Laman Rasmi Profesion Fisioterapi KKM

Directions

Laman Rasmi Profesion Fisioterapi KKM Laman Rasmi Perkhidmatan Fisioterapi KKM yang diurus selia oleh Jawatankuasa Teknikal Profesion Fisioterapi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

πŸŽ“ PEMBANGUNAN GARIS PANDUAN APEL C BAGI PROFESION FISIOTERAPIπŸ“… 19–21 Oktober 2026 | Villea Morib, Banting, SelangorMajli...
24/10/2026

πŸŽ“ PEMBANGUNAN GARIS PANDUAN APEL C BAGI PROFESION FISIOTERAPI

πŸ“… 19–21 Oktober 2026 | Villea Morib, Banting, Selangor

Majlis Profesion Kesihatan Bersekutu Malaysia (MPKBM) telah menganjurkan Bengkel Pembangunan Garis Panduan Pengakreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu bagi Tujuan Penganugerahan Kredit (APEL C) yang melibatkan empat bidang profesion kesihatan bersekutu, termasuk Fisioterapi.

Bengkel ini memberi tumpuan kepada pembangunan dan pemurnian garis panduan merangkumi prosedur permohonan, penilaian portfolio, jaminan kualiti serta mekanisme penilaian dan penganugerahan kredit berdasarkan pembelajaran terdahulu.

Penglibatan wakil Profesion Fisioterapi daripada institusi pengajian tinggi dan perkhidmatan klinikal merupakan sebahagian daripada usaha memperkukuh pengiktirafan pembelajaran terdahulu, pembangunan kompetensi serta pembelajaran sepanjang hayat melalui proses penilaian yang sistematik dan berkualiti.

πŸ‘ Setinggi-tinggi penghargaan kepada MPKBM, para penceramah, fasilitator serta semua ahli jawatankuasa yang telah menyumbang kepakaran dalam pembangunan garis panduan ini.

Memperkasa pembelajaran sepanjang hayat, memperkukuh pembangunan profesion.




#2035

πŸŽ“ MEMPERKUKUH KOMPETENSI PEGAWAI FISIOTERAPI LANTIKAN BAHARU KKM 2026πŸ“… 20–22 Oktober 2026 | Bahagian Sains Kesihatan Ber...
23/10/2026

πŸŽ“ MEMPERKUKUH KOMPETENSI PEGAWAI FISIOTERAPI LANTIKAN BAHARU KKM 2026

πŸ“… 20–22 Oktober 2026 | Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu (BSKB), Kementerian Kesihatan Malaysia telah menganjurkan Kursus Orientasi Pegawai Lantikan Baharu Secara Bersepadu Profesion-Profesion Kesihatan Bersekutu Tahun 2026 yang dilaksanakan secara maya.

Kursus dimulakan dengan Modul Umum pada 20 Oktober, diikuti Modul Khusus Profesion Fisioterapi pada 21–22 Oktober 2026.

Antara pengisian utama kursus ialah:

πŸ”Ή Pengenalan, struktur organisasi dan hala tuju profesion fisioterapi.

πŸ”Ή Skop tugas, peranan dan tanggungjawab serta prosedur operasi standard (SOP).

πŸ”Ή Kod etika, perundangan dan garis panduan berkaitan profesion.

πŸ”Ή Kompetensi, keselamatan pekerjaan, KPI serta pembangunan profesional berterusan.

Penganjuran kursus ini bertujuan memberikan pendedahan awal kepada pegawai lantikan baharu mengenai tanggungjawab profesional, tadbir urus dan standard perkhidmatan fisioterapi KKM.

πŸ‘ Setinggi-tinggi penghargaan kepada BSKB, Jawatankuasa Latihan Profesion Fisioterapi, para penceramah dan urus setia atas komitmen dalam menjayakan kursus ini.

Selamat maju jaya kepada semua pegawai lantikan baharu! Semoga ilmu yang diperoleh menjadi asas dalam membentuk warga fisioterapi yang kompeten, beretika dan profesional demi penyampaian perkhidmatan yang berkualiti kepada masyarakat.




#2035

23/10/2026

πŸŒ™ MAJLIS BACAAN YAASIN & TAHLIL🀍

Dijemput semua untuk bersama-sama menyertai majlis bacaan Yaasin dan tahlil bagi *Allahyarhamah Azlin Shamsiah binti Mohd Ridzuan*.

