30/10/2026
🧠❤️ NAMPAK MACAM MAIN GAME BIASA, TAPI BANYAK MANFAAT UNTUK NENEK!
Siapa kata duduk di pusat jagaan warga emas hanya makan, tidur dan berehat sahaja? 😍
Di Alexa Villa Senior Care Centre, kami menyediakan pelbagai aktiviti harian untuk memastikan atok dan nenek kekal aktif, ceria dan produktif.
Tengok nenek kita ni! Seronok bermain permainan padanan warna. 🌈
Walaupun nampak ringkas, aktiviti seperti ini dapat membantu:
✅ Melatih fokus dan tumpuan
✅ Merangsang daya ingatan dan pemikiran
✅ Meningkatkan koordinasi mata dan tangan
✅ Menggalakkan warga emas kekal aktif
✅ Mewujudkan suasana yang ceria dan menyeronokkan
Bagi kami, penjagaan warga emas bukan sekadar menjaga kesihatan fizikal, tetapi juga kesejahteraan mental dan emosi mereka. ❤️
Kerana setiap hari adalah peluang untuk atok dan nenek terus belajar, bergerak dan tersenyum. 🥰
🏡 Alexa Villa Senior Care Centre
Continuous Compassionate Care
📍 Sendayan, Negeri Sembilan
📲 Berminat nak tahu lebih lanjut? Hubungi kami untuk pertanyaan atau aturkan lawatan!
https://wa.link/alexamedical