Cawangan Farmasi Logistik Negeri Sarawak

Call Directions Contact the business

Cawangan Farmasi Logistik Negeri Sarawak Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Cawangan Farmasi Logistik Negeri Sarawak, Medical and health, Jalan belian biawak, bintawa, Kuching.

LAWATAN KERJA TIMBALAN KETUA PENGARAH KESIHATAN (PERKHIDMATAN FARMASI), KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA KE SARAWAK📅 23 Ok...
24/10/2026

LAWATAN KERJA TIMBALAN KETUA PENGARAH KESIHATAN (PERKHIDMATAN FARMASI), KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA KE SARAWAK

📅 23 Oktober 2026 (Jumaat)

Cawangan Farmasi Logistik Negeri Sarawak (CFLN Sarawak) telah menerima lawatan kerja Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perkhidmatan Farmasi), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), bersama delegasi Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS).

Lawatan ini merupakan platform untuk memperkukuh kerjasama serta membincangkan usaha penambahbaikan perkhidmatan farmasi, khususnya dalam aspek pengurusan logistik dan pembekalan farmaseutikal di negeri Sarawak.

Program dimulakan dengan sesi ucapan alu-aluan Ketua Cawangan Farmasi Logistik Negeri Sarawak dan pembentangan berkaitan operasi serta pengurusan CFLN. Turut diadakan pembentangan mengenai cadangan outfit dan norma perjawatan CFLN dan Pejabat Farmasi Bahagian (PFB), serta permohonan perjawatan Penolong Pegawai Farmasi (PPF) di fasiliti kesihatan primer.

Delegasi seterusnya mengadakan lawatan ke Stor Utama CFLN dan Pejabat Seksyen Penguatkuasaan Farmasi (SPF) Kuching bagi meninjau operasi serta pengurusan di lapangan.

Diharapkan lawatan kerja ini dapat memperkukuh sinergi antara KKM dan JKNS serta menyokong usaha berterusan dalam meningkatkan kecekapan dan kualiti penyampaian perkhidmatan farmasi demi kesejahteraan rakyat.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan lawatan kerja ini.

Farmasi Berkualiti, Rakyat Sihat.





🌧️💊 *BANJIR BOLEH DATANG TANPA DIDUGA. UBAT JANGAN DILUPA.*_Apa yang perlu dilakukan dengan ubat sebelum, semasa dan sel...
11/10/2026

🌧️💊 *BANJIR BOLEH DATANG TANPA DIDUGA. UBAT JANGAN DILUPA.*
_Apa yang perlu dilakukan dengan ubat sebelum, semasa dan selepas banjir?_

👉 Lihat panduan ringkas di bawah dan kongsikan kepada keluarga & rakan-rakan.
Satu perkongsian mungkin membantu seseorang bersedia sebelum terlambat.

🎉 **MAJLIS MAKAN MALAM KKRF CFLN 2026** 🎉Majlis Makan Malam KKRF CFLN 2026 telah berlangsung dengan meriah pada 10 Oktob...
10/10/2026

🎉 **MAJLIS MAKAN MALAM KKRF CFLN 2026** 🎉

Majlis Makan Malam KKRF CFLN 2026 telah berlangsung dengan meriah pada 10 Oktober 2026 di The Reef, Jalan Song Thian Cheok, Kuching. 🥳

Malam yang penuh dengan gelak tawa, makanan yang enak, kenangan manis dan gaya retro 70-an hingga 80-an! 🕺💃✨

Tahniah kepada semua kerana masing-masing berjaya membawa pulang hadiah cabutan bertuah! 🎁🥳 Nampaknya malam ini semua orang ada rezeki!

Syabas kepada pemenang pertandingan *Best Dressed King & Queen*! 🏆🎁

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua AJK yang bertungkus-lumus serta semua warga CFLN yang hadir dan menjayakan majlis ini.