πŸ“… Rabu, 28 Oktober 2026
⏰ 3.45 petang
πŸ’» Google Meet: https://meet.google.com/dtu-uqxb-jae

🀲 Semoga Allah SWT mencucuri rahmat dan mengampuni roh Allahyarhamah.

Anjuran: Persatuan Fisioterapi Negeri Perak

πŸ“‹ MEMPERKUKUH KAWAL SELIA PROFESION KESIHATAN BERSEKUTU DI BAWAH AKTA 774BANTING, 19–21 Oktober 2026 – Bengkel Penetapan...
23/10/2026

πŸ“‹ MEMPERKUKUH KAWAL SELIA PROFESION KESIHATAN BERSEKUTU DI BAWAH AKTA 774

BANTING, 19–21 Oktober 2026 – Bengkel Penetapan Syarat dan Kriteria Permohonan Perakuan Amalan Sementara (PAS) bagi Pengamal Profesion Kesihatan Bersekutu di Institusi Pengajian Tinggi telah dianjurkan oleh Majlis Profesion Kesihatan Bersekutu Malaysia (MPKBM) di Villea Morib, Selangor.

Bengkel ini memberi tumpuan kepada penetapan syarat kelayakan, dokumen sokongan serta kaedah penilaian permohonan PAS di bawah Seksyen 24 Akta Profesion Kesihatan Bersekutu 2016 [Akta 774], khususnya bagi pengamal bukan warganegara yang terlibat dalam pengajaran, penyelidikan dan pengajian pascasiswazah.

Profesion Fisioterapi KKM turut terlibat dalam sesi perbincangan dan pemurnian cadangan bagi memastikan kriteria yang dibangunkan mengambil kira keperluan profesion, institusi pengajian tinggi serta keselamatan pesakit dan kepentingan awam.

Semoga usaha ini dapat memperkukuh sistem kawal selia profesion kesihatan bersekutu yang lebih telus, seragam dan berintegriti.






#2035

πŸ“‘ MESYUARAT PEMURNIAN DOKUMEN KEGUNAAN PROFESION FISIOTERAPI BIL. 2 TAHUN 2026πŸ“ 7–8 Oktober 2026 | Institut Endokrin, Ho...
14/10/2026

πŸ“‘ MESYUARAT PEMURNIAN DOKUMEN KEGUNAAN PROFESION FISIOTERAPI BIL. 2 TAHUN 2026

πŸ“ 7–8 Oktober 2026 | Institut Endokrin, Hospital Putrajaya

Jawatankuasa Teknikal Profesion Fisioterapi, Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu (BSKB), Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengadakan Mesyuarat Pemurnian Dokumen Kegunaan Profesion Fisioterapi Bil. 2 Tahun 2026 yang dipengerusikan oleh Encik Mohd Helmi bin Hashim, Ketua Profesion Fisioterapi KKM.

Mesyuarat ini melibatkan wakil fisioterapi dari pelbagai fasiliti seluruh negara bagi menyemak, membincangkan dan memurnikan dokumen kegunaan profesion ke arah penyeragaman amalan, pengukuhan tadbir urus serta peningkatan kualiti perkhidmatan fisioterapi.

Usaha berterusan ini merupakan sebahagian daripada komitmen profesion untuk memastikan dokumen yang dibangunkan kekal relevan, praktikal dan memenuhi keperluan penyampaian perkhidmatan di lapangan.

πŸ‘ Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua ahli mesyuarat atas komitmen, perkongsian kepakaran dan kerjasama yang diberikan dalam memperkukuh pembangunan Profesion Fisioterapi KKM.

Dokumen yang mantap, amalan yang seragam, perkhidmatan yang berkualiti.




#2035

πŸ“‹ MEMPERKUKUH ETIKA PENGIKLANAN PROFESION KESIHATAN BERSEKUTU DI BAWAH AKTA 774PORT DICKSON, 11–13 Oktober 2026 – Sesi L...
14/10/2026

πŸ“‹ MEMPERKUKUH ETIKA PENGIKLANAN PROFESION KESIHATAN BERSEKUTU DI BAWAH AKTA 774

PORT DICKSON, 11–13 Oktober 2026 – Sesi Libat Urus Draf Garis Panduan Pengiklanan di bawah Akta Profesion Kesihatan Bersekutu 2016 [Akta 774] telah diadakan di Klana Beach Resort, Negeri Sembilan, anjuran Majlis Profesion Kesihatan Bersekutu Malaysia.

