Pusat Rawatan Ikhtiar as-Sofa - Prawis

Call Directions Website

Pusat Rawatan Ikhtiar as-Sofa - Prawis Kami mengalu-alukan kedatangan anda yang mahu memperpanjangkan ikhtiar terhadap gangguan makhluk halus dan mistik Hubungi kami ditalian 011-2303 2804.
(1)

1] RAWATAN

Kami menggunakan 100% pendekatan rohaniyah sebagai kaedah dalam rawatan di PRAWIS, ini bermakna kami tidak mengamalkan cara yang boleh mendatangkan mudarat kepada fizikal pesakit ketika menguruskan makhluk halus yang berada didalam badan pesakit. Apa-apa sahaja yang melibatkan perbuatan syirik dan kepercayaan khurafat tidak akan ditemui di PRAWIS sebaliknya kami mengutamakan nilai-nilai tawhid dan Ihsan.

Masa rawatan ialah setiap hari kecuali Isnin dan Jumaat pada pukul 2 petang - 10 malam. Sila lawati www.prawis.com untuk maklumat yang lebih lanjut.

2] KURSUS PENGAJIAN ILMU GERAK

Disamping merawat, kami juga menganjurkan Kursus Pengajian Ilmu Gerak yang dibuka untuk disertai oleh semua lapisan masyarakat yang beragama Islam. Matlamat kursus ini diadakan adalah untuk melahirkan masyarakat yang ‘celik diri’ dan untuk itu pengisian kursus bertujuan:-

1.Menyedarkan masyarakat kepada potensi kekuatan rohaninya yang sebenar dan mengajar cara-cara untuk mengendalikannya.
2.Memperkenalkan kaedah rawatan yang berasaskan doa dan keupayaan rohani.
3.Memperkenalkan kaedah rawatan yang amat mudah tanpa menggunakan khidmat jin, sebarang peralatan, jampi serapah dan ruqyah.
4.Melahirkan individu yang mampu merawat diri dan masyarakat disamping berupaya memusnahkan syihir dan menundukkan jin hanya dengan tangan kosong.

Kami mengalu-alukan penyertaan anda dan kursus yang dijalankan akan dikendalikan sendiri oleh Pengasas PRAWIS (Tuan Ahmad Sharizal)

Untuk lebih mengenali kami sila kunjungi kami ke Channel Youtube kami di https://www.youtube.com/c/prawis atau ke website kami di www.tasprawis.com

Telah berlangsung Ahad lepas. Terima kasih kepada semua alumni yang hadir.
21/07/2026

Telah berlangsung Ahad lepas. Terima kasih kepada semua alumni yang hadir.

Muhsin
30/06/2026

Muhsin

Petang itu seperti biasa selepas solat Asar, Samsiah akan duduk di gigi sungai yang airnya mengalir tenang di dalam kawa...
19/06/2026

Petang itu seperti biasa selepas solat Asar, Samsiah akan duduk di gigi sungai yang airnya mengalir tenang di dalam kawasan kampung Kuantan, Batang Kali. Sambil dia duduk-duduk menikmati suasana redup di petang itu kelihatan dari kejauhan Merry dan kawan-kawan perempuan sebaya umurnya bergelak ketawa bergurau sambil menuju ke arah sungai. Samsiah tidak mempedulikan mereka dan menyambung kembali menikmati rasa sejuk air sungai yang membasahi dari kaki sampai pehanya.

Merry terlebih dahulu terjun ke dalam sungai yang dalamnya separas pinggang orang dewasa. Diajaknya kawan-kawannya yang seramai tiga orang itu terjun sekali tapi mereka tidak mahu sambil mereka bergelak ketawa tak putus-putus. Mereka semua sebaya berumur 19 tahun.

Lalu Merry meraba-raba dasar sungai untuk mencapai apa sahaja yang dapat untuk dibaling secara acah-acah kepada kawan-kawannya yang berdiri ditebing sungai. Samsiah yang duduk tak jauh hanya tiga meter dari kawan-kawan Merry agak terganggu dengan hiruk pikuk dan aksi mereka. Sampailah tiba-tiba Samsiah merasakan mata kirinya sakit yang amat sangat sehingga dia meraung sekuat-kuat hatinya. Diraba matanya yang sakit itu dan barulah dia sedari matanya sudah pecah berdarah dan terjojol keluar bergantungan sehingga melepasi dagunya akibat terkena balingan batu sungai oleh Merry.

