Ikhtiar Pengubatan Kerohanian

Call Directions Website Contact the business

Ikhtiar Pengubatan Kerohanian PEngamal SUmber ROHaniah
100% menggunakan kaedah DOA & UPAYAROHANI. Perkongsian kisah rawatan. Panggilan telefon/whatsapp/messenger
2. Tetapkan temujanji
5.

[ MAKLUMAN ]
-----------------
📢📢📢📢📢📢
-----------------

IKHTIAR PENGUBATAN KEROHANIAN

☎️ Tuan Shahdan / Based Putrajaya / Freelance

♨️ Perkhidmatan pengubatan alternatif bagi Pesakit yang memilih untuk berubat masalah gangguan jin dan sihir menggunakan KAEDAH DOA dan UPAYA ROHANI. Pesakit akan dibimbing untuk menilai sakit gangguan yang dialami dengan akal yang BEBAS khurafat dan syirik. Kaedah pengubatan yang santai, dekat dengan sunnah Rasullullah SAW dan tidak bersalahan dengan hukum syarak.

📛 Perhidmatan yang disediakan adalah khusus menangani masalah gangguan seperti :
✔️ Gangguan Jin
✔️ Sihir
✔️ Zat Jahat
✔️ Dinding Diri
✔️ Pemulihan Premis

⏰ Langkah-langkah yang perlu dibuat :
1. Kenalkan diri Tuan/Puan dan dari mana
3. Nyatakan masalah/gangguan yang dihadapi
4. Diagnos dan khidmat nasihat (tangani minda khurafat)
6. Pengubatan
7. Pemulihan Premis mengikut jenis rumah/pejabat/kilang (sekiranya perlu)
8. Pengubatan ulangan bergantung kepada tahap kesihatan diri Pesakit

⚠️ Reminder
sebarang cancellation perlu dibuat sehari sebelum📌

Pesakit perlu memakai pelitup muka (face mask) ketika hadir dengan ditemani mahram, memastikan diri tiada gejala covid19 (demam on-off, batuk, selesama etc) 📌

Pesakit diminta untuk datang tepat pada waktunya bagi mengelakkan slot temujanji seterusnya menunggu 😊

Drive safe...See you ✌

📍 Ikhtiar Pengubatan Kerohanian / Blok B Fasa 18R13 Presint 18, 62150 Putrajaya

🚗 Landmark
Waze Petronas Presint 18, laluan belakang Petronas untuk ke parking basement lif blok B

𝘾𝘼𝙏𝘼𝙏𝘼𝙉 𝙄𝙆𝙃𝙏𝙄𝘼𝙍 𝙋𝙀𝙉𝙂𝙐𝘽𝘼𝙏𝘼𝙉 𝙆𝙀𝙍𝙊𝙃𝘼𝙉𝙄𝘼𝙉 – 𝙊𝙂𝙊𝙎Pesakit 1"Badan rasa semangat dan fikiran pun dah tak pening atau serabut. A...
04/09/2026

𝘾𝘼𝙏𝘼𝙏𝘼𝙉 𝙄𝙆𝙃𝙏𝙄𝘼𝙍 𝙋𝙀𝙉𝙂𝙐𝘽𝘼𝙏𝘼𝙉 𝙆𝙀𝙍𝙊𝙃𝘼𝙉𝙄𝘼𝙉 – 𝙊𝙂𝙊𝙎

Pesakit 1
"Badan rasa semangat dan fikiran pun dah tak pening atau serabut. Ada perubahan yang baik.

Alhamdulillah perubahan yang
baik tu ada. Sakit sakit badan banyak yang beransur pulih..emosi pun banyak tenang dari sebelum ni..Alhamdulillah banyak perubahan dengan izin Allah.."

Pesakit 2
“Emosi ada perubahan, gatal-gatal tiada.

