18/10/2026
BERSAMA KOMUNITI, MEMPERKASA KESIHATAN.
U.n.i Klinik Metrocity berbesar hati dapat bersama-sama menjayakan Program Pemerkasaan Wanita anjuran pihak MARA yang berlangsung di Dewan Suarah Kota Samarahan.
Program ini telah menghimpunkan kira-kira 200 orang peserta, sekaligus menjadi ruang yang bermakna untuk kami berinteraksi, berkongsi dan lebih dekat dengan komuniti setempat.
Bagi kami, peranan klinik bukan sekadar menyediakan rawatan apabila seseorang jatuh sakit. Jalinan bersama komuniti adalah sebahagian daripada usaha untuk mendekati masyarakat, memahami keperluan mereka dan menyampaikan kesedaran tentang kepentingan menjaga kesihatan.
Terima kasih kepada pihak MARA Negeri Sarawak atas peluang dan kepercayaan yang diberikan, serta terima kasih kepada warga Samarahan yang hadir dan memberikan sambutan yang begitu baik.
U.n.i Klinik Metrocity
Buka 24 Jam