Dengan hati yang panas membara Samsiah terus terjun ke dalam sungai dan menampar muka Merry. Tak cukup dengan itu Samsiah terus menyelam dan menarik tubuh Merry ke dasar sungai apabila Merry telah tumbang selepas ditamparnya.

Kawan-kawan Merry panik apabila melihat tiba-tiba Merry rebah ke dalam sungai tanpa sebab dan terkapai-kapai. Mereka serentak memekik meminta tolong. Dua tiga orang pemuda kelihatan terjun ke dalam sungai untuk menyelamatkan Merry yang masih terkapai-kapai. Aneh, walaupun tiga orang lelaki itu cuba menarik badan Merry ke tebing, mereka merasakan seolah-olah badan Merry seberat anak lembu. Mereka laungkan lagi pertolongan sebab tak dapat mengangkat badan Merry malah merasakan badan Merry seperti ditarik-tarik ke dasar.

Hati Samsiah yang ketika itu masih panas, segera menarik dengan kuat tubuh Merry ke dasar sungai. Merry sudah tercungap-cungap nyawa-nyawa ikan. Ketika itulah Samsiah mendengar laungan azan yang dilaungkan dengan kuat oleh imam Bustamam betul-betul dibelakangnya. Entah bila imam Bustamam terjun ke dalam sungai. Tiba-tiba sudah ada dibelakang Samsiah. Samsiah terkejut, akibatnya badannya terdesak seolah-oleh tersedut masuk ke dalam badan Merry tatkala tubuh Merry dapat direntap dari atas. Samsiah terkejut dan memekik apabila tiba-tiba mendapati tubuhnya dipegang beberapa orang lelaki dan membawanya naik ke tebing. Terasa mata kirinya masih sakit begitu jugalah hatinya.

Kawan-kawannya bersyukur Merry dapat diselamatkan namun anehnya mereka dapati Merry berteriak mengomel dengan mengulang-ngulang berkata mata kirinya sakit sambil menyumpah seranah orang yang sedang memegangnya. Imam Bustamam mengarahkan Merry dibawa naik ke surau.

Semua yang ada di dalam surau dengar dengan jelas imam Bustamam membacakan ayatul Kursi seraya ditiupkan ke muka Merry.

“Keluar kau setan!” Bentak imam Bustamam.

Samsiah sudah takut separuh mati bila dijerkah oleh Imam Bustamam yang dalam lingkungan usia 70an itu. Bukan Samsiah tak kenal imam Bustamam yang peramah dan baik orangnya itu namun Samsiah agak terkilan bila imam Bustamam mengancam untuk sakitkan dirinya yang sudah sedia sakit dengan mata kirinya terjojol keluar jika tak mahu keluar dari tubuh Merry. Masalahnya, Samsiah bukan tak nak keluar tapi dia tak tahu macam mana cara nak keluar. Dia bukannya hantu yang s**a-s**a masuk keluar badan orang untuk sengaja menyakat.

“Aku kata keluar!” Pekik imam Bustamam sambil menekan jari telunjuk tangan kiri Merry dengan kuku ibu jari tangan kanannya yang saiznya dua kali ganda lebih besar dari ibu jari Merry. Serentak dengan tekanan itu, Samsiah terus terpekik kesakitan meminta ampun kepada imam Bustamam.

Ketika itu mahu je Salmah menarik keluar sahabatnya Samsiah keluar dari tubuh Merry tapi malangnya dia pun tak tahu macam mana caranya. Apa yang Salmah tahu petang itu macam hari-hari sebelumnya, dia akan datang menemui sahabatnya Samsiah di sungai untuk membersihkan ayam hutan miliknya dan mereka akan bermain-main dengan ayam hutan itu sehingga senja.

Akibat sakit yang tak tertahankan dari tekanan jari yang dilakukan oleh imam Bustamam tersebut, Samsiah akhirnya pengsan tak sedarkan diri. Serentak waktu itu jugalah Merry mulai sedar dan perlahan-lahan memanggil nama Mak Dian ibunya.