Alhamdulillah ada perubahan selepas buat perubatan”

Pesakit 3
Emosi & Perasaan (Risau/ Trauma):
(Adakah perasaan sudah kembali
normal / makin berkurangan / atau masih kerap berdebar?)
Jawapan: normal

Perubahan Positif:
(Apa-apa kesan baik yang Cik
rasai dari segi fizikal atau emosi
setakat ini?)
Jawapan: kurang down

***

Sepanjang bulan Ogos, pesakit yang hadir untuk berikhtiar melalui kaedah kerohanian datang daripada pelbagai latar belakang dan kerjaya.

Ada yang berdepan dengan gangguan yang dipercayai berkaitan dengan cabaran dalam pekerjaan hakiki, khususnya mereka yang sentiasa berhadapan dengan individu yang mempunyai latar belakang amalan atau kepercayaan yang bercanggah dengan syariat.

Ada juga pesakit yang telah lama berdepan dengan masalah fizikal, bertahun lamanya diuji, dan pada masa yang sama merasakan wujudnya gangguan mistik. Dalam keadaan sebegini, bukan sahaja kesembuhan yang diharapkan, tetapi pesakit juga memerlukan sokongan, kata-kata semangat serta bimbingan agar dapat kembali membina keyakinan diri dan menjalani kehidupan dengan lebih tenang.

Selain itu, terdapat juga yang hadir untuk mendapatkan pemeriksaan dan penilaian diri selepas berdepan dengan tuduhan serta salah faham sehingga dirinya dikaitkan sebagai punca kepada masalah hubungan yang berlaku.

Dalam situasi seperti ini, saya cuba membantu pesakit memahami keadaan yang sedang dihadapi, di samping memberikan bimbingan agar hati lebih tenang, menerima keadaan dengan reda dan tidak terus dibelenggu oleh perkara yang belum pasti.

Setiap pesakit mempunyai kisah dan latar belakang yang berbeza.

Ada yang dengan izin Allah merasakan perubahan yang baik selepas sesi rawatan pertama. Ada juga yang saya cadangkan untuk meneruskan sesi berikutnya atau melakukan pemulihan rumah berdasarkan penilaian terkini terhadap keadaan mereka.

Namun begitu, segala cadangan tersebut hanyalah pilihan. Tiada paksaan kepada mana-mana pesakit untuk meneruskannya. Apa yang saya lakukan hanyalah sebahagian daripada usaha yang kecil. Kesembuhan hakikatnya milik Allah SWT.

Semoga Allah SWT mempermudahkan urusan, mengangkat segala kesulitan dan menunjukkan sebanyak-banyak jalan menuju kebaikan serta kesembuhan atas setiap ujian yang sedang dihadapi.

“Berubat itu ikhtiar, sembuh itu anugerah Allah.”

✨ 𝘚𝘦𝘭𝘢𝘯𝘨𝘬𝘢𝘩 𝘬𝘦 𝘈𝘭𝘢𝘮 𝘒𝘦𝘳𝘰𝘩𝘢𝘯𝘪𝘢𝘯.

𝙄𝙆𝙃𝙏𝙄𝘼𝙍 𝙋𝙀𝙉𝙂𝙐𝘽𝘼𝙏𝘼𝙉 𝙆𝙀𝙍𝙊𝙃𝘼𝙉𝙄𝘼𝙉


15/07/2026

𝘿𝙄 𝙎𝙀𝘽𝘼𝙇𝙄𝙆 𝘼𝙎𝘽𝘼𝘽

Bila raga direntap gundah, sihir dan iblis menumpang tari, tika langkah merangkak mencari penawar diri.
Berikhtiarlah pada yang ahli, pada tangan yang mengerti, bukan menadah harap pada yang kelam dan sembunyi.

Buka mata, nilailah kaedah serta caranya,
Biar terang bersuluh, jauh dari keraguan yang menyiksa.
Dengarkan bait bicaranya memecah sepi,
Yang meniti di bibir, mendahulukan Allah Tuhan Ilahi, disulam rindu pada Rasul, junjungan yang suci.

