Page PD Kg.Baru Pantai

Call Directions

Page PD Kg.Baru Pantai Library

28/10/2026
28.10.2026
28/10/2026

28.10.2026

Masakan Kurang Menjadi?

28.10.2026
28/10/2026

28.10.2026

Kadang-kadang pelik juga. Pergi kerja nak cari rezeki, tapi ada p**a yang sibuk nak menyusahkan hidup orang lain.

Padahal masing-masing datang kerja dengan tujuan yang sama.

Nak cari duit,
bayar bil,
beli barang dapur,
dan cukupkan keperluan keluarga.

Ada yang gajinya cukup-cukup makan.
Ada yang menanggung ibu ayah.
Ada yang setiap bulan pening fikir duit sekolah anak, sewa rumah dan macam-macam komitmen.

Kita nampak dia sebagai rakan sekerja. Tapi bila balik rumah, mungkin dialah satu-satunya tempat keluarga bergantung harap.

Sebab tu, jangan ambil ringan kalau kita buat seseorang tertekan di tempat kerja.
Kadang-kadang bukan kerja yang buat orang penat sangat. Tapi perangai manusia sekeliling.

Depan baik,
belakang mengata.

Ada p**a yang s**a mencari salah, sampai orang lain hilang semangat nak datang kerja.

Lebih sedih kalau tekanan itu akhirnya membuatkan seseorang terpaksa berhenti, sedangkan dia masih perlukan pendapatan untuk menyara keluarga.

Tak salah nak maju dalam kerjaya.
Nak naik pangkat pun tak salah.

Tapi biarlah atas usaha dan kemampuan sendiri, bukan dengan menjatuhkan orang lain.

Kalau ada jawatan, gunakan untuk memimpin. Kalau ada kelebihan, gunakan untuk membantu.

Kita semua sedang mencari rezeki. Jadi, mudahkanlah urusan sesama kita.

Semoga rezeki yang kita bawa p**ang bukan sahaja cukup untuk keluarga, tetapi juga berkat kerana cara kita mendapatkannya. 🤍

24.10.2026Tqvm semua..🥰🥰🥰
24/10/2026

24.10.2026

Tqvm semua..🥰🥰🥰





21.10.2026📺 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐃𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐏𝐀𝐈 𝐁𝐄𝐑𝐈𝐓𝐀 𝐁𝐈𝐉𝐀𝐊 𝐌𝐀𝐊𝐋𝐔𝐌𝐀𝐓🎙️ Ada gaya penyampai berita? Ada suara yang yakin? Berani tampi...
21/10/2026

21.10.2026

📺 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐃𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐏𝐀𝐈 𝐁𝐄𝐑𝐈𝐓𝐀 𝐁𝐈𝐉𝐀𝐊 𝐌𝐀𝐊𝐋𝐔𝐌𝐀𝐓

🎙️ Ada gaya penyampai berita? Ada suara yang yakin? Berani tampil di hadapan kamera?

Inilah peluang anda untuk menyerlah!

Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) menjemput murid Tingkatan 3 hingga Tingkatan 5 untuk menyertai Pertandingan Penyampai Berita Bijak Maklumat sempena Minggu Literasi Media dan Maklumat 2026.

Dan jangan risau kalau terfikir, “Nak baca berita apa?”

📄 Kami sediakan skrip, ANDA baca sahaja!

Tak perlu pening fikir kandungan berita. Datang, baca skrip yang disediakan dan tunjukkan kebolehan anda melalui sebutan yang jelas, intonasi yang menarik, penyampaian yang lancar dan penuh keyakinan.

🔥 Jangan sekadar tengok berita — kali ini, ANDA p**a yang sampaikan berita!
🏆 Tampilkan keyakinan, serlahkan bakat dan rebut hadiah menarik!

📅 24 Oktober 2026 (Sabtu)
🕙 10.00 pagi – 1.00 tengah hari
📍 Pawagam Mini, Aras 4, Anjung Bestari, Perpustakaan Negara Malaysia
✅ Penyertaan adalah PERCUMA
🎓 Terbuka kepada murid Tingkatan 3 hingga Tingkatan 5
📄 Skrip berita disediakan

🔗 Daftar sekarang dan semak syarat penyertaan:
https://forms.gle/QwX9otVgJvAAhu8o7

Pertandingan ini merupakan antara pengisian Minggu Literasi Media dan Maklumat 2026 yang berlangsung pada 24 hingga 25 Oktober 2026 di Perpustakaan Negara Malaysia.

🔗 Lihat keseluruhan program dan aktiviti MLMM 2026:
https://drive.google.com/drive/folders/1zqOl56Ujx4Uw--Ozkw8wyh3LgAZ4JLkt?usp=sharing

Selaras dengan tema “Kita Semua Ada Peranan – Literasi Media dan Maklumat untuk Rakyat”, MLMM 2026 menghimpunkan pelbagai program dan aktiviti yang memberi peluang kepada masyarakat untuk belajar, meneroka, mencipta dan membina kemahiran dalam persekitaran maklumat yang semakin berkembang.

✨ Skrip kami sediakan. Suara dan gaya daripada anda. Pentas menanti!

21.10.2026
21/10/2026

21.10.2026

𝐈𝐬𝐭𝐢𝐥𝐚𝐡 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐧𝐢

Ikuti perkongsian dua istilah setiap hari, dari Isnin hingga Jumaat melalui media sosial DBP.



21.10.2026
21/10/2026

21.10.2026

RESEPI atau RESIPI?


20.10.2026
20/10/2026

20.10.2026



🌫️ 𝐏𝐄𝐌𝐀𝐓𝐔𝐇𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐆𝐀𝐒 𝐓𝐄𝐑𝐇𝐀𝐃𝐀𝐏 𝐊𝐑𝐈𝐒𝐈𝐒 𝐉𝐄𝐑𝐄𝐁𝐔

Jerebu bukan sekadar menjejaskan kualiti udara, malah boleh mengancam kesihatan dan keselamatan kita, terutamanya golongan berisiko seperti kanak-kanak, warga emas, wanita hamil serta individu yang mempunyai penyakit pernafasan dan jantung.

📊 KETAHUI TINDAKAN MENGIKUT BACAAN INDEKS PENCEMARAN UDARA (IPU)
🟢 IPU 0–100 | BAIK–SEDERHANA
Teruskan aktiviti harian seperti biasa.

🟠 IPU 101–200 | TIDAK SIHAT
Kurangkan aktiviti fizikal di luar bangunan, hentikan aktiviti kokurikulum dan aktiviti fizikal luar bangunan di institusi berkaitan serta gunakan pelitup muka N95 apabila berada di luar bangunan.

🔴 IPU MELEBIHI 200 | SANGAT TIDAK SIHAT
Hentikan aktiviti luar bangunan dan perhimpunan awam. Penutupan institusi pendidikan, taska dan sekolah dilaksanakan mengikut arahan pihak berkuasa.

⚠️ Jangan pandang ringan ancaman jerebu! Pantau bacaan IPU semasa, patuhi arahan pihak berkuasa dan ambil langkah pencegahan bagi melindungi diri serta orang tersayang.

Address

Seremban
71770

Opening Hours

Monday 10:00 - 17:45
Tuesday 10:00 - 17:45
Wednesday 10:00 - 17:45
Thursday 10:00 - 17:45
Friday 10:00 - 17:45
Saturday 10:00 - 17:45

Telephone

+6067630317

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Page PD Kg.Baru Pantai posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Nearby health & beauty businesses