Sejak kembali sedar dan pulih, sehari dua selepas kejadian dia hampir lemas disungai kampung Kuantan, Merry sentiasa merasakan keadaan yang tidak selesa dibahagian mata kirinya namun dia pun tak faham apa yang dirasainya itu. Seolah-olah dia merasakan mata kirinya terjojol keluar. Tiada seorang pun dia beritahukan hal itu kerana menganggapnya tak penting. Dia hanya meneruskan kehidupan seperti biasa.

Samsiah masih dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam badan Merry dan Salmah masih sentiasa berada disisi Samsiah untuk menemani sahabatnya itu sambil berlinangan air mata mengenangkan nasib sahabatnya itu.

Petang itu tiba-tiba Samsiah tersedar dari pengsannya dan cuba melarikan diri untuk keluar dari badan Merry yang ketika itu baru sahaja beberapa minit Merry merebahkan badan untuk tidur petang. Pada kenyataan, terlihat Merry yang sedang cuba melarikan diri dari rumah Pak Dali. Ketika itulah Pak Dali dan Pak Mansor yang sama-sama menaiki motor dari kedai Tapa tiba di rumah lantas dengan tiba-tiba Mak Dian yang dalam ketakutan terus memeluk erat suaminya.

Samsiah mengamuk bersarungkan tubuh Merry. Pak Mansor selaku bomoh handal di kampung itu pun tidak dapat menundukkannya. Pada ketika itulah kelibat motor RGV hijau ditunggang seorang pemuda memasuki kampung Batu 30 dan berhenti di bawah pokok p**asan dalam kawasan halaman rumah Pak Dali. Dia menyelusup ditengah-tengah kerumunan jiran yang sedang cemas dan terus berdiri dihadapan Samsiah seraya memberi salam.

Samsiah tidak menjawab salam namun menjeling tajam ke arah pemuda dihadapannya yang memakai baju kemeja kelabu lengan panjang, berseluar slack hitam dan memakai kasut office hitam sambil raut wajahnya senyum tanpa menunjukkan sebarang riak takut, tak macam orang kampung yang berwajah takut dan cemas.

Bermula Samsiah nak memaki pemuda itu tiba-tiba dirasakannya lidahnya kelu. Nak di terkamnya pemuda itu tiba-tiba tubuhnya tak boleh bergerak walau berkutik sedikit pun. Samsiah mulai cemas. Dia segera tahu keadaan yang dirasakan itu ada kena-mengena dengan tindakan pemuda yang ada di depannya itu tapi Samsiah tidak tahu apa yang pemuda itu telah buat padanya.

Tidak seperti Pak Mansor yang menyemburkan jampi serapah yang membuatkannya tidak selesa dengan ugutan yang terkandung dalam serapah itu lantas melumurkan badannya dengan bawang dan cili. Matanya juga disembur dengan lada hitam yang membuatkan mata kirinya yang terjojol keluar bertambah sakit dan pedih. Tidak juga seperti imam Bustamam yang menekan-nekan jarinya, membuatkan hampir sahaja tercabut jari jemarinya. Samsiah merasakan penderaan yang amat dahsyat dari tindakan mereka berdua. Pada zahirnya kuku jari-jemari tangan dan kaki Merry hampir kesemuanya lebam termasuk jugalah pada beberapa anggota pada badannya.

Namun berbeza p**a dengan tindakan pemuda itu, Samsiah saksikan sendiri perlahan-lahan pemuda itu yang sambil tak lekang senyuman di raut wajahnya memasukkan kembali mata Samsiah yang terjojol keluar berjuntaian dibawah dagu, kembali ke dalam rongga matanya. Apabila pemuda itu mulai bertindak menghembus mata kirinya, Samsiah merasakan udara nyaman mengalir menyelubungi mata kirinya. Matanya kembali kukuh ditempat asal.

“Sekarang dah boleh keluar ikut ibu jari kaki kanan ye” Ringkas sahaja pemuda itu mengarahkan Samsiah dan tiba-tiba badan Samsiah boleh bergerak kembali dan mulutnya boleh bercakap. Sebenarnya apakah yang dilakukan oleh pemuda itu ke atas dirinya tidaklah Samsiah nampak dan tahu.