Di ruang rawat itu, aqidah dipasak kembali,
Syarak dipelihara laksana menatang kaca yang rapuh.
Bukan sekadar menepis jin dan bayang kejahatan, tetapi akal disuap cahaya, dada disiram kefahaman.

Namun ketahuilah, wahai hati yang sedang diuji, tangan yang merawat ini hanyalah hamba yang faqir.
Sekadar menyusun asbab, menghulur secebis ikhtiar, kerana hakikat kesembuhan itu... mutlak kerja Tuhan Yang Maha Besar.

Maka di hujung lelahmu mencari penawar, jangan kau letak takjubmu pada manusia yang serba kurang.
Yang harus dipandang, dipuja dan disandar harapan, hanyalah Tuhan... bukan sang perawat yang sekadar menumpang jalan.

Tuan Shahdan
Ikhtiar Pengubatan Kerohanian

09/06/2026

Ada orang kata IG ni tak payah beramal maknanya takde amalan, betul ke Ayah Su? Sebab lepas diijazahkan terus ‘gerak’. Persoalannya macam mana boleh jadi macam tu?

Hang kalau bangun pagi pastu terus bangkit pi tandas, hang perlu buat ke dulu amalan gerak bangkit dan pi tu?

Tak.

Maknanya bukan ke situ sepatutnya hang tanya Ilmu Gerak ni.

Dah tu nak tanya apa?

Tanyalah lagu ni, pergerakan bangkit dan pi tandas tu mai dari mana? Haa, huraian tentang tu nantinya akan membuka faham llmu Gerak ni kat hang.

Mai dari mana?

Allah.

Huraikanlah Ayah Su.

Nak hurai apa lagi, hang pi ngaji Usuludin lah.

3 bulan kemudian.

Dah tau dah Ayah Su. Bila ternafi kam munfasil pada af’al Allah bermakna quwwah dan tabiat makhluk tak memberi bekas.

Hang ngaji Usuludin (ilmu Tauhid) dengan sapa?

Dengan ustaz Wan kat masjid.

Cantik… cantik.

Jadinya macam mana orang yang sebelum ni tak reti bergayong boleh reti p**ak kalau sekadar dah tahu ilmu Tauhid?

Sebab hang tak tau macam mana nak pakai ilmu Tauhid yang ada kat dada hang tu.

Pakai?! Nak pakai ilmu Tauhid tu macam mana? Hurailah lagi Ayah Su.

Nak pakai dia mula-mula hang kena tau macam mana jalan nak mengamalkan ilmu Tauhid yang hang dah tau tu.

Macam mana cara nak mengamal? Tak dak dalam Usuludin.

Sungguhlah tak dak dalam Usuludin. Bab mengamal ni hang kena mengaji Usul Tahkik.

3 tahun kemudian.

Hang ada apa lagi nak tanya?

Tak dak apa dah Ayah Su. Semuanya jelas dah.

Sin, makrifah (Usul Tahkik) yang hang dah alami tu lebih besar berbanding Ilmu Gerak yang hang tanyakan dulu tu. Dia (Ilmu Gerak) jadi besar sebab kebesaran makrifah tu. Tanpa makrifah kelebihan hang hanya menumpang ijazah. Ilmu Gerak hanyalah secebis kecil manfaat duniawi yang tidak terpisah darinya.

Faham, Ayah Su.

Sambil menutup kenangan dulu dari renungan, Muhsin beransur-ansur bangun meninggalkan pusara Ayah Su. Nasihat Ayah Su masih kekal terpahat dihatinya sehingga kini.

