28/10/2026
🚨 “AKU ADA KETULAN PAYUDARA… AKU KENA KANSER KE?” 😰🎗️
🎀 Benjolan payudara (breast lump) ialah ketulan atau kawasan tisu yang terasa berbeza daripada tisu payudara di sekelilingnya. Ia boleh berlaku pada wanita dan lelaki, dan tidak semua benjolan payudara bermaksud kanser.
🏥Apakah punca benjolan payudara?
✅Fibroadenoma
Ketumbuhan bukan kanser yang biasa berlaku pada wanita muda. Biasanya terasa bulat, licin, kenyal dan boleh bergerak apabila disentuh.
✅Sista payudara (breast cyst)
Kantung berisi cecair yang boleh menyebabkan benjolan lembut atau tegang, kadangkala disertai rasa sakit.
✅Mastitis atau abses payudara
Keradangan atau jangkitan yang boleh menyebabkan sakit, kemerahan, bengkak, rasa panas dan kadangkala demam. Lebih kerap berlaku semasa penyusuan.
✅Kanser payudara
Boleh muncul sebagai benjolan yang keras, tidak sekata atau kurang bergerak.
✅Punca lain termasuk perubahan hormon, perubahan fibrosistik, lipoma (ketumbuhan lemak) dan perubahan selepas kecederaan atau pembedahan.
Bagaimana doktor memeriksa benjolan payudara?
-Kaedah utama ialah triple assessment atau penilaian tiga serangkai. 📝
1. Pemeriksaan klinikal 💊 :
Doktor bertanya tentang tempoh benjolan, perubahan saiz, kesakitan, kitaran haid, penyusuan dan sejarah keluarga. Payudara serta kelenjar di ketiak akan diperiksa.
2. Pengimejan 🩻 :
-Ultrasound payudara
-Mammogram
3. Biopsi jika diperlukan 💉 :
-Sampel tisu atau sel diambil untuk pemeriksaan makmal. Core needle biopsy lazim digunakan untuk menilai benjolan yang mencurigakan.
‼️Pemeriksaan payudara sendiri amat penting!
Cara memeriksa payudara sendiri :
🎈 Lihat di hadapan cermin. Perhatikan perubahan saiz, bentuk, kulit dan puting.
🎈Angkat kedua-dua tangan. Lihat jika terdapat perubahan bentuk atau lekukan.
🎈Rasa seluruh payudara. Gunakan bahagian rata jari dengan tekanan lembut, sederhana dan sedikit lebih kuat untuk merasai lapisan tisu yang berbeza. Lakukan tekanan atau picitan lembut pada puting payudara - lihat jika puting mengeluarkan nanah / cecair berdarah
🎈Periksa kawasan ketiak dan sekitar tulang selangka.
🎈Perhatikan sebarang perubahan baharu. Jika menemui benjolan, dapatkan pemeriksaan doktor dan jangan tunggu pemeriksaan kendiri seterusnya.
‼️‼️Bilakah perlu berjumpa doktor?
👩🏻⚕️Dapatkan pemeriksaan secepat mungkin :
Jika terdapat benjolan baharu pada payudara atau ketiak, perubahan pada puting, kulit atau bentuk payudara. Jangan tunggu sehingga benjolan membesar atau menjadi sakit.
👩🏻⚕️Dapatkan rawatan pada hari yang sama jika boleh :
Jika payudara menjadi merah, panas dan bengkak, terutama jika disertai demam, menggigil atau kesakitan yang semakin teruk. Ini boleh menandakan jangkitan atau abses.
💗 Sayangi diri, kenali payudara anda dan jangan tangguhkan pemeriksaan jika terdapat perubahan.
MARI DAPATKAN PEMERIKSAAN SEGERA DI KLINIK APM JIKA BERGEJALA !