Dalam suasana yang mengejutkan itu terlepas keluar dari mulut Samsiah, “Terima kasih ustaz.”

“Eh! Aku bukan ustaz, panggil aku tuan je sama macam kau panggil orang lain tuan.” Balas pemuda itu.

Tak tahu Samsiah bagaimana lagi mahu berterima kasih dengan pemuda itu yang bersikap lunak terhadapnya malah mengubati mata kirinya yang sedang sakit. Lebih mengejutkan lagi pemuda itu terus membuka laluan keluar untuknya. Tak berlengah Samsiah terus keluar dari badan Merry. Seketika kemudian Merry sedarkan diri dan Mak Dian terus merangkul tubuh anak gadisnya dengan erat.

Melihat Merry sudah sedar dan pulih, pemuda itu kelihatan menuju ke motornya dan terus meninggalkan mereka semua yang masih dalam keadaan terpinga-pinga.

“Mak, kenal ko siapo pamudo tadi tu?”
(Emak kenal ke siapa pemuda tu tadi?) Tanya Desri kepada Mak Dian.

“Kan itu Muhsin, cucu Nek Piah!” Balas Mak Dian.

Lamunan Desri berpijak kembali ke dunia nyata tatkala Desri menegur abangnya itu yang kelihatan termenung jauh. Hati Desri tertanya-tanya dan tidak menyangka bahawa Muhsin selain pandai berbomoh, dia juga pandai bersilat sampai adiknya sendiri telah mencabar Muhsin berlawan. Sebenarnya Dariyus masih belum tahu yang menyelamatkan adik mereka Merry ketika dirasuk puaka sungai pada tiga bulan lepas adalah Muhsin.

“Ambo harus batanyo ka Dariyus tantang apo yang tajadi malam paralawanannyo jo Muhsin.”
(Aku mesti bertanyakan Dariyus tentang apa yang terjadi pada malam perlawanannya dengan Muhsin.) Getus hati Desri.

——-
Tajuk: Permainan Ilmu Gerak
Episod: Usul
Bahagian 5
TAS

“Jauah manung, apo ko pikir?”(Jauh menung, kau fikir apa?)“Soal tantangan aku jo Bang Muhsin tigo hari yang lalu.”(Pasal...
18/06/2026

“Jauah manung, apo ko pikir?”
(Jauh menung, kau fikir apa?)

“Soal tantangan aku jo Bang Muhsin tigo hari yang lalu.”
(Pasal cabaran aku dengan bang Muhsin tiga hari lepas.)

“Ko baralawan jo dia? Bana ko!”
(Kau berlawan dengan dia? Betul ni!)

“Bana, Bang Desri… sampai kini aku ndak paham apo yang tajadi malam tu.”
(Betul bang Desri… sampai sekarang aku tak faham malam tu apa yang dah terjadi.)

Dariyus menguis-nguis tanah dengan lidi penyapu yang dia pun tak perasan masa bila lidi tu ada ditangannya. Tahu-tahu tanah di depannya sudah kian dalam dikuisnya. Abang kandungnya Desri, sebenarnya sudah agak lama memerhatikan tingkah laku adiknya Dariyus sedari tadi yang kelihatan resah.

“Cubo ceritokan ka ambo apo yang tajadi.”
(Ceritakanlah kat aku apa yang berlaku.)

“Ayolah Bang Desri, kito p**ang dulu.”
(Jomlah bang Desri kita balik dulu.)

Ujar Dariyus sambil mengenakan topi keledar kemudian terus menghidupkan enjin Honda EX5 milik ayahnya dan Desri terus naik memboncengnya.

Sesampainya di halaman rumah mereka, kelibat Suman nampak sedang bangkit dari sila panggungnya di bawah pokok p**asan. Setelah Dariyus dan Desri bersalaman dengan Suman, cepat sahaja Dariyus ditarik Suman menjauhi Desri dan membisikkan sesuatu. Desri hanya menjeling tindakan Suman dan terus masuk ke dalam rumah. Namun telinga Desri sempat menangkap butir bicara Dariyus yang bersetuju menurut ajakan Suman ke gelanggang malam nanti.