———-
Tajuk: Permainan Ilmu Gerak
Episod: Usul
Bahagian 1
TAS

[𝙏𝙀𝙎𝙏𝙄𝙈𝙊𝙉𝙄: 𝙎𝘼𝙆𝙄𝙏 𝙆𝙀𝙋𝘼𝙇𝘼 𝘽𝙀𝙍𝘽𝙐𝙇𝘼𝙉-𝘽𝙐𝙇𝘼𝙉 & 𝘽𝘼𝙃𝘼𝙔𝘼 𝙆𝘼𝙀𝘿𝘼𝙃 𝙈𝙀𝘿𝙄𝘼𝙏𝙊𝙍]Syukur Alhamdulillah. Hari ini saya ingin berkongsi sat...
04/06/2026

[𝙏𝙀𝙎𝙏𝙄𝙈𝙊𝙉𝙄: 𝙎𝘼𝙆𝙄𝙏 𝙆𝙀𝙋𝘼𝙇𝘼 𝘽𝙀𝙍𝘽𝙐𝙇𝘼𝙉-𝘽𝙐𝙇𝘼𝙉 & 𝘽𝘼𝙃𝘼𝙔𝘼 𝙆𝘼𝙀𝘿𝘼𝙃 𝙈𝙀𝘿𝙄𝘼𝙏𝙊𝙍]

Syukur Alhamdulillah. Hari ini saya ingin berkongsi satu kisah rawatan yang penuh pengajaran untuk dijadikan iktibar kita bersama.

📌 𝙆𝙧𝙤𝙣𝙤𝙡𝙤𝙜𝙞 & 𝙎𝙞𝙢𝙥𝙩𝙤𝙢
Seorang pesakit datang menemui saya selepas menderita sakit kepala hampir setiap hari selama berbulan-bulan. Beliau datang ditemani ibunya. Namun setibanya di tempat rawatan, saya mendapati sang ibu sebenarnya menunjukkan simptom gangguan jin yang jauh lebih ketara, manakala simptom pada pesakit p**a sekadar 10% sahaja. Mengikut kronologi, si ibu baru sahaja diganggu sekitar 2 bulan, manakala si anak p**a sudah menanggungnya jauh lebih lama dari itu.

🔍 𝙋𝙪𝙣𝙘𝙖 𝙎𝙚𝙗𝙚𝙣𝙖𝙧 𝙏𝙚𝙧𝙟𝙖𝙬𝙖𝙗
Bagi mencari punca, saya melakukan sesi soal jawab yang teliti. Akhirnya, pesakit tercerita kisah tubuhnya pernah dijadikan sebagai 'Mediator' (jin dimasukkan ke dalam badan) oleh seorang perawat bertujuan mengubati ahli keluarga yang sakit walhal sebelum ini beliau sihat dan bukanlah pesakit gangguan jin. Pesakit mengesahkan, episod sakit kepala kronik itu mula menyerang sejurus selepas peristiwa hitam tersebut berlaku.

Kaedah mediator ialah satu kaedah rawatan gangguan jin di mana pengamal perubatan menggunakan tubuh badan orang ketiga (mediator/perantara) sebagai wadah untuk memasukkan jin yang mengganggu pesakit.
Secara ringkasnya, jin yang berada di dalam badan pesakit "dipindahkan" atau dipanggil masuk ke dalam tubuh mediator untuk berkomunikasi, disoal siasat, atau dihancurkan oleh perawat. Pesakit utama biasanya akan sedar atau berehat, sementara mediator p**a yang akan mengalami keadaan tidak sedar diri atau dirasuk.

⚠️ 𝘽𝙖𝙝𝙖𝙮𝙖 𝙆𝙖𝙚𝙙𝙖𝙝 𝙈𝙚𝙙𝙞𝙖𝙩𝙤𝙧 & 𝙆𝙚𝙨𝙖𝙣 𝙅𝙞𝙬𝙖
Saya terus memberi nasihat bahawa Majlis Fatwa Wilayah Persekutuan telah mewartakan kaedah rawatan menggunakan mediator adalah HARAM.

https://www.muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/742-al-kafi-648-perawat-menurun-dalam-rawatan

Bukan sahaja fizikal terjejas, emosi pesakit juga rosak kerana memendam pelbagai persoalan ("Adakah jin betul-betul dah keluar?", "Bagaimana kalau jin masuk balik?"). Kerana kasihan, selain menjalankan kaedah rawatan kerohanian, saya mengambil masa menjawab segala kekusutan mindanya secara tuntas sehingga air mukanya kembali lega dan tenang.

