27/10/2026
Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera,
YBhg. Prof. / Datuk / Dato’ / Datin / Tuan / Puan,
Dengan segala hormatnya, sukacita dimaklumkan bahawa Sekretariat Hal Ehwal Jaringan, Industri & Masyarakat (HEJIM), Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akan menganjurkan Webinar Umum Memasyarakatkan Kesihatan Rakyat Siri 7/2026 seperti ketetapan berikut:
Tajuk: Suntikan Kurus Viral: Selamat atau Sebaliknya?
Tarikh: 30 Oktober 2026 (Jumaat)
Masa: 2.45 petang
Pautan penyertaan: https://tinyurl.com/mounjaroUKM
Viral tak semestinya selamat!
Suntikan penurunan berat badan semakin menjadi perhatian masyarakat. Namun, sejauh manakah kita memahami manfaat, risiko dan kesesuaiannya untuk diri sendiri?
Jangan sekadar mengikut trend. Sertai webinar ini untuk mendapatkan maklumat yang tepat serta memahami perkara penting sebelum membuat keputusan berkaitan suntikan penurunan berat badan.
Sehubungan itu, YBhg. Prof. / Datuk / Dato’ / Datin / Tuan / Puan dijemput untuk menyertai webinar ini. Pendaftaran jam latihan untuk kakitangan UKM dan e-Sijil disediakan untuk peserta.
Mohon jasa baik semua untuk turut menyebarluaskan hebahan ini kepada keluarga, rakan-rakan dan masyarakat agar lebih ramai mendapat manfaat.
Ketahui fakta, fahami manfaat dan kenali risiko demi keputusan kesihatan yang lebih bijak.
Terima kasih atas perhatian dan sokongan yang diberikan.
Sekian, terima kasih.