Sebenarnya ketika itu fikiran Desri ligat mengimbau apa yang berlaku pada tiga bulan lepas semasa adik perempuannya yang bernama Merry disampuk puaka sungai. Desri saksikan sendiri bagaimana perlakuan Merry tiba-tiba berubah menjadi garang dan kulit badannya berubah kusam. Matanya merah menjegil liar sambil terpekik memaki hamun dan menerkam sesiapa sahaja yang lalu didepannya.

Kala itu Pak Mansor mengarahkan sahabatnya Pak Dali dan anaknya Desri untuk menangkap dan menjatuhkan tubuh Merry ke tanah sambil Pak Mansor berdiri membacakan sesuatu.

Sebenarnya secara kebetulan waktu itu Pak Mansor singgah di rumah Desri menumpangkan Pak Dali balik dari kedai Tapa menaiki motornya. Manalah tahu Mak Dian tiba-tiba meluru ke luar rumah dan terus bersembunyi di belakang suaminya Pak Dali. Pak Dali ketika itu dapat merasakan badannya seolah-olah dilanda gempa kerana tubuh isterinya yang sedang memeluknya menggigil ketakutan yang amat sangat.

Entah bila orang kampung sudah mulai ramai mendatangi rumah Pak Dali. Desri masih berusaha menahan tubuh Merry dari bangkit. Pak Mansor masih mengerahkan asanya untuk mengusir puaka sungai yang masih merasuki Merry.

Sebagai bomoh di kampung itu, Pak Mansor memang menjadi orang harapan penduduk kampung bila terjadi kes sampuk namun kali ini Desri dapat lihat asa Pak Mansor tidak membuahkan hasil. Inilah kali pertama Desri melihat Pak Mansor ‘goyang’ bila berhadapan dengan kes ras**an. Apakan tidak, bila sekonyong-konyong nampak Ros berlari tercungap-cungap mendapatkan ayahnya Pak Mansor untuk beritahu emaknya Mak Tom tumbang ketika membakar sampah dibelakang rumah.

Memang sebelum itu puaka sungai yang merasuki Merry terpekik kesakitan setelah digasak Pak Mansor namun sempat juga puaka sungai itu mengugut akan membalas dengan buat sesuatu bencana ke atas isteri Pak Mansor. Apabila Ros bagitahu Mak Tom tiba-tiba rebah semasa membakar sampah, raut wajah Pak Mansor terkejut dan pucat. Terus Pak Mansor berkejar ke rumah untuk memulihkan isterinya. Namun sempat Pak Mansor meminta maaf kepada Pak Dali kerana nyawa isterinya juga kena diselamatkan.

Tinggallah ketika itu Desri, Pak Dali dan Mak Dian dalam keadaan buntu serta orang kampung yang tak tahu nak buat apa. Puaka sungai yang merasuk Merry kian galak ketawa melihat Pak Mansor sudah mengalah.

Ditengah keributan itu seorang pemuda kelihatan turun dari motor Suzuki RGV berwarna hijau yang baru sahaja berhenti di bawah pokok p**asan dan terus menyelusup di antara orang kampung yang berkerumun. Dia lalu berdiri berdepan dangan puaka sungai yang sedang merasuk Merry. Perlahan-lahan pemuda itu menanggalkan topi keledarnya dan memberi salam… “Assalamu’alaikum.”

——-
Tajuk: Permainan Ilmu Gerak
Episod: Usul
Bahagian 4
TAS

Min macam nak pegi terus je makan kat Ayam Gepuk bila baca status di wall Terapi hanan ni. *Min kalau s**a memang akan t...
18/06/2026

Min macam nak pegi terus je makan kat Ayam Gepuk bila baca status di wall Terapi hanan ni.

*Min kalau s**a memang akan teringat Ayam Gepuk. Tak tahulah kenapa.

Dengan Pusat Rawatan Ikhtiar as-Sofa - Prawis – Saya baru sahaja diiktiraf sebagai salah seorang peminat teratas mereka! 🎉

Di tengah gelanggang telah berdiri dua orang lelaki sedang dalam kedudukan bersedia kerana petang tadi persetujuan telah...
16/06/2026

Di tengah gelanggang telah berdiri dua orang lelaki sedang dalam kedudukan bersedia kerana petang tadi persetujuan telah dibuat. Walaupun pada asalnya Muhsin sudah sedaya upaya mengelak dengan baik.