✨ 𝙆𝙚𝙨𝙚𝙢𝙗𝙪𝙝𝙖𝙣 𝙔𝙖𝙣𝙜 𝙉𝙮𝙖𝙩𝙖
Dengan izin Allah, di akhir rawatan, sakit kepala yang ditanggung pesakit terus hilang secara tiba-tiba.

Menerusi maklum balas gembira selepas 10 hari yang saya terima:
Pesakit (Adik): Sakit kepala dah pulih sepenuhnya. Tiada lagi serangan sakit kepala yang teruk seperti dulu.
Ibu Pesakit: Tiada lagi wujud simptom gangguan jin.

MasyaAllah, kita hanya berikhtiar dengan jalan yang diredoiNya, Allah jua yang menyembuhkan. Terima kasih atas maklum balas ikhlas ini.

Surah Asy-Syu'ara' (26:80):

وَإِذَا مَرِضْتُ فَهُوَ يَشْفِينِ ٨٠

"Dan apabila aku sakit, maka Dia lah yang menyembuhkan penyakitku;

239

𝙎𝙚𝙢𝙗𝙪𝙝 𝘽𝙪𝙠𝙖𝙣 𝙆𝙚𝙧𝙖𝙣𝙖 𝙅𝙞𝙣 𝙋𝙚𝙧𝙜𝙞, 𝙏𝙚𝙩𝙖𝙥𝙞 𝙆𝙚𝙧𝙖𝙣𝙖 𝙃𝙖𝙩𝙞 𝙆𝙚𝙢𝙗𝙖𝙡𝙞 𝙆𝙚𝙥𝙖𝙙𝙖 𝙄𝙡𝙖𝙝𝙞Dalam banyak sesi rawatan yang saya kendalikan, ad...
23/05/2026

𝙎𝙚𝙢𝙗𝙪𝙝 𝘽𝙪𝙠𝙖𝙣 𝙆𝙚𝙧𝙖𝙣𝙖 𝙅𝙞𝙣 𝙋𝙚𝙧𝙜𝙞, 𝙏𝙚𝙩𝙖𝙥𝙞 𝙆𝙚𝙧𝙖𝙣𝙖 𝙃𝙖𝙩𝙞 𝙆𝙚𝙢𝙗𝙖𝙡𝙞 𝙆𝙚𝙥𝙖𝙙𝙖 𝙄𝙡𝙖𝙝𝙞

Dalam banyak sesi rawatan yang saya kendalikan, ada satu perkara yang sering merisaukan saya apabila seseorang pesakit terlalu fokus kepada sisi mistik semata-mata.

Fikiran mereka dipenuhi persoalan:
“Jin apa yang ganggu aku?”
“Siapa yang hantar?”
“Ini saka, sihir atau santau?”
“Hantu Raya, Polong atau Pocong?”

Sedikit demi sedikit, rasa takut itu mula menguasai diri.

Setiap bunyi di rumah mula dikaitkan dengan gangguan. Setiap bayang dianggap petanda.
Hati menjadi gelisah, fikiran bercelaru, emosi p**a semakin lemah.

Akhirnya, kita hidup dalam ketakutan yang dicipta oleh fikiran sendiri.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Apabila Allah mengizinkan kita diuji dengan gangguan, ketahuilah bahawa ujian itu bukan untuk menjauhkan kita daripada-Nya… tetapi untuk membawa kita kembali dekat kepada-Nya.

Jangan terlalu sibuk memikirkan jin sehingga terlupa kepada Tuhan yang menciptakan jin.

Hakikatnya, jin hanyalah makhluk yang lemah.
Mereka tidak mampu memberi mudarat walau sebesar zarah kecuali dengan izin Allah.

Semakin kita melayan ketakutan, semakin hati menjadi lemah. Tetapi semakin kita bergantung kepada Allah, semakin kuat jiwa kita.

