Pusat Maklumat Pemakanan Negeri Pahang

Directions

Pusat Maklumat Pemakanan Negeri Pahang Peneraju Pemakanan Negara

Cekodok Green Monster! 🦖💚Snek berkhasiat yang si cilik pasti s**a, terutamanya anak yang memilih makan. Snek ini rangup ...
31/10/2026

Cekodok Green Monster! 🦖💚

Snek berkhasiat yang si cilik pasti s**a, terutamanya anak yang memilih makan. Snek ini rangup di luar, lembut di dalam, dan menyeronokkan.

✅ Padat Nutrisi: Kaya dengan Zat Besi, Protein, dan Kalsium dari daun bayam serta ikan bilis.

✅ Resepi Ringkas: Hanya perlukan 3 langkah mudah iaitu campur, jemput, dan goreng.

✅ Padat Tenaga: Membekalkan tenaga sepanjang aktiviti harian.

Cepat, mudah, dan berkhasiat—pilihan bijak ibu-ibu untuk menu harian anak-anak!







28/10/2026

🍜 MI GORENG SEDAP, TAPI BERAPA BANYAK SODIUM (NATRIUM) TERSEMBUNYI? 👀🧂

Pernah terfikir berapa banyak sodium (natrium) yang terkandung dalam hidangan kegemaran kita seperti mi goreng, char kuetiau, mi hailam dan seumpamanya? Walaupun rasanya cukup menyelerakan, kandungan sodium (natrium) dalam hidangan ini mungkin lebih tinggi daripada yang kita sangka!

😱 SEPINGGAN MI GORENG ≈ 1,112 mg SODIUM! (Sumber rujukan: Malaysian Food Composition Database)

Jumlah ini bersamaan kira-kira 1/2 sudu teh garam, sedangkan saranan pengambilan garam sehari adalah tidak melebihi 2,000 mg sodium (natrium), bersamaan 1 sudu teh garam sehari.

Bayangkan jika anda makan lebih daripada satu pinggan! Belum termasuk sodium (natrium) daripada makanan dan minuman lain yang diambil sepanjang hari. 😵‍💫

💡 Apa yang boleh kita lakukan?

Hadkan pengambilan sodium (natrium) harian dan lebih peka terhadap garam tersembunyi dalam makanan. Langkah kecil ini penting untuk membantu mengurangkan risiko HIPERTENSI (tekanan darah tinggi) dan penyakit berkaitan.

Ingat, makanan yang sedap tak semestinya perlu masin! ❤️

Jom lebih bijak memilih dan menyediakan makanan demi kesihatan yang lebih baik.





Ibu-ibu selalu tak menang tangan tapi nak sediakan snek yang anak-anak s**a dan berselera? Jom cuba resipi Sandwich Kapi...
27/10/2026

Ibu-ibu selalu tak menang tangan tapi nak sediakan snek yang anak-anak s**a dan berselera? Jom cuba resipi Sandwich Kapit Belang Strawberi Butter ini! 🍓🥪

Hanya perlukan masa 5 minit untuk disediakan. Gabungan lapisan roti coklat dan roti putih menjadikan sandwich ini berbelang cantik, pasti buat anak-anak teruja nak makan.

Bahan-bahan pun ringkas dan selalu ada di dapur:
🍞 2 keping roti coklat & 1 keping roti putih
🧈 Mentega asli (unsalted/salted)
🍓 Jem strawberi berkualiti tinggi (pilih yang kurang gula lebih baik!)

Snek ringkas, nutrisi power, anak happy! Jom cuba! 😉







27/10/2026

🍚 NAK MAKAN NASI, TAPI TAK NAK BERAT BADAN NAIK? JOM MAKAN SECARA BIJAK! 💡

Siapa kata nak jaga berat badan kena berhenti makan nasi? 🤔 Nasi bukan musuh! Kuncinya ialah kawal kuantiti, bijak memilih hidangan dan seimbangkan pengambilan tenaga dengan aktiviti fizikal. 💚

Tahukah anda? 👀
🍚 1 sajian nasi = 2 senduk nasi yang rata. Berdasarkan Piramid Makanan Malaysia, pengambilan nasi, bijirin lain, produk makanan berasaskan bijirin penuh dan ubi-ubian dalam sehari yang disarankan bagi orang dewasa ialah 3 hingga 5 sajian sehari.

✨ TIP MAKAN NASI SECARA BIJAK!

🥗 Amalkan Suku-Suku-Separuh!
Lengkapkan hidangan utama dengan konsep dan pilih air kosong berbanding minuman manis.