Ini semua gara-gara Suman yang tak pandai jaga mulut sampai Dariyus sendiri datang ingin mencabar untuk merasai sendiri ‘sentuhan’ Muhsin. Dariyus ialah pendekar muda datang dari seberang. Baru sampai seminggu dari Nago Baralih, Riau ke Batang Kali.

Selesai mengambil wudhuk, Muhsin mempercepatkan langkahannya untuk memasuki ke tengah gelanggang. Tanpa berlengah Dariyus terus membuka langkah Sendeng terjun ke tengah gelanggang tatkala terlihat kelibat Muhsin. Dia bertari lincah membawa badannya yang kekar. Gerakan kaki, siku dan tangannya yang menghenyak dan menghentak, jelas seolah-olah mahu memekikkan ‘nahas kau aku kerjakan’.

Tidak berkedip mata Suman terpesona memandang tari yang dipertontonkan Dariyus. Hal itu telah menyalakan api semangat pendekarnya yang telah lama terpendam. Suman sebagai anak jati Batang Kali bukan calang-calang orang sebab beliau salah seorang dari orang berempat silat Pendekar Bertuah.

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Muhsin mulai mengerti pepatah Melayu itu ketika melihat kependekaran Dariyus dan geruh yang bakal terjadi tatkala mengenangkan persetujuannya petang tadi.

“Kenapalah aku tergamak menyahut cabarannya.” Gumam Muhsin menyesali tindakannya yang bodoh petang tadi.

Dengan hati yang berat Muhsin ‘membuka gerak’ berhadapan dengan pendekar dari tanah Riau. Dariyus adalah satu-satunya murid terbilang yang dikatakan pernah mengalahkan gurunya sendiri.

Malam itu sayembara mempertahankan siapa paling anak jantan dalam ilmu zahir dan batin pun bermula. Bukan membuktikan siapa paling hebat tapi siapa yang paling lelaki.

——-
Tajuk: Permainan Ilmu Gerak
Episod: Usul
Bahagian 3
TAS

Muhsin mengerti akidah sahaja tidak dapat menghurai misteri disebalik IG, wajib bermakrifah. Bermakna makrifah dahulu ba...
16/06/2026

Muhsin mengerti akidah sahaja tidak dapat menghurai misteri disebalik IG, wajib bermakrifah. Bermakna makrifah dahulu baru akidah. Bila makrifah dah mantap barulah persoalan ‘gerak tanpa menggerak’ dah tak misteri lagi.

"IG bersumber dari…

Hantu? Orang yang dirasuk hantu, ketika tu dirinya tak sedar. Justeru kelakuan dirinya ketika tu semuanya tindakan hantu yang merasuk tu. Dalam kes ni saka, pontianak dan sebagainya tergolong sekali.

Rijalul ghaib? Sama macam orang kena rasuk tapi dipercayai yang merasuk tu roh-roh para wali. Mereka masuk ke dalam tubuh orang yang dirasuk sebab nak beri pertolongan.

Orang Bunian dan Kayangan? Sama jugak macam orang kena rasuk. Kedua-duanya dipercayai manusia juga cuma ghaib namun yang bezanya orang bunian tinggal di bumi sementara orang kayangan di langit.

Leluhur? Pun sama jugak macam orang kena rasuk tapi bezanya yang rasuk tu menurut kepercayaannya adalah roh nenek moyang sendiri. Ni viral sekarang di sosmed. Bagi masyarakat Kejawen, mistik leluhur ni dah lama."

Keempat-empat di atas berlaku secara Sampuk namun boleh juga berlaku secara Menurun atau Pengaruh. Apa yang penting keempat-empat benda alah ni bukan sumber IG sebab jelas kesemuanya itu jin."

Getus hati Muhsin tatkala menyemak kembali pengetahuan yang dah lama bersarang di dalam dadanya.

Dengan langkah yang bersahaja Muhsin bersegera berdiri ke gigi sungai untuk mengambil wudhuk. Waktu itu jam sedang menunjukkan 10 malam.