Fokuslah kepada Penyembuh, bukan terlalu tenggelam memikirkan penyakit.

Ingatlah…
Rasulullah SAW juga diuji dengan pelbagai kesusahan, dihina, disakiti dan ditentang. Namun Baginda tidak pernah putus berharap kepada Allah.

Maka ujian yang kita lalui hari ini sebenarnya sangat kecil jika dibandingkan dengan perjuangan Baginda.

Kadang-kadang, kesembuhan itu bukan bermula apabila gangguan hilang…

Tetapi apabila hati mula tenang.
Apabila jiwa mula kembali mengenal tuhan.
Apabila solat mula dijaga.
Apabila doa mula sungguh-sungguh.
Apabila air mata taubat mula jatuh kerana-Nya.

Di situlah bermulanya penyembuhan yang sebenar.

Rawatan kerohanian ini bukan sekadar ikhtiar menangani gangguan, tetapi jalan untuk membawa hati kembali bertauhid, kembali bergantung dan berharap hanya kepada Allah.

Nasihat ikhlas saya,

“Jangan jadikan jin sebagai ‘bintang utama’ dalam hidup kita. Jadikan Allah sebesar-besar pergantungan dalam hati kita. Kerana apabila hati kembali kepada Allah, di situlah datangnya ketenangan dan kekuatan yang sebenar.”

Semoga setiap ujian menjadi asbab kita lebih dekat kepada-Nya untuk mengenali-Nya.

[𝙏𝙀𝙎𝙏𝙄𝙈𝙊𝙉𝙄 𝙍𝘼𝙒𝘼𝙏𝘼𝙉: 𝙆𝙄𝙎𝘼𝙃 𝙈𝘼𝙈𝘼 𝙕 𝘿𝘼𝙍𝙄 𝙋𝙊𝙍𝙏 𝘿𝙄𝘾𝙆𝙎𝙊𝙉]"Alhamdulillah, minda lebih terbuka... Segalanya balik kepada Allah. ...
13/05/2026

[𝙏𝙀𝙎𝙏𝙄𝙈𝙊𝙉𝙄 𝙍𝘼𝙒𝘼𝙏𝘼𝙉: 𝙆𝙄𝙎𝘼𝙃 𝙈𝘼𝙈𝘼 𝙕 𝘿𝘼𝙍𝙄 𝙋𝙊𝙍𝙏 𝘿𝙄𝘾𝙆𝙎𝙊𝙉]

"Alhamdulillah, minda lebih terbuka... Segalanya balik kepada Allah. Tanpa izin-Nya semua ini tidak akan berlaku."

Hari ini saya ingin berkongsi kisah rawatan seorang pesakit dari Port Dickson iaitu Mama Z, yang datang bertemu saya dengan keluhan sakit fizikal yang berpanjangan.

⚠️ 𝙎𝙞𝙢𝙥𝙩𝙤𝙢 & 𝘿𝙞𝙖𝙜𝙣𝙤𝙨 𝘼𝙬𝙖𝙡
Beliau mengadu mengalami kesakitan yang amat sangat di bahagian belakang badan hingga membawa ke bahagian siku tangan sebelah kiri. Namun, melalui sesi diagnos awal menggunakan Borang Diagnos, petanda menunjukkan terdapat unsur gangguan jin pada diri beliau.

⚔️ 𝙄𝙠𝙝𝙩𝙞𝙖𝙧 𝙍𝙖𝙬𝙖𝙩𝙖𝙣 𝙆𝙚𝙧𝙤𝙝𝙖𝙣𝙞𝙖𝙣
Dalam sesi rawatan tersebut, fokus utama saya adalah untuk menghalau jin yang mengganggu dengan cara menyakiti jin tersebut serta memusnahkan zat jahat. Setelah selesai, dengan izin Allah, diri pesakit di ‘dinding’ sebagai langkah perlindungan secara adatnya.

