23/06/2026
Hi mommy!
Haritok topik kita pasal SAKIT PINGGANG LEPAS BERANAK. Lagi lagi yang ceaser.
Nakpa kenak gia ooo? Mena kah setegal kenak cucok Spinal Anaesthesia atau Epidural?
Jom Lily nak madah ngan ktk org apa kenak sebenarnya pinggang kita sakit bila lepas beranak.
1. Bila kita hamil, automatik otot perut kita akan mengembang besar. Jadi ada jurang diastasis recti pun besar.
2. Disebabkan perubahan otot perut kita selepas bersalin dalam kondisi lemah yalah menjadi faktor kita akan ngidap sakit pinggang. Sebab ya kenak orang tua dolok marek menggalakkan kita make bengkung dari pagi sampe malam. Tokla sebabnya untuk sokong otot perut kita yang lemah.
Bila otot perut lemah , pelvic floor muscle kita pun ikut lemah. Akan terjadi nya “RAHIM RENDAH”. Mun kata orang kita telulor, peranakan jatuh, tombong.
Sebab apa? Sekda lain sebab otot perut dan otot pinggul kita lemah jadi nya s*kdapat nak support megang rahim kita dengan kuat.
Jadi disitoklah tulang belakang kita otot tulang belakang pinggang kita terpaksa kerja keras untuk support otot di depan.
Macam ne cara kita nak kurangkan sakit belakang tok?
Untuk mommy yang baru bersalin ktk org boleh polah exercise untuk kuatkan otot.
Exercise apa ya?
1. Deep Belly Breathing . Macam ne tok? Teknik siti jamu bernafas ya ehhh. Gialahhh.
Cara:
* Berbaring atau duduk selesa.
* Tarik nafas melalui hidung.
* Kembangkan perut.
* Hembus perlahan melalui mulut sambil menarik pusat ke arah tulang belakang.
Ulang: 10 kali, 2-3 sesi sehari.
2. TVA Activation (Abdominal Bracing)
Latihan paling penting untuk ibu postpartum.
Cara:
* Berbaring dengan lutut dibengkokkan.
* Tarik pusat perlahan ke arah tulang belakang.
* Jangan tahan nafas.
* Tahan 5-10 saat.
Ulang: 10 kali.
3. Pelvic Tilt
Menguatkan otot perut dalam dan mengurangkan tekanan pada pinggang.
Cara:
* Berbaring terlentang.
* Kempiskan perut dan tekan pinggang ke lantai.
* Tahan 5 saat.
Ulang: 10-15 kali.
4. Heel Slide
Bagus untuk ibu yang ada diastasis recti.
Cara:
* Aktifkan TVA.
* Luncurkan satu kaki ke depan perlahan.
* Tarik semula.
Ulang: 10 kali setiap kaki.
5. Glute Bridge
Menguatkan punggung, core dan pelvis.
Cara:
* Berbaring dengan lutut bengkok.
* Angkat punggung perlahan.
* Tahan 3-5 saat.
Ulang: 10-15 kali.
6. Kegel Exercise
Menguatkan pelvic floor.
Cara:
* Bayangkan menahan kencing.
* Kemut otot pelvic floor.
* Tahan 5 saat.
Ulang: 10-15 kali, 3 kali sehari.
Selamat mencuba mommy!
Certified Confinement Lady, Postnatal Care, Breastfeeding Peer Counselor
Lily Handy Postnatal Care Kuching