27/10/2026
Udara nampak biasa, tapi selamatkah untuk paru-paru kita? 🫁💚
Pernahkah anda keluar rumah ketika jerebu, lalu terasa batuk, tekak tidak selesa atau sukar bernafas? 🤧
Kita mungkin tidak nampak semua bahan pencemar di udara, tetapi udara yang tercemar boleh menjejaskan kesihatan paru-paru, terutama kanak-kanak, warga emas dan individu yang mempunyai penyakit pernafasan.
🌿 Jom lindungi paru-paru kita!
😷 Pakai pelitup muka yang sesuai apabila perlu.
🚭 Jauhi asap rokok.
🏠 Pastikan udara dalam rumah bersih.
🌫️ Kurangkan aktiviti luar ketika jerebu.
💚 Amalkan gaya hidup sihat.
🚨Ingat, paru-paru kita bekerja setiap hari tanpa henti. Jangan tunggu sehingga kesihatan terjejas baru kita mula mengambil berat!