11/09/2026
🍚 NAK KURUS TAK SEMESTINYA KENA BERHENTI MAKAN NASI.
Ini antara salah faham yang paling biasa saya jumpa.
Ramai fikir:
❌ Nasi = karbohidrat
❌ Karbohidrat = gula
❌ Gula = gemuk
❌ Jadi kena stop nasi.
Sebenarnya cerita dia tak sesimple itu.
Berat badan banyak dipengaruhi oleh jumlah tenaga yang kita ambil berbanding tenaga yang kita gunakan dalam jangka masa tertentu.
Nasi boleh menjadi sebahagian daripada diet untuk menurunkan berat badan.
Yang lebih penting ialah:
🍚 Berapa banyak nasi?
🍗 Apa lauk yang dimakan bersama?
🥬 Ada sayur atau tidak?
🥤 Apa yang diminum?
🍪 Apa yang dimakan sepanjang hari?
Contoh mudah:
🍚 1 pinggan nasi + ayam goreng + kuah banyak + air manis
berbeza dengan
🍚 portion nasi sederhana + ikan/ayam + banyak sayur + air kosong.
Jadi kalau nak kurus, jangan terus fikir:
“Aku kena buang nasi.”
Tukar kepada:
“Aku kena belajar kawal portion dan susun pinggan dengan lebih baik.”
Diet yang baik bukan diet yang membuatkan kita takut kepada makanan.
Diet yang baik ialah diet yang kita boleh amalkan untuk jangka panjang.
📌 Kesimp**an:
Nasi bukan musuh.
Portion dan keseluruhan corak pemakanan kita yang perlu diberi perhatian.
Kalau ada kawan yang masih percaya “nak kurus kena stop nasi”, share dengan dia. 😄
Junaidi Shukri
Nutritionist Biochemist