetapi Jangkitan Bawaan Seksual (STI) lain masih boleh dijangkiti, seperti:
Human Papillomavirus (HPV)
Herpes Simplex Virus (HSV)
Bacterial Vaginosis (BV)
Trichomoniasis

Tindakan tegas amat-amat diperlukan sebelum klinik kesihatan kita dipenuhi p**ak golongan ni?

Alhamdulillah, selamat diijabkabulkan.
30/08/2026

Alhamdulillah, selamat diijabkabulkan.

Welcome to Kota Bharu!
29/08/2026

Welcome to Kota Bharu!

Fikiran manusia kerap "terperangkap" dalam tiga masa. 🔹 Masa Lampau menyebabkan berlakunya Kemurungan (Depression): Fiki...
24/07/2026

Fikiran manusia kerap "terperangkap" dalam tiga masa.

🔹 Masa Lampau menyebabkan berlakunya Kemurungan (Depression): Fikiran terikat pada perkara yang sudah berlaku. Fikiran asyik mengulang-ulang penyesalan, kegagalan, kesilapan, atau perkara yang sepatutnya dibuat berbeza. Masa lampau tidak boleh diubah, ia membawa rasa sedih, lelah, dan kesal yang mendalam.

🔹 Masa Kini (Stress): Beban realiti sewaktu hidup hari ini. Urusan kewangan, tekanan kerja, hubungan rakan sejawat tidak mesra, dan tanggungjawab yang bertimbun-timbun mewujudkan tekanan (burnout) apabila rasa seperti tidak mampu menanggung semuanya serentak.

🔹 Masa Depan yang menyebabkan kita rungsing dan rimas (Anxiety): Fikiran melompat ke hadapan untuk cuba menjangka atau mengawal perkara yang belum berlaku. Ketidakpastian (uncertainty) terutama jaminan pekerjaan membuatkan otak membayangkan senario terburuk, lalu mencetuskan rasa cemas dan gelisah.

Bagaimana Keluar dari Perangkap Ini?

Garis panduan utama untuk mengurangkan beban fikiran ini ialah dengan menarik diri anda kembali ke "Langkah Hari Ini":

1️⃣ Lepaskan Masa Lampau: Masa lampau adalah data, bukan hukuman. Ia pengajaran untuk hari ini, bukan penentu siapa anda selamanya. Laungkan dengan kuat-kuatnya... lepaskan! Lepaskan! Lepaskan! Agar fizikal, mental dan spiritual kita betul-betul melepaskan peristiwa lampau yang kita tidak boleh buat apa-apa dah.

2️⃣ Kecilkan Skala Masa Depan: Jangan cuba selesaikan masalah 5 tahun akan datang pada hari ini. Fokus hanya pada 24 jam akan datang sahaja. Buat jadual perancangan yang jelas dan berobjektif. Bukannya berangan-angan perkara yang diluar jangkaan fikiran.

3️⃣ Praktikkan Mindfulness / Grounding (Masa Kini): Apabila fikiran mula melayang ke depan atau belakang, gunakan teknik berasaskan pancaindera untuk kembali ke waktu sekarang. Tumpukan pusat pemikiran kepada apa yang anda boleh lihat, sentuh, dan dengar pada saat ini.

"Anda tidak boleh mengubah semalam, dan anda tidak boleh mengawal sepenuhnya esok. Satu-satunya tempat anda mempunyai kuasa untuk bertindak adalah sekarang."

TAK HABIS-HABIS DAKYAH STATIN. Dunia perubatan hari ini berdepan cabaran unik. Di satu sisi, kita mempunyai kemajuan sai...
20/07/2026

TAK HABIS-HABIS DAKYAH STATIN.

