Permai Polyclinics Kudat 16 Jam

Directions Contact the business

Permai Polyclinics Kudat 16 Jam Medical Clinic In Kudat, Sabah. Sebelum ini dikenali Poliklinik Nusantara Kudat.

Permai Policlinics Kudat 16 Jam dahulu dikenali Poliklinik Nusantara Kudat merupakan sebuah klinik perubatan yang terletak di pekan Kudat, Sabah. Klinik menyediakan servis rawatan perubatan, ujian darah, ujian scan ultrasound dan scan xray serta ujian kesihatan bagi keluarga.

30/10/2026

Pesakit tu besantai sudah 😆

Good morning🌻
29/10/2026

Good morning🌻

"Bila tekan sini, sakit. Tarik nafas dalam pun ngilu. Jantung saya ke, doktor?"Ramai datang ke klinik dengan soalan yang...
28/10/2026

"Bila tekan sini, sakit. Tarik nafas dalam pun ngilu. Jantung saya ke, doktor?"
Ramai datang ke klinik dengan soalan yang sama, dan muka yang sama risaunya.
Sakit di dada.
Bila ditekan dengan jari, sakitnya makin jelas. Pusing badan sakit. Bangun tidur pun macam ada sesuatu yang mencucuk.
puncanya bukan jantung.
Namanya costochondritis.
Tulang rusuk kita tak bersambung terus dengan tulang dada.
Ada rawan kecil di antaranya, macam engsel lembut yang membolehkan dada mengembang setiap kali kita bernafas.
Bila rawan ini meradang, kawasan itu jadi sakit apabila ditekan. Sakit juga boleh bertambah bila batuk, tarik nafas panjang atau bila kita bergerak.
Pencetusnya selalu perkara harian. Batuk berpanjangan, angkat barang berat, atau senaman yang melampau. Ada juga kes yang tak ada punca yang jelas.
Berita baiknya, costochondritis biasanya tidak berbahaya.
Kebanyakan kes pulih sendiri secara beransur. Berehat daripada aktiviti yang mencetuskan sakit, tuam suam dan ubat tahan sakit yang sesuai biasanya sudah membantu.
Ada yang sembuh dalam beberapa minggu, ada yang ambil masa berbulan.
Kalau anda ada masalah gastrik, buah pinggang atau sedang mengambil ubat lain, tanya doktor atau ahli farmasi dulu sebelum makan ubat tahan sakit.
Tapi ini bahagian paling penting.
Sakit bila ditekan BUKAN jaminan jantung anda selamat.
Ia memang lebih menunjukkan masalah pada dinding dada. Tapi ada pesakit serangan jantung yang dadanya juga terasa sakit bila ditekan. Doktor sendiri tak menolak jantung hanya dengan menekan dada.
Dapatkan rawatan dengan segera kalau sakit dada datang bersama mana-mana tanda ini:
- Rasa dihimpit, berat atau ketat
- Sakit merebak ke lengan, leher, rahang atau belakang
- Sesak nafas
- Peluh sejuk
- Loya atau rasa hampir pengsan
- Datang tiba-tiba dan tak hilang dengan rehat
Sakit dada yang baharu atau tidak dapat dijelaskan juga wajar diperiksa oleh doktor, walaupun tanda-tanda di atas tiada.
Bila dada sakit, jangan meneka sendiri.
Lebih baik periksa dan dapati ia cuma rawan, daripada meneka dan terlepas jantung.
Credit to Public Health Malaysia

Good Morning.. hope you have an awesome day🤗
27/10/2026

Good Morning.. hope you have an awesome day🤗

"Doktor, saya ada keputihan. Normal ke tak?"Ini antara soalan yang paling ramai wanita simpan dalam hati. Malu nak tanya...
26/10/2026

"Doktor, saya ada keputihan. Normal ke tak?"

Ini antara soalan yang paling ramai wanita simpan dalam hati. Malu nak tanya. Akhirnya cari jawapan di group WhatsApp.

Ada yang terus beli sabun kewanitaan wangi. Ada yang cuci bahagian dalam setiap hari sampai pedih.