Sesi ini menghimpunkan wakil pelbagai profesion kesihatan bersekutu, termasuk Profesion Fisioterapi, bagi meneliti dan memurnikan draf garis panduan pengiklanan.

Antara aspek utama yang diberikan perhatian ialah:

πŸ”Ή Prinsip dan etika pengiklanan perkhidmatan profesional.

πŸ”Ή Ketepatan maklumat, ketelusan dan perlindungan pengguna.

πŸ”Ή Kawalan pengiklanan, ketidakpatuhan serta aspek penguatkuasaan.

Penglibatan Profesion Fisioterapi dalam sesi ini mencerminkan komitmen berterusan terhadap amalan profesional yang beretika, berintegriti dan bertanggungjawab demi menjaga kepentingan serta keyakinan masyarakat.





✨ TRANSFORMASI LATIHAN KLINIKAL FISIOTERAPI MELALUI INISIATIF PEMACU PERUBAHAN REHABILITASI (PPR)PUTRAJAYA, 30 September...
14/10/2026

✨ TRANSFORMASI LATIHAN KLINIKAL FISIOTERAPI MELALUI INISIATIF PEMACU PERUBAHAN REHABILITASI (PPR)

PUTRAJAYA, 30 September 2026 – Mesyuarat Cadangan Inisiatif Transformasi Pemacu Perubahan Rehabilitasi (PPR) Bil. 1/2026 telah diadakan di Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu (BSKB), KKM melibatkan Program Fisioterapi dan Program Terapi Cara Kerja ILKKM Sungai Buloh.

Inisiatif ini bertujuan memperkukuh latihan klinikal pelatih dan meningkatkan kapasiti perkhidmatan rehabilitasi melalui kerjasama strategik antara institusi latihan dan fasiliti kesihatan.

Antara fokus utama perbincangan ialah:

πŸ”Ή Memperkukuh pembelajaran klinikal secara langsung bersama pesakit (bedside teaching).

πŸ”Ή Meningkatkan keupayaan tenaga pengajar dalam latihan amali klinikal.

πŸ”Ή Memperluas kolaborasi antara institusi latihan dan hospital bagi menyokong perkhidmatan rehabilitasi yang berkualiti.

Semoga inisiatif ini menjadi pemangkin kepada pembangunan tenaga kerja rehabilitasi yang lebih kompeten serta memperkukuh penyampaian perkhidmatan kepada pesakit.

Memperkasa Latihan, Memperkukuh Perkhidmatan Rehabilitasi! πŸ’ͺ




#2035


πŸŽ‰ 20 TAHUN BSKB | DUA DEKAD MEMPERKASA PROFESION KESIHATAN BERSEKUTUPUTRAJAYA, 29 September 2026 – Sambutan Ulang Tahun ...
14/10/2026

πŸŽ‰ 20 TAHUN BSKB | DUA DEKAD MEMPERKASA PROFESION KESIHATAN BERSEKUTU

PUTRAJAYA, 29 September 2026 – Sambutan Ulang Tahun Ke-20 Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu (BSKB), Kementerian Kesihatan Malaysia yang bertemakan "Memacu Kesihatan MADANI" menjadi detik bermakna dalam menghargai dua dekad pembangunan dan pemerkasaan profesion kesihatan bersekutu di Malaysia.

Profesion Fisioterapi KKM turut berbesar hati menyumbang kepada kejayaan sambutan ini melalui penganjuran Allied for Health (A4H) Run 2026 - virtual run yang menggalakkan pembudayaan gaya hidup aktif dan sihat dalam kalangan warga kesihatan bersekutu.

Setinggi-tinggi tahniah kepada BSKB atas pencapaian 20 tahun penubuhannya, serta penghargaan kepada semua pihak yang telah menjayakan sambutan ini.

Semoga BSKB terus cemerlang dalam menerajui pembangunan profesion kesihatan bersekutu demi perkhidmatan kesihatan yang lebih berkualiti dan kesejahteraan rakyat.