Dunia perubatan hari ini berdepan cabaran unik. Di satu sisi, kita mempunyai kemajuan sains berasaskan bukti (Evidence-Based Medicine); di sisi lain, kita diasak dengan igauan naratif "anti-statin" yang ditabur di media sosial. Wujud segelintir individu yang menakut-nakutkan pesakit, malah ada yang tergamak mengesyorkan ubat statin dihentikan secara melulu. Melucukan juga apabila ianya dipelopori oleh doktor-doktor perubatan. Sebahagian kecil sahaja yang bermazhab kiri atas pelbagai faktor, terutama sekali nak jual produk sendiri atau dapat keuntungan melalui jalankan seminar!

Sebagai pengamal perubatan yang sekian lama berkecimpung dalam dunia perawatan pesakit, jawapan saya tegas: Dakwaan bahawa doktor perubatan atau pakar kardiologi melarang penggunaan statin adalah mitos dan tidak berasaskan fakta. Bahkan majoriti rakan perubatan dalam bidang kardiologi sendiri mengesyorkan pengambilan statin apabila diperlukan.

Berikut beberapa dapatan kajian saintifik untuk difikirkan bersama.

1️⃣ Garis Panduan Rasmi di Malaysia
Di negara kita, garis panduan Clinical Practice Guidelines (CPG) Pengurusan Dislipidemia (Masalah lemak dalam darah) yang disusun oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Akademi Perubatan Malaysia (AMM), dan Pertubuhan Jantung Kebangsaan (NHAM). Ribuan pakar yang menyediakan CPG tersebut secara sebulat suara meletakkan ubat statin sebagai terapi pilihan utama (first-line therapy) untuk menurunkan kolesterol dan mengelakkan serangan jantung serta strok.

Bagi pesakit berisiko sangat tinggi (contohnya pernah serangan jantung atau ada kencing manis), sasaran LDL diturunkan sehingga bawah 1.8 mmol/L. Penurunan drastik ini mustahil dicapai tanpa ubat statin.

2️⃣ Kajian Global

Kita merawat pesakit berasaskan ribuan data, bukan sentimen emosi atau fikiran perseorangan:

🔹Impak Penurunan Risiko (Kajian CTT Collaboration): Meta-analisis melibatkan lebih 170,000 pesakit dalam 26 ujian klinikal kawalan bersistem (RCT) membuktikan bahawa setiap penurunan 1.0 mmol/L kolesterol LDL oleh statin mengurangkan risiko kejadian kardiovaskular utama (serangan jantung, strok, dan pembedahan pintasan jantung) sebanyak 20% hingga 22%.

🔹Kesan Sampingan Sakit Urat (Otot): Naratif yang selalu dicanag bahawa statin "merosakkan organ", penyebab penyakit otot tegar (myopathy) akibat statin hanya berlaku sekitar 0.1% hingga 0.2% sahaja (1 dalam 1,000 pesakit). Aduan lenguh otot yang bersepah di internet kebanyakannya adalah kesan nocebo. Apa tu? Iaitu gejala psikologi akibat terpengaruh dengan momokan palsu.

🔹Kesan Pleiotropik Statin: Statin bukan sekadar menurunkan paras kolesterol. Ia berfungsi menstabilkan plak (plaque stabilization) pada dinding pembuluh darah serta mengurangkan keradangan (inflammation), sekali gus mencegah plak daripada pecah secara mengejut. Walaupun mungkin pesakit tidak dapat melihat penurunan paras kolesterol dalam jangkamasa tertentu tetapi manfaatnya telah pun wujud.

3️⃣ Bolehkah Diet dan Senaman Sahaja Menggantikan Statin?

Gaya hidup sihat (diet dan senaman) adalah asas wajib dalam apa jua rawatan. Namun, dari segi julat keupayaan:

▪️Pemakanan & Senaman: Mengurangkan LDL sekitar 10% hingga 20% secara perlahan.

▪️Ubat Statin: Mampu menurunkan LDL sehingga 30% hingga 50%+ dengan pantas.

