13/10/2026
🕋✨ KEMBARA HAJI PESAKIT DIABETES: DARI PERSIAPAN KE HAJI MABRUR
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua! 🌸
💭 Ada diabetes, tetapi menyimpan impian untuk menunaikan haji dengan lancar dan selamat? Atau mempunyai ahli keluarga yang bakal ke Tanah Suci dan memerlukan panduan penjagaan kesihatan sepanjang musim haji?
Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan ilmu dan persediaan yang betul! 🤲🏻
🎥 Jom sertai LIVE WEBINAR KEMBARA HAJI PESAKIT DIABETES anjuran Sektor Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu.
Antara perkongsian menarik yang bakal dibawakan: ✅ Persediaan kesihatan sebelum berangkat ke Tanah Suci. ✅ Tips penjagaan diabetes sepanjang musim haji. ✅ Pengurusan ubat-ubatan dan kawalan gula dalam darah. ✅ Panduan menjalani ibadah haji dengan lebih selamat dan teratur.
✨ Menariknya, sesi ini akan menampilkan panel berpengalaman daripada bidang perubatan, Tabung Haji dan bekas petugas kesihatan yang akan berkongsi ilmu serta pengalaman bermanfaat buat bakal jemaah haji dan keluarga.
📌 SAVE THE DATE!
📅 Tarikh: 5 November 2026 (Khamis) ⏰ Masa: 10.30 pagi 📱 Platform: Facebook Live Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu
💚 Diabetes bukan penghalang untuk membuat persediaan yang terbaik! Lengkapkan diri dengan ilmu agar perjalanan ibadah lebih terancang, kesihatan lebih terjaga dan semoga dikurniakan haji yang mabrur. Amin ya Rabbal Alamin. 🤲🏻
📣 Jangan lupa tekan butang SHARE dan tag rakan-rakan atau ahli keluarga yang bakal menunaikan haji. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada lebih ramai bakal jemaah!