Pejabat Kesihatan Segamat

Call Directions Website

Pejabat Kesihatan Segamat Pejabat Kesihatan Segamat official page. https://jknjohor.moh.gov.my/pkdsegamat/

𝗦𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧𝗔𝗡 𝗕𝗨𝗟𝗔𝗡 𝗞𝗔𝗨𝗡𝗦𝗘𝗟𝗜𝗡𝗚 𝗣𝗘𝗥𝗜𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗝𝗢𝗛𝗢𝗥 𝟮𝟬𝟮𝟲Tarikh: 22 Oktober 2026 Masa: 7.30 pagi - 2 petang Tempat: Dewan Se...
26/10/2026

𝗦𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧𝗔𝗡 𝗕𝗨𝗟𝗔𝗡 𝗞𝗔𝗨𝗡𝗦𝗘𝗟𝗜𝗡𝗚 𝗣𝗘𝗥𝗜𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗝𝗢𝗛𝗢𝗥 𝟮𝟬𝟮𝟲

Tarikh: 22 Oktober 2026
Masa: 7.30 pagi - 2 petang
Tempat: Dewan Serbaguna Bandar Utama, Segamat

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Sambutan Bulan Kaunseling Peringkat Negeri Johor bertemakan “Kaunseling Era Digital: Memacu Kesejahteraan” pada 22 Oktober 2026 bertempat di Dewan Serbaguna Bandar Utama, Segamat.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Dr. Hj. Mohtar Bin Hj. Pungut @ Hj. Ahmad, Pengarah Kesihatan Negeri Johor. Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan atas kesudian beliau merasmikan serta memberi sokongan padu terhadap inisiatif pembudayaan kesihatan mental yang selari dengan kepesatan teknologi masa kini.

Suasana sambutan cukup meriah dan interaktif dengan pelbagai aktiviti:
🏃‍♀️ Senamrobik
🧩 Cabaran Explorace
🎤 Pocket Talk Kesihatan
🖼️ Pameran Kesihatan
💪 Saringan Kecergasan di Lori Wellness on Wheels (WoW)
🦷 Pemeriksaan Kesihatan Pergigian
🥤 Kiosk jualan (Yakult, Food Truck dll)

Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua agensi kerajaan, pihak swasta, usahawan, serta seluruh Jawatankuasa Pelaksana yang telah berganding bahu menjayakan program ini. Kerjasama erat antara agensi adalah tunjang kejayaan acara ini! 🤝💪

Selaras dengan tema Kaunseling Era Digital, diharapkan program ini dapat membuka ruang dan mempermudah akses masyarakat kepada perkhidmatan kaunseling menerusi platform moden, di samping mengikis stigma dan menyemai kesejahteraan emosi dalam kalangan Bangsa Johor.

26/10/2026

PINK OCTOBER: Know. Check. Take Action.

Tune in to Traxxfm at 10.15 am with Dr. Anita Baghawi, Breast and Endocrine Surgeon from Putrajaya Hospital

📆 Jom sertai kami menjayakan kempen   pada minggu hadapan!🌎 130 negara berganding bahu untuk menyebarkan kesedaran tenta...
26/10/2026

📆 Jom sertai kami menjayakan kempen pada minggu hadapan!

🌎 130 negara berganding bahu untuk menyebarkan kesedaran tentang kepentingan melaporkan kesan sampingan yang disyaki disebabkan oleh penggunaan ubat-ubatan.

💙 Bersama-sama kita jadikan ubat lebih selamat untuk semua.

Ketahui cara untuk kepada NPRA —
👉 sebagai anggota kesihatan, atau
👉 sebagai pengguna

melalui 🌐 www.npra.gov.my

📌 Pengguna digalakkan berbincang terlebih dahulu dengan anggota kesihatan mengenai kesan sampingan yang dialami sebelum membuat laporan kepada NPRA.





𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐓𝐞𝐫𝐛𝐮𝐤𝐚 𝐊𝐥𝐢𝐧𝐢𝐤 𝐊𝐞𝐬𝐢𝐡𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐦𝐚𝐧𝐢𝐬 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟔Tarikh: 21 Oktober 2026Masa: 8.00 pagi Tempat: Klinik Kesihatan Pemanis,...
23/10/2026

𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐓𝐞𝐫𝐛𝐮𝐤𝐚 𝐊𝐥𝐢𝐧𝐢𝐤 𝐊𝐞𝐬𝐢𝐡𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐦𝐚𝐧𝐢𝐬 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟔

Tarikh: 21 Oktober 2026
Masa: 8.00 pagi
Tempat: Klinik Kesihatan Pemanis, Segamat.

Alhamdulillah, telah melabuhkan tirainya program Hari Terbuka Klinik Kesihatan Pemanis yang berlangsung dengan penuh meriah selama 3 hari berturut-turut, kemuncaknya pada 21 Oktober 2026.

Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan dengan jayanya oleh Yang Berhormat Tuan Haji Anuar bin Abd. Manap, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor. Pihak jawatankuasa merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YB atas kesudian hadir menyokong inisiatif kesihatan komuniti ini.

Sepanjang 3 hari program berlangsung, pelbagai aktiviti bermanfaat telah dijalankan bersama komuniti setempat, antaranya:
🩺 Pameran Kesihatan & Saringan Kesihatan
🤝 Ziarah Kasih ke rumah pesakit
📖 Majlis Bacaan Yasin & Doa Selamat
🏃‍♂️ Sukaneka

Setinggi-tinggi tahniah dan jutaan terima kasih diucapkan kepada seluruh warga kerja dan anggota kesihatan Klinik Kesihatan Pemanis, Panel Penasihat Klinik Kesihatan (PPKK) Pemanis, serta barisan Ahli Jawatankuasa pelaksana yang telah bertungkus-lumus membanting tulang bagi memastikan program ini berjalan lancar dari awal hingga akhir. Komitmen anda semua luar biasa! 👏💪

Semoga penganjuran program seperti ini dapat terus memperkukuhkan ukhuwah serta jambatan hubungan antara warga klinik dengan komuniti, di samping meningkatkan tahap literasi dan pembudayaan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat setempat.

21/10/2026
𝐉𝐞𝐥𝐚𝐣𝐚𝐡 𝐀𝐠𝐞𝐧𝐝𝐚 𝐍𝐚𝐬𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐒𝐢𝐡𝐚𝐭 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐌𝐲𝐂𝐇𝐀𝐌𝐏𝐈𝐎𝐍 𝐝𝐢 𝐋𝐚𝐛𝐢𝐬 (𝐊𝐚𝐦𝐩𝐮𝐧𝐠 𝐒𝐠. 𝐆𝐚𝐭𝐨𝐦 & 𝐋𝐚𝐛𝐢𝐬 𝐄)Tahniah & syabas diucapk...
21/10/2026

𝐉𝐞𝐥𝐚𝐣𝐚𝐡 𝐀𝐠𝐞𝐧𝐝𝐚 𝐍𝐚𝐬𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐒𝐢𝐡𝐚𝐭 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐌𝐲𝐂𝐇𝐀𝐌𝐏𝐈𝐎𝐍 𝐝𝐢 𝐋𝐚𝐛𝐢𝐬 (𝐊𝐚𝐦𝐩𝐮𝐧𝐠 𝐒𝐠. 𝐆𝐚𝐭𝐨𝐦 & 𝐋𝐚𝐛𝐢𝐬 𝐄)

Tahniah & syabas diucapkan kepada Pasukan MyCHAMPION Segamat kerana telah menjayakan program Jelajah ANMS bersama MyCHAMPION di Labis (Kampung Sungai Gatom & Labis E) pada 18 Oktober 2026 (Ahad).

Ahli MyCHAMPION (COMBI, KOSPEN, Ikon Gigi, Duta Ubat, Panel Penasihat Klinik Kesihatan) merupakan Jurucakap dengan memberi mesej kesihatan seperti Pencegahan Denggi, Penggunaan Ubat yang betul, Inisiatif Saringan Kesihatan, Kesihatan Pergigian dan pembudayaan gaya hidup sihat dan aktif.

Aktiviti yang dijalankan sepanjang program adalah lawatan ke 10 buah rumah yang terlibat, demonstrasi cara memberus gigi, pertandingan mewarna bagi orang dewasa.

Program ini bukan sekadar aktiviti, tetapi satu usaha bersama untuk memperkasa komuniti, membudayakan gaya hidup sihat dan menjadikan kesihatan sebagai tanggungjawab bersama.
Tahniah & terima kasih kepada semua yang terlibat.

20/10/2026
20/10/2026

🌫️🚭 JEREBU DI LUAR, JANGAN TAMBAH ASAP DI DALAM RUMAH!

Apabila udara di luar tercemar akibat jerebu, pastikan rumah kita menjadi tempat yang lebih selamat untuk seisi keluarga. 🏡💙

Tahukah anda? Asap rokok di dalam rumah boleh menjejaskan kualiti udara dan meningkatkan pendedahan ahli keluarga kepada bahan berbahaya, termasuk kanak-kanak, warga emas dan individu yang menghidap penyakit kronik.

Jom lindungi keluarga dengan langkah mudah ini:
✅ Jangan merokok di dalam rumah.
✅ Lindungi kanak-kanak daripada pendedahan kepada asap rokok.
✅ Utamakan kesihatan warga emas.
✅ Berikan perlindungan kepada ahli keluarga yang mempunyai penyakit kronik.
✅ Pastikan udara di dalam rumah sentiasa bersih dan selamat.