Bagi individu berisiko rendah tanpa plak, pemakanan dan senaman sudah memadai. Namun, bagi pesakit berisiko tinggi atau sudah ada pembentukan plak, gaya hidup tidak mampu berdiri sendiri. Kedua-duanya saling melengkapi (synergistic), bukan berlawanan.

Tuntutan menjaga kesihatan dan memelihara nyawa (Hifz al-Nafs) wajib dilaksanakan dengan ilmu yang sahih. Jangan pertaruhkan nyawa anda semata-mata kerana terpedaya dengan momokan "ubat kimia berbahaya" di media sosial.

Pesan Saya: Apabila doktor bertauliah menetapkan ubat statin berdasarkan profil risiko dan pengiraan stratifikasi darah anda, patuhilah dos tersebut. Perbaiki diet, bersenamlah secara berkala, dan ambillah ubat. Sebarang keraguan, berdiskusilah dengan doktor anda, bukan dengan "pakar media sosial".

__________
Dr Abdullah
Pakar Perubatan Keluarga
20/7/2026


P/s: Saya tiada saham pun dalam syarikat pengeluar statin. Gaji saya tetap sama setiap bulan.

Kami sudah beberapa kali keluarkan teguran dan nasihat, iklan-iklan media sosial seperti berikut terdapat beberapa kesal...
19/07/2026

Kami sudah beberapa kali keluarkan teguran dan nasihat, iklan-iklan media sosial seperti berikut terdapat beberapa kesalahan kritikal dari sudut Akta Iklan Ubat 1956 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 di Malaysia. Iklan ini secara jelas melanggar etika pemasaran produk kesihatan/suplemen.

Tolong sampaikan sekali lagi pesanan dan nasihat ini kepada syarikat pengeluar, pengedar, penjual mahupun kepada profesor yang telah digunakan namanya bagi tujuan promosi yang bersalahan dengan etika professional.

Sampaikan juga pesanan kepada pihak universiti yang namanya ditulis merata-rata tempat seolah-olah membenarkan kesalahan akademik dalam mempromosi produk iklan sebegini.

Apa kesalahannya?

1️⃣ Tuntutan Perubatan Melampau (Overclaiming) untuk Penyakit Kronik
Di bawah Akta Iklan Ubat 1956, produk makanan atau suplemen dilarang sama sekali mendakwa boleh merawat, mencegah, atau mengatasi penyakit kronik tertentu (terdapat 20 senarai penyakit utama).

🔺Kesalahan: Iklan ini secara terang-terangan meletakkan ayat "Bantu Atasi Kencing Manis & ED" (Disfungsi Erektil). Penyakit kencing manis (Diabetes) dan fungsi seksual adalah perkara sensitif yang tidak boleh dituntut sebagai boleh disembuhkan atau "diatasi" oleh produk am.

2️⃣ Membandingkan Kesan Produk dengan Ubat Terkawal (Metformin)

🔺Kesalahan: Grafik dalam imej kedua menunjukkan graf penurunan bacaan gula dan menyatakan bahawa produk tersebut berkesan "menyerupai kawalan positif iaitu Metformin."

🔺Mengapa salah: Metformin ialah ubat terkawal (Racun Kump**an B) yang memerlukan preskripsi doktor untuk merawat diabetes. Mengiklankan suplemen atau produk herba dengan mendakwa ia setanding atau boleh menggantikan fungsi ubat hospital (terutamanya menggunakan data kajian haiwan /In-Vivo) adalah satu kesalahan serius yang boleh mengelirukan pesakit untuk berhenti mengambil ubat hospital.

3️⃣ Eksploitasi Identiti Ahli Akademik / Kakitangan Universiti (UMT)

🔺Kesalahan: Iklan menggunakan nama, gelaran, gambar berstatus rasmi (jubah konvokesyen), serta nama institusi Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan nama penyelidik tersebut.