20 Tahun BSKB – Terus Memperkasa, Terus Melangkah! πŸ’™







#2035

πŸ›οΈ MEMPERKUKUH HALA TUJU PROFESION KESIHATAN BERSEKUTU KKMPUTRAJAYA, 28–29 September 2026 – Mesyuarat Pengurusan Ketua P...
14/10/2026

πŸ›οΈ MEMPERKUKUH HALA TUJU PROFESION KESIHATAN BERSEKUTU KKM

PUTRAJAYA, 28–29 September 2026 – Mesyuarat Pengurusan Ketua Profesion dan Timbalan Ketua Profesion Kesihatan Bersekutu KKM Bil. 2/2026 telah berlangsung di Menara Usahawan, Putrajaya, dipengerusikan oleh YBrs. Encik Rusli bin Ibrahim, Pengarah Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu (BSKB), KKM.

Mesyuarat ini menjadi platform penting bagi menyelaras hala tuju dan memperkukuh pembangunan profesion kesihatan bersekutu, dengan tumpuan kepada:

πŸ”Ή Pelaksanaan Pelan Strategik BSKB dan Profesion Kesihatan Bersekutu 2026–2030 serta Pelan Induk Tenaga Kerja Kesihatan Bersekutu 2026–2035.

πŸ”Ή Keperluan perjawatan, pembangunan laluan kerjaya dan kompetensi profesional.

πŸ”Ή Pengukuhan kualiti perkhidmatan, audit, pembangunan profesional berterusan serta tadbir urus profesion.

Penekanan turut diberikan kepada kepimpinan profesion yang proaktif, kerjasama antara profesion dan pelaksanaan inisiatif yang berorientasikan hasil serta memberi impak kepada perkhidmatan dan rakyat.

Bersama memperkukuh profesion, mempertingkat kualiti perkhidmatan dan membina masa depan Kesihatan Bersekutu yang lebih mampan.




#2035

🌿 SARINGAN KECERGASAN FIZIKAL SEMPENA PUTRAJAYA PARKS DAY 2026PUTRAJAYA, 10–11 Oktober 2026 – Program Saringan Kecergasa...
14/10/2026

🌿 SARINGAN KECERGASAN FIZIKAL SEMPENA PUTRAJAYA PARKS DAY 2026

PUTRAJAYA, 10–11 Oktober 2026 – Program Saringan Kecergasan Fizikal oleh Ahli Fisioterapi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah berjaya dilaksanakan bersempena Hari Taman Putrajaya 2026 di Taman Botani Putrajaya, Presint 1.

Alhamdulillah, program ini menerima sambutan yang amat menggalakkan dengan kira-kira 791 pendaftaran saringan sepanjang dua hari penganjuran! πŸŽ‰

Pengunjung berpeluang menjalani pelbagai saringan secara PERCUMA, antaranya:

❀️ Pemeriksaan tanda vital
✊ Penilaian kekuatan otot (Hand Grip & SARC-F)
βš–οΈ Analisis komposisi badan
πŸͺ‘ Penilaian fungsi dan mobiliti (5xSTS)
πŸ‘£ Analisis tekanan tapak kaki
🧠 Saringan fungsi kognitif
πŸ’š Saringan kesihatan mental

Selain mengenali tahap kecergasan dan kesihatan masing-masing, pengunjung turut menerima pendidikan serta nasihat kesihatan daripada petugas yang terlibat.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada Perbadanan Putrajaya, semua agensi yang bekerjasama serta seluruh pasukan petugas atas komitmen dan semangat berpasukan dalam menjayakan program ini.

Terima kasih juga kepada semua pengunjung yang hadir! Semoga usaha ini dapat meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan pengesanan awal, kecergasan fizikal dan amalan gaya hidup sihat.

πŸƒ Lebih Aktif, Lebih Sihat, Bersama Fisioterapi!
πŸ‡²πŸ‡Ύ Sihat itu Saya, Sihat itu Kita, Sihat itu Malaysia!




#2035

Address

Jalan P9, Presint 7, 62250 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Malaysia
Putrajaya
62250

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Laman Rasmi Profesion Fisioterapi KKM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share