🔍 𝙋𝙚𝙧𝙠𝙖𝙞𝙩𝙖𝙣 𝘼𝙣𝙩𝙖𝙧𝙖 𝙂𝙖𝙣𝙜𝙜𝙪𝙖𝙣 & 𝙎𝙖𝙠𝙞𝙩 𝙁𝙞𝙯𝙞𝙠𝙖𝙡
Satu perkara menarik yang saya temui semasa rawatan berhadapan ialah sakit pada bahagian belakang badan hingga ke tangan kiri itu sebenarnya cenderung kepada masalah fizikal dan tidak berkaitan langsung dengan gangguan jin. Dapatan saya ini selari (sync) dengan maklum balas terkini daripada pesakit sendiri. Justeru, saya telah menyarankan beliau untuk meneruskan ikhtiar melalui rawatan alternatif fizikal seperti bekam atau urutan tradisional bagi mengatasi masalah tersebut.

📈 𝙋𝙚𝙧𝙠𝙚𝙢𝙗𝙖𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙋𝙤𝙨𝙞𝙩𝙞𝙛 𝙎𝙚𝙡𝙚𝙥𝙖𝙨 2 𝙈𝙞𝙣𝙜𝙜𝙪
Syukur Alhamdulillah, maklum balas terkini menunjukkan rawatan menangani gangguan jin tempoh hari membuahkan hasil:
• ✅ Tiada lagi wujud simptom gangguan jin.
• ✅ Emosi lebih stabil dan tenang.
• ✅ Minda lebih terbuka dan positif.
• ✅ Badan terasa ringan selepas mengamalkan mandian air doa dan air minuman yang dibekalkan.

Segala kesembuhan itu datangnya hanya daripada Allah SWT, kita sebagai hamba hanyalah berikhtiar dengan kaedah yang diredhai-Nya. Terima kasih Mama Z atas kepercayaan yang diberikan. Semoga puan terus dikurniakan kesihatan yang afiyat dan kesembuhan yang sempurna, amin.

***

✨ Al-Ikhlas 112:2

ٱللَّهُ ٱلصَّمَدُ

Allah tempat meminta segala sesuatu.

238

𝘼𝙇-𝙆𝘼𝙁𝙄  #648: 𝙋𝙀𝙍𝘼𝙒𝘼𝙏 "𝙈𝙀𝙉𝙐𝙍𝙐𝙉" 𝘿𝘼𝙇𝘼𝙈 𝙍𝘼𝙒𝘼𝙏𝘼𝙉Soalan: Apakah hukum berubat dengan seseorang dengan kaedah “menurun”?Jawa...
03/05/2026

𝘼𝙇-𝙆𝘼𝙁𝙄 #648: 𝙋𝙀𝙍𝘼𝙒𝘼𝙏 "𝙈𝙀𝙉𝙐𝙍𝙐𝙉" 𝘿𝘼𝙇𝘼𝙈 𝙍𝘼𝙒𝘼𝙏𝘼𝙉

Soalan: Apakah hukum berubat dengan seseorang dengan kaedah “menurun”?

Jawapan:

Menurun adalah satu keadaan di mana seseorang itu dikuasai oleh jin atau jin-jin yang meresap dalam jasad, menyebabkan individu berkenaan tidak sedarkan diri atau separuh tidak sedarkan diri. Upacara-upacara dan tindak-tanduk yang dilakukan setelah itu bergantung kepada tujuan menurun itu dilakukan.

Menurun ini dapat difahami dalam tiga bentuk; tahdir al-arwah (menghadirkan roh-roh) ataupun tanasukh al-arwah (persalinan roh/reinkarnasi) dan istinzal al-arwah. Kebiasaannya ia merujuk kepada kaedah yang sama. Bomoh atau pawang yang sedang melakukan rawatan akan “berubah” menjadi “individu lain” dengan suara dan perwatakan yang berbeza. Ada yang memperkenalkan diri sebagai Bonda, Raja Bunian, pahlawan tertentu atau wali-wali dan nabi-nabi tertentu.