🔺Mengapa salah: Pihak universiti dan ahli akademik biasanya menjalankan kajian asas (R&D) terhadap bahan aktif, bukannya menyokong tuntutan komersial produk akhir untuk tujuan perubatan secara terbuka dalam iklan pasaran massa sebegini. Menggunakan kredibiliti universiti awam untuk melariskan jualan produk kesihatan yang membuat tuntutan perubatan adalah pelanggaran etika yang berat.

Iklan ini dikategorikan sebagai iklan terlarang kerana membuat tuntutan penyembuhan penyakit kronik (kencing manis), cuba menyaingi fungsi ubat hospital (Metformin), dan menggunakan testimoni berasaskan institusi akademik secara tidak sah untuk memperdaya pengguna.

__________
Dr Abdullah
Pakar Perubatan Keluarga
19/7/2026

KES MALARIA IMPORT DI TERENGGANU: APA YANG ANDA PERLU TAHU? 🦟Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) buat kenyataan t...
05/06/2026

KES MALARIA IMPORT DI TERENGGANU: APA YANG ANDA PERLU TAHU? 🦟

Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) buat kenyataan terbaharu, semua 17 kes malaria yang dilaporkan dari Januari hingga Mei 2026 adalah kes import.

Ini bermakna jangkitan tersebut bermula dari seseorang dari luar negara dan dibawa masuk oleh dia yang telah dijangkiti, bukannya bermula di dalam negeri Terengganu. Pihak JKNT mengesahkan bahawa tiada sebarang penularan tempatan dikesan setakat ini, dan Terengganu kekal mengekalkan status sifar kes malaria manusia tempatan.

Tak perlu bimbang pada siapa yang nak datang berkursus atau bercuti di negeri Terengganu, masih lagi dikira bukan satu wabak yang menakutkan. Datanglah ke negeri Terengganu, negeri paling bahagia.

Lagipun nyamuk yang membawa (vektor) parasit Malaria tersebut adalah khusus.

🔍 Jom Kenali Vektor Sebenar Penyebaran Malaria

Bagi mengelakkan kekeliruan, malaria tidak berjangkit daripada manusia ke manusia seperti selesema (bukan jangkitan bawaan udara atau sentuhan). Ia memerlukan agen penyebar, iaitu:

🦟 Vektor Utama:
▪️Nyamuk Tiruk Betina (dari genus Anopheles).
▪️Bagaimana Ia Merebak? Nyamuk Tiruk betina ini bertindak sebagai vektor dengan menghisap darah pesakit yang sudah mempunyai parasit (Plasmodium). Parasit tersebut kemudiannya membiak di dalam badan nyamuk sebelum dipindahkan p**a kepada individu sihat yang digigitnya selepas itu.

🔬 Jenis Parasit Malaria
Secara amnya, terdapat dua kategori utama jangkitan yang dikesan berdasarkan jenis parasit:

1. Malaria Manusia: Disebabkan oleh spesies parasit spesifik manusia seperti Plasmodium falciparum, Plasmodium vivax, Plasmodium malariae, dan Plasmodium ovale.

2. Malaria Zoonotik: Jangkitan yang asalnya daripada haiwan (seperti monyet/makak) melalui parasit Plasmodium knowlesi, yang kemudiannya menjangkiti manusia melalui gigitan nyamuk yang sama. (Kategori ini mencatatkan 4 kes import di Terengganu).

Meskipun kes yang dikesan adalah kes import, JKNT tetap mempergiat aktiviti kawalan vektor (seperti semburan dan pemusnahan tempat pembiakan nyamuk) di lokaliti terbabit bagi memastikan Nyamuk Tiruk tempatan tidak menggigit kes import ini lalu menyebarkannya kepada penduduk sekitar.

Sentiasa berwaspada, jaga kebersihan persekitaran, dan jangan mudah mempercayai spekulasi tidak sahih! 🛡️

__________
Dr Abdullah
Pakar Perubatan Keluarga
4/6/2026

Address

Kuala Berang
21700

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dr Suhazeli Abdullah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share