23/10/2026

Selesai satu program intervensi keluarga bersama ibu bapa kanak-kanak yang terlibat dalam PPKZM Plus dan Projek Rintis.

23 Oktober 2026
Jumaat
Klinik Kesihatan Rompin

17/10/2026

🍽️ Anak dah makan, tapi cukupkah kepelbagaian makanannya? 👶🥦🍳

Bukan sekadar berapa banyak anak makan, tetapi berapa banyak jenis makanan yang diberikan juga penting! 💚

Kepelbagaian Diet Minimum (MDD) bermaksud kanak-kanak berumur 6–23 bulan menerima makanan daripada sekurang-kurangnya 5 daripada 8 kump**an makanan dalam sehari.

8 kump**an makanan tersebut adalah:
🥛 Susu ibu
🌾 Bijirin dan ubi-ubian
🥜 Kekacang dan bijian
🥛 Susu dan produk tenusu
🍗 Sumber haiwan (Daging, ikan, ayam dan organ dalaman)
🥚 Telur
🥕 Buah-buahan & sayur-sayuran kaya vitamin A
🍎 Buah-buahan & sayur-sayuran lain
🌟 Kenapa kepelbagaian makanan penting?

Anak kecil sedang melalui fasa pertumbuhan dan perkembangan yang sangat pesat. Pelbagai jenis makanan membantu membekalkan tenaga dan nutrien yang diperlukan oleh tubuh dan otak mereka.

Diet yang kurang pelbagai p**a boleh meningkatkan risiko kekurangan mikronutrien dan dikaitkan dengan pertumbuhan yang kurang baik, termasuk bantut.

👩‍👧‍👦 Ibu bapa, jom pelbagaikan makanan anak!
Tidak perlu makanan yang mahal atau rumit. Yang penting, pelbagaikan jenis makanan dan sediakan makanan yang berkhasiat mengikut kesesuaian umur anak.

💚 Pelbagai makanan, cukup nutrien, anak membesar dengan baik!

16/10/2026

📱🍽️ KALORI ANDA CUKUP, LEBIH ATAU KURANG?

Pernah tertanya-tanya, “Sebenarnya berapa kalori yang badan saya perlukan setiap hari?” 🤔

Jangan agak-agak. Jom kira, rekod dan pantau! 💪✨

Dengan MyNutriDiari 2, anda boleh:
✅ Ketahui keperluan kalori harian berdasarkan maklumat peribadi
✅ Rekod makanan dan minuman yang diambil
✅ Pantau pengambilan kalori harian
✅ Lebih peka terhadap corak pemakanan anda

Kawal kalori, bukan sekadar kawal berat.
Mulakan langkah kecil hari ini untuk pemakanan yang lebih seimbang. 🥗🍎💧

📲 Muat turun MyNutriDiari 2 sekarang dan ketahui sama ada pengambilan kalori anda cukup, lebih atau kurang!





15/10/2026

JOM CEGAH BANTUT!!! Pantau pertumbuhan anak anda😊


15/10/2026
14/10/2026

🍎🥦 REMAJA, DAH CUKUP MAKAN BUAH & SAYUR HARI INI? 👀

🚨 13% sahaja remaja mengambil buah yang mencukupi, manakala hanya 5% memenuhi saranan pengambilan sayur! 😱

Buah dan sayur bukan sekadar pelengkap hidangan. Kedua-duanya membekalkan vitamin penting yang diperlukan oleh tubuh, terutamanya ketika remaja sedang membesar. 💪🏻✨

🍊 Vitamin A penting untuk kesihatan mata, kulit dan sistem imuniti.
🥦 Vitamin C membantu pembentukan kolagen, menguatkan sistem imuniti dan meningkatkan penyerapan zat besi.

Jadi, jangan pandang remeh pengambilan buah dan sayur! 🌟

💚 JOM CABAR DIRI!
🥬Makan sekurang-kurangnya 3 sajian sayur setiap hari.
🍎 Ambil 2 sajian buah setiap hari.

Tak perlu tunggu sakit untuk mula menjaga kesihatan. Mulakan dengan pilihan makanan yang lebih sihat, demi tubuh yang cergas dan masa depan yang lebih sihat! 🔥

INGAT! AMBIL SAYUR & BUAH SETIAP HARI, REMAJA SIHAT, HIDUP LEBIH BERKUALITI! 💚






Address

Jabatan Kesihatan Negeri
Kuantan

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Maklumat Pemakanan Negeri Pahang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category

Nearby health & beauty businesses