——-
Tajuk: Permainan Ilmu Gerak
Episod: Usul
Bahagian 2
TAS

Ada orang kata IG ni tak payah beramal maknanya takde amalan, betul ke Ayah Su? Sebab lepas diijazahkan terus ‘gerak’. P...
09/06/2026

Ada orang kata IG ni tak payah beramal maknanya takde amalan, betul ke Ayah Su? Sebab lepas diijazahkan terus ‘gerak’. Persoalannya macam mana boleh jadi macam tu?

Hang kalau bangun pagi pastu terus bangkit pi tandas, hang perlu buat ke dulu amalan gerak bangkit dan pi tu?

Tak.

Maknanya bukan ke situ sepatutnya hang tanya Ilmu Gerak ni.

Dah tu nak tanya apa?

Tanyalah lagu ni, pergerakan bangkit dan pi tandas tu mai dari mana? Haa, huraian tentang tu nantinya akan membuka faham llmu Gerak ni kat hang.

Mai dari mana?

Allah.

Huraikanlah Ayah Su.

Nak hurai apa lagi, hang pi ngaji Usuludin lah.

3 bulan kemudian.

Dah tau dah Ayah Su. Bila ternafi kam munfasil pada af’al Allah bermakna quwwah dan tabiat makhluk tak memberi bekas.

Hang ngaji Usuludin (ilmu Tauhid) dengan sapa?

Dengan ustaz Wan kat masjid.

Cantik… cantik.

Jadinya macam mana orang yang sebelum ni tak reti bergayong boleh reti p**ak kalau sekadar dah tahu ilmu Tauhid?

Sebab hang tak tau macam mana nak pakai ilmu Tauhid yang ada kat dada hang tu.

Pakai?! Nak pakai ilmu Tauhid tu macam mana? Hurailah lagi Ayah Su.

Nak pakai dia mula-mula hang kena tau macam mana jalan nak mengamalkan ilmu Tauhid yang hang dah tau tu.

Macam mana cara nak mengamal? Tak dak dalam Usuludin.

Sungguhlah tak dak dalam Usuludin. Bab mengamal ni hang kena mengaji Usul Tahkik.

3 tahun kemudian.

Hang ada apa lagi nak tanya?

Tak dak apa dah Ayah Su. Semuanya jelas dah.

Sin, makrifah (Usul Tahkik) yang hang dah alami tu lebih besar berbanding Ilmu Gerak yang hang tanyakan dulu tu. Dia (Ilmu Gerak) jadi besar sebab kebesaran makrifah tu. Tanpa makrifah kelebihan hang hanya menumpang ijazah. Ilmu Gerak hanyalah secebis kecil manfaat duniawi yang tidak terpisah darinya.

Faham, Ayah Su.

Sambil menutup kenangan dulu dari renungan, Muhsin beransur-ansur bangun meninggalkan pusara Ayah Su. Nasihat Ayah Su masih kekal terpahat dihatinya sehingga kini.

———-
Tajuk: Permainan Ilmu Gerak
Episod: Usul
Bahagian 1
TAS

26/05/2026

Selamat Hari Raya Aidiladha.

Beliau antara alumni KSSI yang berjaya ‘berdiri dikaki sendiri’ setelah jenuh ‘bertemu lutut’ dengan TAS secara suri. 10...
20/05/2026

Beliau antara alumni KSSI yang berjaya ‘berdiri dikaki sendiri’ setelah jenuh ‘bertemu lutut’ dengan TAS secara suri. 100% IG tanpa campur aduk dengan ilmu lain.

Disisi TAS ramuan kejayaan tidak hanya terhenti pada mempelajari (adat) ilmu rawatan IG semata-mata bahkan wajib selaraskan dengan rohani yang telah mengenal (Hakikat) Allah Tuhan Robbul Jalil. Kata TAS, pastikan datangnya kita didunia ini ‘bersambut’, p**angnya nanti ‘berjemput’.

Address

2C-2-11, Jalan Rawang Mutiara 3, Rawang Mutiara Business Centre 2
Rawang
48000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Rawatan Ikhtiar as-Sofa - Prawis posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share