Unit Farmasi PKD Lipis

Directions

Unit Farmasi PKD Lipis Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Unit Farmasi PKD Lipis, Medical and health, PKD LIPIS, Kuala Lipis.

12/10/2026
26/09/2026

Selamat Bersara Puan Aishah❤️

✨️SANUBARI KASIH: MAJLIS PERSARAAN PUAN SITI AISHAH ✨🗓 26 SEPTEMBER 2026📍NADI SEROJA EVENT SPACE​Hari ini, kita bukan sa...
26/09/2026

✨️SANUBARI KASIH: MAJLIS PERSARAAN PUAN SITI AISHAH ✨

🗓 26 SEPTEMBER 2026
📍NADI SEROJA EVENT SPACE

​Hari ini, kita bukan sahaja meraikan sebuah penamat, tetapi sebuah perjalanan panjang yang penuh dengan dedikasi, pengorbanan, dan jasa yang tidak terhitung nilainya.

​Selamat Bersara buat Puan Siti Aishah binti Hasan, Pegawai Farmasi Kesihatan PKD Lipis, yang telah menyempurnakan perkhidmatan selama 30 tahun dengan penuh cemerlang. Tiga dekad pengorbanan dan budi yang dicurahkan pasti akan sentiasa terpatri segar dalam ingatan kami semua.

​Terima kasih puan atas setiap tunjuk ajar, kesabaran, dan ketegasan yang mendidik. Halalkan setiap ilmu dan kebaikan yang diberikan.

​Selamat bersara dan selamat menikmati alam persaraan bersama keluarga tersayang. Semoga puan dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, kebahagiaan, serta berada di bawah lindungan-Nya sentiasa.

Tahniah diucapkan kepada barisan jawatankuasa yang bertungkus-lumus menjayakan Majlis Sanubari Kasih ini.

Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada alumni PKD Lipis yang sudi meluangkan masa menghadiri majlis pada hari ini.

Kalau ada sumur di ladang,
Boleh kita menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.
​
​Selamat Bersara, Puan Aishah! 💐
​

25/09/2026
💊Selamat Hari Farmasi Sedunia daripada kami warga Farmasi PKD Lipis🤗" Memperkasa Ahli Farmasi Demi Masa Depan yang Lebih...
25/09/2026

💊Selamat Hari Farmasi Sedunia daripada kami warga Farmasi PKD Lipis🤗
" Memperkasa Ahli Farmasi Demi Masa Depan yang Lebih Sihat"

Bukan semua demam dan batuk perlukan ANTIBIOTIK! 🚫​Antibiotik HANYA membunuh bakteria, BUKAN virus, kulat atau parasite....
22/09/2026

Bukan semua demam dan batuk perlukan ANTIBIOTIK! 🚫

​Antibiotik HANYA membunuh bakteria, BUKAN virus, kulat atau parasite. Pengambilan yang salah boleh menyebabkan bakteria menjadi KEBAL (Kerintangan Antimikrob) dan sukar dirawat di kemudian hari.

​Ingat 3 Panduan Penting:
✅️​Ambil antibiotik HANYA dengan preskripsi doktor.
✅️​Habiskan dos mengikut jadual.
✅️​Jangan sesekali kongsi atau guna baki antibiotik lama!

​Gunakan ubat dengan betul demi keselamatan bersama. ❤️
​

JANGAN BIARKAN ASAP ROKOK "MAKAN" DIRI ANDA DARI DALAM! 🚭​Setiap sedutan mengandungi lebih 7,000 BAHAN KIMIA BERBAHAYA!​...
24/08/2026

JANGAN BIARKAN ASAP ROKOK "MAKAN" DIRI ANDA DARI DALAM! 🚭

​Setiap sedutan mengandungi lebih 7,000 BAHAN KIMIA BERBAHAYA!
​🚫 Nikotin, Tar, Karbon Monoksida...

Ini bukan sekadar nama, tapi racun yang boleh menyebabkan:
💔 Kerosakan sel & tisu badan
🧠 Serangan Jantung & Strok
Lung ➡️ Kanser

​Jangan tunggu lagi! Rawatan berhenti merokok (kaunseling & ubat) tersedia untuk membantu anda melawan ketagihan.

​👇 Ambil langkah pertama hari ini!
Layari jomquit.moh.gov.my untuk maklumat lanjut.


Ubat Pun Ada 'Rumah' Sendiri! 🏠💊​Kadang-kadang kita main letak je ubat atas meja atau dalam kereta sebab nak senangkan k...
10/08/2026

Ubat Pun Ada 'Rumah' Sendiri! 🏠💊

​Kadang-kadang kita main letak je ubat atas meja atau dalam kereta sebab nak senangkan kerja. Tapi tahu tak, kesilapan kecil ni boleh buat ubat rosak dan mengganggu keberkesanan ubat?

​📌 Checklist Simpan Ubat Cara Betul:
🚫 ELAKKAN: Bilik mandi, berhampiran dapur panas, atas meja rendah, & dalam kereta.
✅ SIMPAN DI: Kabinet tinggi yang kering, teduh, dan selamat daripada capaian si cilik!

​Ingat formula 4 TIDAK:
❌ Tidak panas
❌ Tidak lembap
❌ Tidak kena cahaya terus
❌ Tidak boleh dicapai kanak-kanak


Makan ubat bukan sekadar 'telan' je tau! 💊✨​Nak ubat selamat dan berkesan? Ingat Konsep 5B:✋ Pengguna yang BETUL✋ Ubat y...
22/07/2026

Makan ubat bukan sekadar 'telan' je tau! 💊✨

​Nak ubat selamat dan berkesan? Ingat Konsep 5B:
✋ Pengguna yang BETUL
✋ Ubat yang BETUL
✋ Dos yang BETUL
✋ Cara pengambilan yang BETUL
✋ Masa yang BETUL

​Jangan lupa semak label ubat anda atau tanya ahli farmasi anda 👩‍⚕️👨‍⚕️


17/07/2026

Address

PKD LIPIS
Kuala Lipis
27200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Unit Farmasi PKD Lipis posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share