Memetik fatwa oleh Syeikh Mutawalli al-Sya’rawi berhubung amalan tahdir al-arwah, beliau menyatakan bahawa ianya tidak mempunyai asas daripada al-Qur’an dan al-Sunna serta satu pembohongan semata-mata. (al-Fatawa, m. 19)

Firman Allah SWT,

وَقَيَّضْنَا لَهُمْ قُرَنَاءَ فَزَيَّنُوا لَهُمْ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَحَقَّ عَلَيْهِمُ الْقَوْلُ فِي أُمَمٍ قَدْ خَلَتْ مِنْ قَبْلِهِمْ مِنَ الْجِنِّ وَالْإِنْسِ إِنَّهُمْ كَانُوا خَاسِرِينَ

Maksudnya: Dan Kami adakan untuk mereka teman-teman rapat (dari jin dan manusia), lalu teman-teman itu memperhiaskan kepada mereka (fahaman-fahaman sesat) mengenai perkara-perkara dunia yang ada di hadapan mereka, serta perkara-perkara akhirat yang ada di belakang mereka; dan (dengan sebab itu) tetaplah hukuman (azab) atas mereka bersama-sama dengan umat umat (yang sesat) dari jin dan manusia yang terdahulu daripada mereka. Sesungguhnya mereka semuanya adalah golongan yang rugi (bawaan hidupnya).

(Surah Fussilat: 25)

Melibatkan bantuan daripada jin adalah salah satu bentuk syirik kepada Allah SWT. Walaupun ianya mungkin boleh berhasil (dengan izin Allah jua), amalan tersebut tetap bersalahan dengan syarak, berdasarkan ayat al-Qur'an di atas. Jin dan syaitan akan sedaya upaya menyesatkan manusia dengan pelbagai cara apatah lagi yang kelihatannya baik dan tidak bertentangan dengan Islam.

Kesimp**an

Firman Allah SWT,

وَأَنَّهُ كَانَ رِجَالٌ مِنَ الْإِنْسِ يَعُوذُونَ بِرِجَالٍ مِنَ الْجِنِّ فَزَادُوهُمْ رَهَقًا

`Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat.

(Sura al-Jin: 6)

Kami berpandangan bahawa pengamalan menurun adalah syirik dan haram dilakukan. Bagi yang pernah terlibat, hendaklah bertaubat kepada Allah SWT. Mesyuarat Panel Kajian Aqidah ke-25/2003 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengambil keputusan bahawa pengamalan tahdhir arwah adalah haram. Kami menyeru umat Islam supaya meninggalkan amalan-amalan yang membawa kepada syirik dan khurafat dan mempercayainya. Usaha dan ikhtiar yang ingin dilakukan untuk merawat apa jua masalah, hendaklah menepati kehendak syarak.

Menurun adalah satu keadaan di mana seseorang itu dikuasai oleh jin atau jin-jin yang meresap dalam jasad, menyebabkan individu berkenaan tidak sedarkan diri atau separuh tidak sedarkan diri. Upacara-upacara dan tindak-tanduk yang dilakukan setelah itu bergantung kepada tujuan menurun itu dilakukan.

02/05/2026

InsyaAllah rawatan hari ini :
1. Pesakit di Lenggeng, Negeri Sembilan
2. Pesakit dari Port Dickson, Negeri Sembilan

20/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri
1 Syawal 1447H / 21 Mac 2026

18/02/2026

Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak 1447H / 2026M

Address

Jalan P18B
Putrajaya
62150

Opening Hours

Monday 10:00 - 22:00
Tuesday 10:00 - 22:00
Wednesday 10:00 - 22:00
Thursday 10:00 - 22:00
Friday 10:00 - 22:00
Saturday 10:00 - 22:00
Sunday 10:00 - 22:00

Telephone

+60149320633

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ikhtiar Pengubatan Kerohanian posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Ikhtiar Pengubatan Kerohanian:

Shortcuts

Share