Padahal kebanyakan keputihan itu normal.

Rupa-rupanya keputihan ialah cara semula jadi f***j membersihkan dirinya sendiri.

Keputihan yang normal biasanya jernih atau putih. Teksturnya boleh cair, melekit, pekat atau seperti krim. Baunya boleh ada sedikit, tapi tak busuk.

Dan jumlahnya memang berubah ikut kitaran haid, masa ovulasi, kehamilan, dan pil perancang.

Setiap wanita ada "normal" masing-masing. Yang penting ialah perubahan daripada kebiasaan anda sendiri.

Jadi bila perlu ambil perhatian?

Putih pekat seperti dadih, dengan gatal atau bengkak: biasanya jangkitan yis
Kelabu atau putih dengan bau hanyir seperti ikan: bacterial vaginosis
Hijau, kuning atau kelabu, berbuih: trichomoniasis, sejenis jangkitan kelamin
Kuning atau hijau keruh: boleh jadi gonorea atau klamidia
Coklat atau merah di luar waktu haid: perlu diperiksa

Satu warna bukan diagnosis. Tapi ia petunjuk bila anda patut berhenti agak-agak, dan jumpa doktor.

Tanda lain yang tak patut ditangguh.

Gatal, pedih, bengkak atau rasa terbakar di bahagian kemaluan. Sakit perut bawah atau senggugut yang luar biasa. Pedih masa kencing. Sakit semasa bersama suami.

Dan apa-apa perubahan mengejut pada warna, bau, tekstur atau jumlah.

Satu tabiat yang ramai buat, tapi patut dihentikan.

Douching, atau cuci bahagian dalam f***j dengan air atau sabun.

Pakar tak menggalakkan amalan ini. Ia boleh ganggu keseimbangan semula jadi bakteria baik di dalam f***j, dan akhirnya mengundang jangkitan.

Bayangkan taman yang ada rumput dan bunga. Kalau kita sembur racun setiap hari supaya "bersih", bunga pun mati, dan rumput liar lebih senang tumbuh.

F***j pun sama. Bakteria baik itu pengawal. Bila dicuci habis, yang jahat p**a mengambil tempat.

Bahagian dalam tak perlu "dicuci". Keputihan itu sendiri yang sedang buat kerja membersihkan.

Untuk suami yang terbaca post ni, satu pesanan.

Kalau isteri ada jangkitan berulang, jangan terus salahkan dia. Sesetengah jangkitan, terutamanya jangkitan kelamin, melibatkan kedua-dua pasangan. Pergi klinik bersama.

Keputihan bukan perkara memalukan. Ia tanda badan sedang menjaga dirinya.

Yang perlu dirisaukan cuma bila ia mula berubah.

Save post ni sebagai rujukan, atau untuk adik, kakak dan anak perempuan anda.

Credit to Public Health Malaysia

26/10/2026

Lebih takut lipas dari 👻

Good morning 🥰
25/10/2026

Good morning 🥰

Salam sejahtera, kami lampirkan jadual doktor bertugas untuk minggu hadapan ( 26 oktober hingga 01 Novemver 2026) sebaga...
25/10/2026

Salam sejahtera, kami lampirkan jadual doktor bertugas untuk minggu hadapan ( 26 oktober hingga 01 Novemver 2026) sebagai rujukan para pelanggan yang kami kasihi. Jemput datang semua! 😊

Good morning everyone 🌤😊
24/10/2026

Good morning everyone 🌤😊

Address

Lot 11, 3 Storey Mutiara Plaza
Kudat
89050

Opening Hours

Monday 07:00 - 23:00
Tuesday 07:00 - 23:00
Wednesday 07:00 - 23:00
Thursday 07:00 - 23:00
Friday 07:00 - 23:00
Saturday 07:00 - 23:00
Sunday 07:00 - 23:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Permai Polyclinics Kudat 16 Jam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Permai Polyclinics Kudat 16 Jam:

Shortcuts

Share

Nearby health & beauty businesses