05/05/2026
Hidupkan masjid, Selamat nyawa
Aplikasi MyResQ
Masjid bukan sekadar tempat ibadah. Dalam konteks masyarakat hari ini, ia juga berpotensi menjadi ruang yang menyelamatkan nyawa.
Bayangkan suasana selepas solat Tarawih. Jemaah sedang bersalaman, berbual santai, ada yang berehat di serambi. Dalam suasana yang tenang itu, tiba-tiba seorang jemaah rebah dan tidak sedarkan diri. Dalam detik seperti ini, masa tidak lagi diukur dalam minit, tetapi dalam saat. Malah, ketika saat itulah, individu yang paling hampir berpotensi menjadi penentu antara hidup dan mati.
Realitinya, dalam kes Out-of-Hospital Cardiac Arrest (OHCA), kejadian tidak berlaku di hospital. Mangsa rebah di rumah, di tempat awam dan termasuk juga di masjid. Dalam kebanyakan keadaan, individu pertama yang berada di lokasi bukanlah doktor atau paramedik, tetapi orang awam. Namun, ramai yang masih cenderung untuk menunggu bantuan tiba, sama ada ambulans atau individu yang dirasakan lebih berpengetahuan.
Sedangkan hakikatnya, setiap minit tanpa bantuan cardiopulmonary resuscitation (CPR) akan mengurangkan peluang hidup mangsa secara signifikan. Selepas beberapa minit sahaja, kerosakan otak boleh bermula dan menjadi tidak boleh dipulihkan. Dalam keadaan ini, tindakan awal oleh orang awam bukan lagi satu pilihan, tetapi satu keperluan.
Baca lanjut di: https://www.hmetro.com.my/amp/rencana/2026/05/1353544/myresq-hidupkan-masjid-selamat-nyawa
Penulis:
Dr Mohd Hafyzuddin Md Yusuf
Dr Mohd Afiq Mohd Nor
#