💙 Rumah sepatutnya menjadi tempat berlindung, bukannya tempat terdedah kepada pencemaran udara.

Sempena musim jerebu ini, marilah kita bersama-sama mewujudkan persekitaran rumah yang lebih sihat demi kesejahteraan keluarga tersayang.

Jerebu di luar, udara bersih di dalam. Sayangi keluarga, hentikan asap rokok di rumah!

𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐒𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢 𝐌𝐚𝐝𝐚𝐧𝐢 & 𝐏𝐞𝐥𝐚𝐧𝐜𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐈𝐧𝐭𝐞𝐠𝐫𝐚𝐬𝐢 𝐊𝐚𝐰𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐋𝐚𝐥𝐚𝐭 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐞𝐩𝐚𝐝𝐮 𝐦𝐞𝐥𝐚𝐥𝐮𝐢 𝐁𝐥𝐚𝐜𝐤 𝐒𝐨𝐥𝐝𝐢𝐞𝐫 𝐅𝐥𝐲 (𝐁𝐒𝐅) Tarikh: 17 ...
20/10/2026

𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐒𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢 𝐌𝐚𝐝𝐚𝐧𝐢 & 𝐏𝐞𝐥𝐚𝐧𝐜𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐈𝐧𝐭𝐞𝐠𝐫𝐚𝐬𝐢 𝐊𝐚𝐰𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐋𝐚𝐥𝐚𝐭 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐞𝐩𝐚𝐝𝐮 𝐦𝐞𝐥𝐚𝐥𝐮𝐢 𝐁𝐥𝐚𝐜𝐤 𝐒𝐨𝐥𝐝𝐢𝐞𝐫 𝐅𝐥𝐲 (𝐁𝐒𝐅)

Tarikh: 17 Oktober 2026
Masa: 8.00 pagi
Tempat: Kampung Mensudut Lama, Segamat

Majlis Santuni MADANI dan Pelancaran Program Integrasi Kawalan Lalat Bersepadu melalui Black Soldier Fly (BSF) telah disempurnakan oleh Pengarah Kesihatan Malaysia, YBhg. Datuk Dr. Mahathar Abd Wahab.

𝐓𝐚𝐡𝐧𝐢𝐚𝐡 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐚𝐧𝐠𝐠𝐨𝐭𝐚 𝐤𝐞𝐬𝐢𝐡𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐣𝐚𝐛𝐚𝐭 𝐊𝐞𝐬𝐢𝐡𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐞𝐫𝐚𝐡 𝐒𝐞𝐠𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐦𝐞𝐧𝐚𝐧𝐠 𝐏𝐞𝐫𝐭𝐚𝐧𝐝𝐢𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐌𝐞𝐰𝐚𝐫𝐧𝐚 𝐌𝐞𝐫𝐝𝐞𝐤𝐚 𝟐𝟎𝟐𝟔! 🇲...
20/10/2026

𝐓𝐚𝐡𝐧𝐢𝐚𝐡 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐚𝐧𝐠𝐠𝐨𝐭𝐚 𝐤𝐞𝐬𝐢𝐡𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐣𝐚𝐛𝐚𝐭 𝐊𝐞𝐬𝐢𝐡𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐞𝐫𝐚𝐡 𝐒𝐞𝐠𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐦𝐞𝐧𝐚𝐧𝐠 𝐏𝐞𝐫𝐭𝐚𝐧𝐝𝐢𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐌𝐞𝐰𝐚𝐫𝐧𝐚 𝐌𝐞𝐫𝐝𝐞𝐤𝐚 𝟐𝟎𝟐𝟔! 🇲🇾🎉

🏆 Johan: Nur Diyanah Binti Ismail (Jurupulih Perubatan Fisioterapi)- Klinik Kesihatan Segamat
🥈 Naib Johan: Zalikha Zainuddin (Pegawai Farmasi)- Klinik Kesihatan Jementah
🥉 Tempat Ke-3: Josephine Lee Wee Sheng (Pegawai Farmasi)- Klinik Kesihatan Chaah
🎖️ Tempat Ke-4: Siti Norasyikin Binti Topari (Jurupulih Perubatan Fisioterapi)- Klinik Kesihatan Labis
🎖️ Tempat Ke-5: Mohammad Nawi Bin Mohamad Talib (Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran)- Unit Inspektorat

Syabas dan tahniah atas kreativiti serta hasil karya yang menarik! 👏 Terima kasih juga kepada semua peserta yang telah mengambil bahagian dalam pertandingan mewarna ini. Teruskan berkarya dan mewarnai dunia dengan kreativiti anda!

Nota: Warna yang dipaparkan dalam gambar mungkin berbeza daripada warna sebenar pada lakaran lukisan yang telah diwarnakan.

Address

Segamat
85000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6079313355

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Kesihatan Segamat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share





Enable notifications