Semoga ikatan silaturahim dan semangat kekeluargaan kita terus erat. Jumpa lagi di acara KKRF yang akan datang! ❤️

🎉 TAHNIAH KEPADA PARA PEMENANG! 🎉🏆 PERTANDINGAN ANTARA ZONLAGU & VIDEO EKSA CFLN TERBAIK TAHUN 2026 🎶🎬Syabas dan tahniah...
29/09/2026

🎉 TAHNIAH KEPADA PARA PEMENANG! 🎉

🏆 PERTANDINGAN ANTARA ZON
LAGU & VIDEO EKSA CFLN TERBAIK TAHUN 2026 🎶🎬

Syabas dan tahniah diucapkan kepada:

🥇 TEMPAT PERTAMA – ZON CERI
🥈 TEMPAT KEDUA – ZON MANGGIS
🥉 TEMPAT KETIGA – ZON PISANG

Pertandingan ini bukan sahaja mengetengahkan kreativiti dan semangat berpasukan, malah turut menggalakkan penggunaan teknologi dan kecerdasan buatan (AI) dalam penghasilan lagu dan video. 🤖🎵🎬

Tahniah kepada semua pemenang dan terima kasih kepada semua 6 Zon EKSA CFLN atas penyertaan, komitmen dan kreativiti yang ditunjukkan. 👏✨

🌿 CFLN KONDUSIF, WARGA PRODUKTIF 🌿

29/09/2026

::Kenali Ubat Anda::

Semak sebelum beli, jadilah pengguna yang cakna.

25/09/2026

Happy World Pharmacists Day 2026!
"Empowering Pharmacists For Healthier Futures"

25/09/2026
19/06/2026

💊Pedih Ulu Hati? Ambil Ubat dengan Bijak 💊

🚚 KURSUS PENGURUSAN KENDERAAN PERINGKAT ZON SELATAN SARAWAK TAHUN 2026 🚦📍 Dewan Serbaguna, Cawangan Farmasi Logistik Neg...
17/06/2026

🚚 KURSUS PENGURUSAN KENDERAAN PERINGKAT ZON SELATAN SARAWAK TAHUN 2026 🚦

📍 Dewan Serbaguna, Cawangan Farmasi Logistik Negeri Sarawak
📅 16 Jun 2026 (Selasa)

Program ini merupakan salah satu usaha berterusan dalam memperkukuhkan profesionalisme pemandu serta memastikan pengurusan dan pengendalian kenderaan jabatan dilaksanakan dengan selamat, cekap dan berkesan bagi menyokong kelancaran perkhidmatan farmasi logistik kepada rakyat.

Cawangan Farmasi Logistik Negeri Sarawak merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada JPJ Sarawak atas kesudian berkongsi ilmu dan pengalaman, serta kepada semua peserta yang telah memberikan komitmen sepanjang kursus ini berlangsung.

Semoga ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam melaksanakan tugas harian dengan penuh tanggungjawab, sekali gus menyumbang kepada pembudayaan pemanduan selamat dan peningkatan kualiti perkhidmatan awam.







MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) TAHUN 2025 JABATAN KESIHATAN NEGERI SARAWAK Tahniah kepada semua warga Cawa...
16/06/2026

MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) TAHUN 2025 JABATAN KESIHATAN NEGERI SARAWAK

Tahniah kepada semua warga Cawangan Farmasi Logistik Negeri Sarawak yang telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2025. Majlis APC 2025 ini telah diadakan di Penview Convention Centre (PCC) Demak pada 16 Jun 2026 meraikan semua warga kesihatan dari Bahagian Kuching, Samarahan, Serian & Sri Aman. Majlis APC ini telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam Bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Semoga pengiktirafan dan penghargaan ini akan menjadi pembakar semangat dan pencetus azam bukan sahaja untuk penerima anugerah tetapi juga untuk seluruh warga CFLN Sarawak untuk berkhidmat dengan lebih cemerlang dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua!

Address

Jalan Belian Biawak, Bintawa
Kuching
93450

Opening Hours

Monday 07:30 - 17:30
Tuesday 07:30 - 17:30
Wednesday 07:30 - 17:30
Thursday 07:30 - 17:30
Friday 07:30 - 17:30

Telephone

+6082482540

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Cawangan Farmasi Logistik Negeri Sarawak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Cawangan Farmasi Logistik Negeri Sarawak:

Shortcuts

Share

Nearby health & beauty businesses