10/09/2026
Malam tadi bersama DSNO , meeting yang padat, penuh dengan berita-berita baik, sensasi dan benar-benar teruja. ✨
Semakin mendengar, semakin tak sabar menantikan hadiah-hadiah indah yang bakal hadir selepas setiap cabaran.
Kadang-kadang, di sebalik sesuatu yang menguji, Allah sedang menyusun sesuatu yang jauh lebih baik.
Kita mungkin berdepan dengan pelbagai cabaran
Teruskan melangkah. Teruskan membina. Teruskan bersinar.
Kerana kejayaan yang benar-benar bermakna bukan tentang siapa yang kita kalahkan, tetapi tentang sejauh mana kita mampu terus berdiri dan berkembang tanpa menjatuhkan sesiapa.
Setiap cabaran ada harganya.
Dan insya-Allah, setiap usaha dan pengorbanan akan Allah gantikan dengan hadiah yang setimpal, bahkan mungkin lebih indah daripada yang kita bayangkan.
Rezeki halal bukan ditetapkan oleh manusia.
Rezeki adalah ketentuan Allah.
Manusia hanya menjadi jalan, Allah yang menentukan sampai.
Pimpin dengan amanah.
Berusaha dengan ikhlas.
Biarkan Allah menentukan hasilnya. 🌿